Tambah Tenaga Agar Badan Tak Cepat Lesu, Amalkan Ni Selalu!

Share

Adakah anda pernah alami tubuh terasa lesu dan letih sedangkan tidak pula melakukan kerja-kerja berat sepanjang hari? Bahkan nak kata sebab tak cukup tidur, tidak juga. Ini memandangkan kelazimannya seawal jam 11 malam sudah pun lena dibuai mimpi.

Jadi apa usaha boleh dilakukan untuk ‘bebaskan’ diri anda dari masalah kelesuan ini ya?

Jika ada yang belum tahu, ada baiknya mencuba amalan ini untuk menyuntik tenaga berkekalan dalam tubuh sepertimana yang dikongsikan oleh Ana Mahabu ini.

Selamat mencuba dan semoga serasi.


Sering kelesuan walaupun tidur cukup dan lepas bersenam? Mari buat ‘energy booster’ dengan dua bahan sahaja

Bagi yang tidak tahu, limau kasturi sebenarnya penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan. Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit. Jadi, tidak hairanlah jika limau kasturi boleh menjadi agen utama untuk memberikan tenaga pada tubuh!

BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMBUAT:

1. Bahannya ialah limau kasturi- bukan sahaja murah malah mudah untuk didapati.

2. Belah dan buang biji limau tersebut. Kisar limau sehingga halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis.

3. Jika mahu lebih sedap, tambah sedikit madu asli.

4. Masukkan dalam bekas kiub (mould) kemudian simpan dalam peti ais di bahagian beku.

5. Setiap kali kita hendak minum, ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun sudah ditapis tetapi masih mengandungi serat di dalamnya. Ianya juga sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.

6. Boleh ambil setiap pagi sebelum subuh. Curahkan dengan air panas dan biarkan seketika sebelum diminum. Jangan tambah gula.

Boleh ulang secawan lagi pada waktu tengah hari atau malam. Bagi yang telah mencubanya anda pasti boleh rasakan perbezaan pada tu buh anda. Rasa sangat segar dan energetik serta kurang rasa sakit badan.

Sumber : Ana Mahabu

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club