Dulu mungkin kita merasakan mustahil untuk menanam pokok anggur di laman rumah sendiri. Ini memandangkan  sifat semula jadi pokok anggur  hidup di negara empat musim.

Pun begitu, kini sudah terbukti anggur boleh sahaja ditanam dan mengeluarkan hasil yang berkualiti sepertimana yang dikongsikan oleh saudara Hafiz Husin di akaun facebooknya.

Ujarnya dia baru sahaja menanam pokok anggur sejak tiga tahun yang lalu di sekitar  halaman rumahnya yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Berasaskan pengalaman tersebut, dia juga gemar berkongsi info, tip dan cara berkenaan penanaman dan penjagaan pokok anggur buat yang ingin mencuba menanam anggur.

“Saya dah 3 tahun dalam penanaman anggur dan melakukannya sekadar hobi untuk manfaatkan ruang tepi rumah. Selain anggur, saya juga ada menanam sayur-sayuran lain

Tanam Anggur Di Laman Rumah, Begini Lelaki Ni Kongsi Cara Nak Tanamnya Agar Pokok Hidup Subur!

Jadi kali ini saya belanja tips penyediaan media tanaman anggur cara saya. Sebenarnya saya tak ada la tahu sangat teknik yang betul. Tapi macam ni lah yang saya buat setiap kali tanam pokok anggur. Harap bermanfaat.

Langkah 1 : Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki

Tanam Anggur Di Laman Rumah, Begini Lelaki Ni Kongsi Cara Nak Tanamnya Agar Pokok Hidup Subur!
Langkah2 : Sediakan adunan tanah seperti ini

Tanam Anggur Di Laman Rumah, Begini Lelaki Ni Kongsi Cara Nak Tanamnya Agar Pokok Hidup Subur!

Kalau topsoil sahaja bimbang nanti lama-lama tanah jadi keras, aliran air jadi tidak sempurna. Bila akar terlalu lembab, boleh busuk akar. Pasir itu penting supaya air boleh meresap cantik terun ke bawah tanah.

Langkah 3 : Sediakan tinja kambing yang sudah reput dalam 1 bekas.

Tanam Anggur Di Laman Rumah, Begini Lelaki Ni Kongsi Cara Nak Tanamnya Agar Pokok Hidup Subur!

Ekstra info : Tinja ayam tidak digalakkan sebab tinja ayam mudah naik kulat. Nanti akar anggur tidak berapa sihat. Jadi masukkan  tinja kambing tersebut ke dalam lubang.

Tanam Anggur Di Laman Rumah, Begini Lelaki Ni Kongsi Cara Nak Tanamnya Agar Pokok Hidup Subur!

Ads

Langkah 4 : Seterusnya masukkan kesemua adunan tanah yang telah digaul ke dalam lubang.

Tanam Anggur Di Laman Rumah, Begini Lelaki Ni Kongsi Cara Nak Tanamnya Agar Pokok Hidup Subur!

Langkah 5 : Beginilah rupanya adunan tadi. Biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk ‘menyejuk’. Tujuannya supaya media terkompos dengan sempurna. Atau jika nampak anak-anak rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia untuk dipindahkan.

Tanam Anggur Di Laman Rumah, Begini Lelaki Ni Kongsi Cara Nak Tanamnya Agar Pokok Hidup Subur!

Langkah 6 : Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang polybag anak pokok anggur. Masukkan anak pokok sekali dgn polybag ke dalam lubang

Tanam Anggur Di Laman Rumah, Begini Lelaki Ni Kongsi Cara Nak Tanamnya Agar Pokok Hidup Subur!

Langkah 7 : Kambus tanah di celah-celah luar polybag yang berongga dan siram. Sudah siap.

Tanam Anggur Di Laman Rumah, Begini Lelaki Ni Kongsi Cara Nak Tanamnya Agar Pokok Hidup Subur!

Ads

Ekstra Info : Jangan siram kerap sangat ye musim-musim hujan ni. Agak-agak tanah macam nak mengering baru siram. Sebab akar anak anggur sangat sensitif dengan air yang berlebihan.

Tanam Anggur Di Laman Rumah, Begini Lelaki Ni Kongsi Cara Nak Tanamnya Agar Pokok Hidup Subur!

Tidak perlu buang polybang, nanti akar keluar di bahagian bawah dan akan sangat  banyak merayap terus ke bawah. Tujuan tak buang polybag tu supaya semua akan berkembang tembus jauh ke dalam tanah. Pemerhatian saya, kalau buang polybag tu, nanti akar banyak berkumpul main-main kat tepi bahagian atas sahaja.

 

Sumber : Hafiz Husin II

 

ARTIKEL MENARIK:Jagung Manis Leleh, Paling Mudah Nak Buat & Paling Anak-anak Suka! 

Ads

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Tanam Anggur Di Laman Rumah, Begini Lelaki Ni Kongsi Cara Nak Tanamnya Agar Pokok Hidup Subur!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Tanam Anggur Di Laman Rumah, Begini Lelaki Ni Kongsi Cara Nak Tanamnya Agar Pokok Hidup Subur!

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI