
Membaca perkongsian daripada seorang suri rumah yang dikenali sebagai Puan Nur Zaliana mengenai hasil tuaian tanaman sayur yang diusahakan di tepi rumah, tentu membuat ada yang berasa teruja untuk mengikut jejak langkahnya.
Gambar sayur-sayuran yang dituai nampak begitu segar. Saat dituai, pasti ianya menjadi suatu saat yang menggembirakan setelah berkebun setiap hari.
Untuk mengetahui lanjut apa yang dibuat dengan hasil tuaian tersebut, jom baca sepenuhnya perkongsian daripadanya.
Saya seorang suri rumah..
Panjang 10 kaki luas 5 kaki sahaja, buat batas kecil-kecil tanam 4 jenis sayur(sawi,kailan, bayam, kangkung) 25-35hari dah boleh harvest.
siram air kosong kadang 2-3hari sekali(bila larat ambil air dekat sungai depan rumah untuk stok siraman 1minggu kadang guna air sedia ada.
Selain menjadi terapi minda dan mata dapat jugak anak-anak belajar tentang Flora dan Fauna.
Apa yang penting boleh makan sayur segar setiap hari ade lebih jual sikit-sikit dengan jiran/letak kedai. Lepas la duit baja dan dapat duit poket.
Jangan cemburu dengan senyuman saya saat ini kerana sudah puas kumenangis untuk hasil yang sebegini bermalam, berhujan, berpanas menjadi sahabat. Tanaman organik
sumber : Nur Zaliana via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Kawal Stress Ikut Cara Dr. Hamid Arshat. Jadikan Panduan Kalau Nak Lebih Tenang!

Kemarahan adalah merupakan masalah utama emosi yang terjadi akibat rasa adanya tekanan atau stress. Umumnya, kita semua pasti ada merasa stress bila di tempat kerja malah di rumah sekali pun kita tidak boleh lari daripada berhadapan dengan tekanan.
Pun begitu, stress ini bukan sesuatu yang terlalu negatif jika kita bijak mengawalnya. Memandangkan dengan adanya sedikit tekanan jugalah dapat menyuntik motivasi terhadap perkembangan hidup seseorang itu. Namun stress keterlaluan akan menjejaskan kesihatan.
Ini sebagaimana kenyataan yang diberikan oleh Dr. Hamid Arshad, “ Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizikal) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkan kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin ahmar (stroke). Oleh itu saya ingin berkongsi cara-cara saya tangani stress.”
Cara Tangani Stress
- TAWAKKAL. Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh.Saya tawakkal kepada Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.
2. REDHA. Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah ke atas keimanan saya.Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.
3. SABAR. Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.
4. TAHAN MARAH. Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, seperti menghimpit, bunyikan horn dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah. Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya di rumah di kalangan keluarga dan di tempat kerja. Tahan marah, tinggalkan dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
5. MEMAAF. Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengukit-ungkit.TIDAK DENDAM. Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.
6. Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress. Ramai takut nak makan panadol atau lain2 pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
7. Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayur, herba dan pokok buah-buahan di sekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
8. Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
9. DEEP BREATHING. Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang-ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan di mana-mana tempat bila rasa stress dan tidak selesai.
10.SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA-LUMBA. Amalkan cara gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
Cuba amalkan panduan-panduan tersebut. insha’Allah,kita boleh kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Aamin.
sumber : Dr Hamid Arshat
Senang Je Nak Baiki Kipas Kembali Berpusing Laju Macam Baru. Lelaki Ni Kongsi 7 langkah, Bajet RM35 Je!

Selalu guna lama-kelamaan kipas siling mulai perlahan walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Selain disebabkan oleh habuk yang melekat pada bilah kipas, ada masalah lain yang menyebabkan ia menjadi perlahan.
Tak perlu beli yang baru, sebaliknya kipas tersebut boleh dilajukan semula, tak susah mana pun. Jom ikut tip yang dikongsikan oleh saudara Azlan Abdul Rahman.
Membaiki Kipas Panasonic Rosak.
Kipas apabila sudah lebih 12 tahun ia akan berpusing semakin perlahan dan mengeluarkan bunyi berdengung (humming). Kalau dibiarkan ia akan semakin teruk dan boleh menggangu komponen lain. Lagi banyak kos nak baikinya. Lagi pening tuan rumahkan?
Bolehkah ia dibaikpulih supaya berpusing seperti baru? Boleh jangan risau! 80% kipas yang rosak boleh dibaiki. Untuk kes ini bunyi ini berpunca dari kerosakan pada kapasitornya.
Cara mudah nak baiki kipas siling yang perlahan dan bunyi bising.
7 Langkah Mudah Baiki Kipas Siling:
Langkah 1.
Buka housing kipas supaya anda boleh cabut board keluar. Cari skru yang mengikat housing dengan body kipas. Biasanya skru ada di atas. Sebelum buka housing tu tutup suis utama dulu. Keselamatan diutamakan.
Langkah 2.
Periksa secara visual sama ada kesan burn atau ada komponen yang pecah. Dalam kes ini komponen pada board ini masih kelihatan ok pada luaran.
Langkah 3.
Salah satunya daripada komponen yang ditandakan ini sudah electrically deffective atau failed. Benda nilah yang menyebabkan kipas anda perlahan dan berbunyi bising. Fungsi asas kapasitor menyimpan dan mengeluarkan cas. Apabila dah lama ia akan semakin hilang kemampuan.
5 kapasitor² ini perlu diganti. Dapatkan sparepart ini di kedai elektronik berhampiran. Harganya tak mahal sektiar RM3 saja.
Kalau anda kurang yakin nak beli, anda bawa saja board ni pergi ke kedai elektronik beritahu nak tukar semua komponen yang ditandakan ni. Tuan kedai lebih arif part mana yang sepatutnya dia ambil.
Langkah 4.
Sediakan peralatan soldering secukupnya seperti iron tip, solder wire, solder wick dan kapasitor baru yang nak ditukar tadi.
Langkah 5.
Tukar 5 komponen kapasitor tadi mengikut value komponen masing². Kemahiran pasang part ni kita belajar dalam subjek Kemahiran Hidup dulu. Ia tak susah mana.
Selepas pasang part periksa board kalau ada short² atau solder bridging.Langkah 6.
Pasang balik board pada kipas. Jangan pasang housing lagi sebab kita nak test dulu. On suis utama dan test semua function pada remote.
Setelah ada bunyi beep dan laju maknanya anda telah berjaya.
Langkah 7.
Finishing. Alang² kipas dah repair, cuci la bilah kipas tu. Kesian dekat kipas kena ‘angkut’ beban habuk yang tak sepatutnya dia tanggung. Ingat kalau sayang kipas kena cuci dari habuk secara berkala. Bukan sebab cantik ada sebab teknikal juga.
Hasilnya lihatlah kipas yang dah ditukar kapasitornya. Macam kipas baru!
Kos kapasitor : RM15
Kos peralatan : RM20 (boleh guna berulang kali)
ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ini Cara DIY Rak Letak Barang Mesin Basuh Yang Cukup Simple. Mudah Nak Simpan & Capai Sabun Pencuci. Cubalah!

Kreatif dan jimat belanja, itu yang cuba dikongsikan oleh Mohd Hafizallah Ariffin apabila berkongsi idea DIY rak mesin basuh guna PVC .
Mudahlah buat isteri nak letak bahan pencuci tak ada nampak bersepah. Pasti lebih teratur dan kemas.
Cara ini cukup mudah dan boleh buat sendiri je di rumah. Kalau rajin apa salahnya buat sendiri kan? Memang berguna dan boleh juga manfaatkan ruang sepenuhnya. Jom cuba buat sendiri ibu-ibu!
DIY Rak Letak Barang Mesin Basuh
==========================
Masih projek pipe pvc…hehe.. ini untuk kemudahan org rumah saya suke nyusun2x…
Senarai barang yang digunakan ialah :
1. Penyambung ‘L’ pipe pvc – rm0.47 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(2 biji x 0.47 = rm0.94)
2. Penyambung ‘T’ pipe pvc – rm0.66 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(12 biji x 0.66 = rm7.92)
3. Siku ‘L’ besi – rm 2.00 sepeket(beli di ledai eco)
4. Papan – rm8.00(kalau tak silap) sepapan(beli di ikea)
(2 papan × 8.00 = rm16.00)
5. Batang pipe pvc – rm1.51 sebatang(beli di kedai mr.d.i.y)
(8 batang × 1.51 = rm12.08)
Papan itu boleh cari tempat lain kalau ade tempat yang lagi murah dan kualiti yang baik….
Siku ‘L’ saya lekatkan dengan skru di penyambung pvc untuk lebih kukuh dan berkeyakinan.
Sambungan yang lain mesti guna gam untuk pvc punye bile semua ukuran da cantik dan memenuhi citarasa.
Sekian Terima Kasih.
Selamat Mencuba…
Sumber : Mohd Hafizallah Ariffin