Pelakon ternama, Vanidah Imran mencuri tumpuan ramai apabila mengenakan hijab ketika malam gala filem Imam yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut laporan Astro Gempak, pelakon berusia 50 tahun itu memaklumkan, penampilan tersebut hanya sebagai tanda dirinya menghormati majlis namun pada masa sama mengakui ingin berhijrah apabila sudah tiba waktunya.
“Doa yang baik-baik, Insya-Allah. Kita nak tutup mulut tempayan susah, at this age… saya tak terlalu ambil peduli. Sebab benda tu proses.
“Untuk saya nak berhijrah, saya perlu betul-betul sure. Saya tahu itu tuntutan dan ia wajib. Tapi saya tak nak nanti kalau saya pakai tapi jiwa saya meronta, saya masih lagi nak fit (baju ketat).
“Jadi, bagi saya belajar dulu supaya bila saya pakai itu ada proses la. Allah knows. Saya selalu percaya itu,” katanya.
Ads
Mengulas lanjut, pelakon Kudeta itu bimbang sekiranya sukar untuk kekal istiqamah apabila memakai hijab dalam mengejar penghijrahan tersebut.
“Ramai kawan saya yang dah berhijrah cakap ‘Vee, bila dah tiba masa, you sarung tak fikir’. Bila dah pakai tu dah tak fikir, teruskan saja.
“Kalau pakai, tapi rasa macam tak sure, rasa nak buka la, nanti satu hari akan rasa rengsek. Saya ada nampak kawan dah pakai 12 tahun, tiba-tiba buka. Katanya bukan diri dia.
Ads
“Saya takut, sebelum jatuh fitnah… bagi saya perlahan-lahan. Buat masa sekarang, saya kuatkan jiwa dulu. Saya belajar apa yang saya tak pasti,” ujarnya.
Sekadar info, filem arahan Mior Hashim Manap itu mengisahkan tentang Haji Syamsuri (Faizal Hussein) yang menentang pembaharuan cuba dibawa ke kampungnya oleh Haji Mihad (Datuk M Nasir).
Selain Vanidah, Faizal dan M Nasir, filem berkenaan turut dibintangi Datin Natasha Charmaine, Datuk Jalaluddin Hassan, Omar Ibrahim serta ramai lagi.
Ads
Sumber: Gempak, gambar Facebook Abim Pusat
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berkongsi minat yang sama membolehkan pasangan ini mengatur hias ruang di dalam kediaman mereka.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Syatila Melvin memberitahu hikmah di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membolehkan dia dan suami, Shaheizy Sam menghias kediaman terutama dekorasi di dalam bilik tidur pasangan ini.
Akui Syatila lagi, memiliki anak kecil tidak membataskannya untuk melakukan semua kerja rumah.
Kami laki bini memang gila deco rumah!ada anak kecik bukan alasan rumah semak samun mcm tongkang pecah!!Sapa tau ig shop bekenaan brg rumah yg best2 boleh mention kt bawah!
Ni hasil berkurung kt rumah,masterbedroom semua dh jadi warna lain😝perabot2 lama semua gone!!!sapa kaki deco rumah lagi??😍😍 ni bru 30% siap!!! 70% lagi otw! Sapa nk tgok hasil?😍
Cabaran hidup buat penyanyi popular era 1970an, Uji Rashid perlu menjaga anaknya Cico yang sudah dewasa bagaikan menjaga anak kecil meraih perhatian perminatnya.
Bagi yang belum mengenalinya terutama generasi baru, lagu Hari Raya yang legend ni, Seloka Hari Raya amat popular.
..indahnya sungguh di hari raya.. ramainya orang bersuka ria.. adik ku manis.. cantik bergaya.. bolehkah abang ikut bersama….
..usahlah abang membuang waktu.. mari menuju ke rumah bonda.. sanak saudara sedang menunggu.. di hari mulia bertemu mesra…
Malah sehingga kini lagu yang dinyanyikan oleh Uji Rashid bersama Hail Amir tetap diminati.
Biduanita ini dikurniakan suara lemak merdu yang banyak mencurah bakti dalam perkembangan seni muzik dan lakonan pada zamannya.
Biarpun dia menyepi dalam dunia hiburan, namun masih ada peminatnya yang merindui nyanyiannya.
UJI RASHID TENANG LUAHKAN CABARAN HIDUP
Terbaru mengenai kisah keluarganya, penyanyi veteran ini tenang meluahkan cabaran hidup menguruskan anak lelakinya Cico yang dikatakan mengalami penyakit misteri dua tahun yang lalu.
Memetik temubual eksklusif menerusi akaun TikTok, Divawafa, Uji mendedahkan bahawa cabaran dan beberapa perkara yang harus dilalui pada usia senjanya.
Katanya lagi, biarpun secara fizikal Cico kelihatan normal pada padangan mata kasar, kemahiran pertuturannya masih lemah.
“Saya dah lalui kesenangan karier dan membesarkan anak sebagai ibu tunggal…Dan sekarang di hujung kehidupan, saya kena lalui lagi macam menjaga bayi. lagi sekali saya awasi dan mengajarnya bagai anak kecil.”
Masalah anak-anak tidur lambat sering diperkatakan oleh ibu bapa. Apabila kanak-kanak lewat berjaga maka akan sukar untuk bangun pagi. Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun berehat untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam. Sebenarnya tidur membantu pertumbuhan tubuh kanak-kanak.
Sewaktu kanak-kanak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Kanak-kanak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stress keluarga.
Ibu bapa akan berasa stress apabila terpaksa menunggu melayani anak yang sukar tidur. Keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti dan tidak ada salah betulnya jika anda mencuba menyelesaikan masalah kanak-kanak lewat tidur. Cara penyelesaian setiap kanak-kanak adalah berbeza dengan kanak-kanak lain. Ibu bapa hendaklah peka dengan sifat anak-anaknya. Ibu bapa dan keluarga seisi rumah hendaklah memberi kerjasama dalam membantu anak yang selalu tidur lewat.
1.Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 8:00 malam. Jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda. Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
2. Tidak ikut permintaan anak
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur. Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
3. Tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur. Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda. Jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. Jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
4.Beri pujian
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur. Beritahu kepada anak anda tentang persiapan ke tadika memerlukan tidur awal. Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di tadika.
5. Baca buku
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang mengembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
6. Tutup televisyen
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...