Pelakon ternama, Vanidah Imran mencuri tumpuan ramai apabila mengenakan hijab ketika malam gala filem Imam yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut laporan Astro Gempak, pelakon berusia 50 tahun itu memaklumkan, penampilan tersebut hanya sebagai tanda dirinya menghormati majlis namun pada masa sama mengakui ingin berhijrah apabila sudah tiba waktunya.
“Doa yang baik-baik, Insya-Allah. Kita nak tutup mulut tempayan susah, at this age… saya tak terlalu ambil peduli. Sebab benda tu proses.
“Untuk saya nak berhijrah, saya perlu betul-betul sure. Saya tahu itu tuntutan dan ia wajib. Tapi saya tak nak nanti kalau saya pakai tapi jiwa saya meronta, saya masih lagi nak fit (baju ketat).
“Jadi, bagi saya belajar dulu supaya bila saya pakai itu ada proses la. Allah knows. Saya selalu percaya itu,” katanya.
Mengulas lanjut, pelakon Kudeta itu bimbang sekiranya sukar untuk kekal istiqamah apabila memakai hijab dalam mengejar penghijrahan tersebut.
“Ramai kawan saya yang dah berhijrah cakap ‘Vee, bila dah tiba masa, you sarung tak fikir’. Bila dah pakai tu dah tak fikir, teruskan saja.
“Kalau pakai, tapi rasa macam tak sure, rasa nak buka la, nanti satu hari akan rasa rengsek. Saya ada nampak kawan dah pakai 12 tahun, tiba-tiba buka. Katanya bukan diri dia.
“Saya takut, sebelum jatuh fitnah… bagi saya perlahan-lahan. Buat masa sekarang, saya kuatkan jiwa dulu. Saya belajar apa yang saya tak pasti,” ujarnya.
Sekadar info, filem arahan Mior Hashim Manap itu mengisahkan tentang Haji Syamsuri (Faizal Hussein) yang menentang pembaharuan cuba dibawa ke kampungnya oleh Haji Mihad (Datuk M Nasir).
Selain Vanidah, Faizal dan M Nasir, filem berkenaan turut dibintangi Datin Natasha Charmaine, Datuk Jalaluddin Hassan, Omar Ibrahim serta ramai lagi.
Sumber: Gempak, gambar Facebook Abim Pusat