
Semalam tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki bertindak meletakkan pod’ vape pada mulut bayi.
Dalam perkongsian rakaman berdurasi 15 saat di Facebook, lelaki berkenan didakwa sengaja meletakkan pod berkenaan pada mulut bayi yang berada di pangkuannya.
Menerusi rakaman itu tiada asap yang dihembuskan tetapi mulut bayi itu dilihat seolah-olah cuba merasa sesuatu pada muncung pod berkenaan.
Lelaki yang menyumbat pod itu telah dikecam netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai melampau.
Rata-rata pengguna media sosial berang dengan tindakannya yang didakwa seolah-olah mahu membahayakan kesihatan bayi berkenaan.
Terkini, lelaki yang dikenali sebagai Haikal itu dikatakan sudah ke balai polis dan meminta maaf kepada orang ramai di atas tindakannya.
Haikal menerusi kenyataannya di Instagram (IG) Story miliknya mengaku bersalah dan mendedahkan pod itu sudah tidak lagi berfungsi.
“Saya Haikal nak maklumkan bahawa video yang viral baru-baruini, kami dah pergi ke balai polis tujuan betulkan statement yang tidak betul.
“Saya mengaku itu salah sendiri tetapi vape itu dah tak berfungsi. Dia memang selalu buat main,
“Salah saya, salah karmi dan saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua,” katanya.
Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.
Sumber : Gempak
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Anak Gemar Baca Komik Jangan Halang, Ada Banyak Kelebihannya!

Sebagai ibu bapa, tahukah anda bahawa ada banyak manfaat baca komik untuk anak? Atau kalian tidak fikir begitu?
Anak nak baca komik mak ayah selalu larang kerana bimbang komik boleh memberi kesan yang tidak baik pada anak.
Komik jika kena dengan penulisan yang baik dan mesej yang ingin disampaikan, komik dapat memberi manfaat untuk anak kita yang semakin membesar.
Tidak kira sama ada daripada buku komik atau komik online, ada banyak manfaat baca komik anda perlu tahu:
1. Memupuk minat anak anda membaca
Kebanyakan individu terutama kanak-kanak, tidak suka untuk baca buku yang penuh dengan kata-kata, ayat dan tulisan. Semua jenis komik tidak penuh dengan tulisan sahaja malah juga lukisan dalam bentuk watak cerita tersebut. Jadi, ia mungkin mampu membantu anak terhindar daripada rasa bosan ketika sedang membaca.
Jika kanak-kanak gemar membaca komik sejak usia kecil lagi, mereka akan mula rasa terbiasa. Secara tidak langsung pula, ia mungkin akan memupuk minat mereka untuk terus membaca di saat sedang membesar.
2. Meningkatkan pemahaman teks
Komik mungkin sinonim sebagai bacaan ringan dan ringkas, tetapi itu bukan bermakna ia tidak akan mengajar sebarang kata dan ayat kepada kanak-kanak yang memang sedang mengumpul kosa kata baharu.
Adalah lebih baik lagi jika komik ditulis dalam terjemahan dwibahasa contohnya bahasa Melayu serta bahasa Inggeris kerana ini merupakan langkah awal untuk anak anda mendalami dan memahami bahasa asing.
3. Meningkatkan pemahaman ilustrasi
Komik juga sinonim dengan ilustrasi yang sarat dengan macam-macam rupa, bentuk dan mungkin warna bagi memeriahkan isi buku. Selain menarik perhatian, ia juga akan memberi pemahaman yang baru.
Ini kerana setiap gambar-gambar yang ada di dalam komik akan buat kanak-kanak meneliti, memahami, memikirkan lalu menjelaskan situasi di sebalik gambar, sekali gus dapat meningkatkan pemahaman ilustrasi.
4. Buat anak kreatif
Kreativiti merupakan satu sifat atau bakat yang akan lahir secara semula jadi tetapi ia mungkin masih boleh dipupuk. Bagaimana? Caranya adalah dengan lebih banyak melihat dan membaca produk kreatif seperti komik. Apabila kanak-kanak itu membesar dengan suasana sarat dengan seni, ia dapat membantu menjana kreativiti!
5. Komik bagus bagi kanak-kanak dengan masalah membaca
Jangan terkejut jika kami kata kanak-kanak yang ada masalah membaca seperti disleksia lebih gemar untuk membaca buku komik tanpa merasa tertekan apabila melihat terlalu banyak huruf dalam buku biasa.
Menurut kajian terbitan Bucks County Free Library pula, anak autisme itu lebih senang mengetahui dan mempelajari perasaan dengan cara meneliti serta mengamati setiap gambar-gambar yang ada di dalam komik.
Dalam erti kata lebih mudah, komik memang alternatif yang agak bagus bagi kanak-kanak dengan masalah membaca.
Pun begitu pastikan mak ayah memilih buku komik yang bersesuaian serta kandungannya sihat dan baik untuk anak. Jangan tersalah beli!
Sumber: Hello Doktor
Rahsia Isteri Yang Suami Kena Tahu, Barulah Rumahtangga Makin Sweet! Mesti Cuba 10 Tip Ni

Sesungguhnya dalam melayari bahtera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan. Walaupun anak sudah ramai dan semakin matang, ini tidak bermakna, kemanisan rumahtangga dibiarkan berlalu pergi.
Biarpun usia perkahwinan makin bertambah, tetapi hubungan dengan pasangan semakin intim. Kepada suami, selami rahsia isteri anda untuk memastikan alam perkahwinan makin intim. Isteri jangan lupa tag pasangan anda, biar suami tahu inilah rahsia wanita.
Ini Beberapa Tips Mencapai Bahagia
1) Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas.
Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.
2) Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’.
Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan.
Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.
3) Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami.
Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
4) Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri.
Kemana pon anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia.
5) Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus.
Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah.
Cuma,ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja.
Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan.
6) Isteri juga manusia
Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi.
Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
7) Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad.
8) Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak. Tentu dia gembira dan tersenyum.
9) Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan.
10) Ciuman khas untuk isteri
Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isterinya.
Semoga tip ini menjadi panduan agar hubungan semakin intim dan sweet!
Sumber: akuislam.com
Aktifkan Percutian Sekolah Anak Di SuperDayCamp, Rugi Kalau Tak Turut Serta!

Tidak hairanlah jika dikatakan dunia anak-anak kita hari ini jauh bezanya dengan zaman kita dahulu. Apa tidaknya, lihat sahaja setiap ruang masa yang mereka lalui pasti ada dibayangi dengan penggunaan teknologi terkini.
Umpamanya, pelbagai permainan video dan kandungan visual pada platform dalam talian telah merubah cara anak-anak kita bermain. Ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada anak-anak muda dan remaja yang dilihat menjadi kurang aktif dari aspek fizikal dan sosial.
Trend yang membimbangkan ini telah dilaporkan baru-baru ini, mendedahkan lebih daripada separuh remaja Malaysia mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif dan lebih suka duduk berjam-jam tanpa sebarang aktiviti fizikal. Akibatnya, mereka terlepas peluang untuk merasai dan melalui proses pembelajaran aktif semasa bermain.
Charlene Marie Samuel, Pengarah Pusat Perilaku Autisme dan ahli terapi Analisis Terapi Terapan yang terlatih berkata, “Masa bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak terutamanya waktu kanak-kanak ini adalah menjadi waktu yang cukup penting dalam membentuk siapa mereka di masa akan datang.
“Dengan bermain, ia membolehkan mereka mempelajari kemahiran penting seperti penyelesaian masalah, bekerja dalam pasukan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru – semuanya itu sangat berguna apabila mereka semakin membesar. ”
Sehubungan dengan itu, bersempena musim cuti sekolah yang tidak lama lagi, SuperPark Malaysia sebuah taman aktiviti dalaman yang paling mesra di seluruh dunia baru-baru ini memperkenalkan SuperDayCamp. Iaitu satu program unik yang dilengkapi dengan pelbagai aktiviti sukan yang menarik untuk memupuk kecergasan, kebolehan kognitif dan kerja berpasukan.
SuperDayCamp menyediakan alternatif untuk semua kanak-kanak berumur empat hingga sepuluh tahun dengan nisbah 1: 7, seorang jurulatih untuk tujuh kanak-kanak. Setiap peserta akan dibimbing menerusi kegiatan bermain di dalam taman untuk membangunkan kesejahteraan fizikal, mental, emosi dan sosial – kualiti penting untuk membantu kanak-kanak berkembang dan menjadi sukses di sekolah dan di dalam kehidupan.
“Memperluas konsep utama kami tentang ‘kuasa bermain’, SuperDayCamp akan dapat menguatkan hubungan, membina kepercayaan dan menyokong keyakinan diri, memberi kanak-kanak permulaan awal dalam membangun landasan yang kuat dalam kemahiran hidup. Ianya disahkan oleh Lembaga Pendidikan Finland dan kem hari ini menawarkan pengalaman pembelajaran pelbagai lapisan di mana para peserta boleh mengeluarkan peluh sambil berseronok.
“Malah menariknya juga, kem ini dijalankan di dalam persekitaran yang tertutup, bebas dari terkena hujan dan panas. Ini sekali gus membuatkan ibu bapa tidak berasa bimbang sepanjang anak-anak melakukan aktiviti di sini sepanjang cuti sekolah ini. , “kata Andes S.H Wong, Pengurus Pemasaran Kanan, SuperPark Malaysia.
Ekstra info SuperDayCamp!
Kanak-kanak boleh menghadiri sama ada kem sehari atau kem tiga hari sepanjang hari Isnin – Rabu dari 25 November 2019 hingga 18 Disember 2019. Program SuperDayCamp ini akan bermula dari 9:00 pagi hingga 3:30 petang dan untuk maklumat lanjut mengenai SuperDark Malaysia SuperDayCamp ini, klik SINI.