Adakah anda pernah alami tubuh terasa lesu dan letih sedangkan tidak pula melakukan kerja-kerja berat sepanjang hari? Bahkan nak kata sebab tak cukup tidur, tidak juga. Ini memandangkan kelazimannya seawal jam 11 malam sudah pun lena dibuai mimpi.
Jadi apa usaha boleh dilakukan untuk ‘bebaskan’ diri anda dari masalah kelesuan ini ya?
Jika ada yang belum tahu, ada baiknya mencuba amalan ini untuk menyuntik tenaga berkekalan dalam tubuh sepertimana yang dikongsikan oleh Ana Mahabu ini.
Selamat mencuba dan semoga serasi.
Sering kelesuan walaupun tidur cukup dan lepas bersenam? Mari buat ‘energy booster’ dengan dua bahan sahaja
Bagi yang tidak tahu, limau kasturi sebenarnya penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan. Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit. Jadi, tidak hairanlah jika limau kasturi boleh menjadi agen utama untuk memberikan tenaga pada tubuh!
Ads
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMBUAT:
1. Bahannya ialah limau kasturi- bukan sahaja murah malah mudah untuk didapati.
2. Belah dan buang biji limau tersebut. Kisar limau sehingga halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis.
Ads
3. Jika mahu lebih sedap, tambah sedikit madu asli.
4. Masukkan dalam bekas kiub (mould) kemudian simpan dalam peti ais di bahagian beku.
Ads
5. Setiap kali kita hendak minum, ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun sudah ditapis tetapi masih mengandungi serat di dalamnya. Ianya juga sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.
6. Boleh ambil setiap pagi sebelum subuh. Curahkan dengan air panas dan biarkan seketika sebelum diminum. Jangan tambah gula.
Boleh ulang secawan lagi pada waktu tengah hari atau malam. Bagi yang telah mencubanya anda pasti boleh rasakan perbezaan pada tu buh anda. Rasa sangat segar dan energetik serta kurang rasa sakit badan.
Ayam Goreng Ala Korea ini pasti menjadi kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi peminat cerita Korea. Asyik betul apabila melihat mereka makan terus rasa terliur.
Rahsianya terletak pada sosnya yang terasa sedikit manis, masam dan pedas. Kalau biasa anda membeli untuk menikmatinya, apa kata kali ini buat jer Ayam Goreng Ala Korea sendiri resipi daripada Zurina Zulkefli.
Ayam Goreng Pedas ala Korea Salut Cheese Snek saya petang ini. Siapa sini suka perap ayam guna yogurt? Saya suka 🙋🏻♀️. Sebelum digaul dengan tepung saya biasa perap ayam guna yogurt perisa original, lebih senang berbanding guna susu.
Tepung pun lebih mudah melekat pada ayam. Tepung pula saya lebih suka guna tepung beras dicampur tepung jagung, sebab kalau guna dua tepung ni memang dijamin rangup. Resepi saya sertakan pada setiap gambar walaupun rasa saya ramai je yang dah biasa buat ayam korea ni ❤️.
Bahan-bahan:
Ayam bahagian kepak, dibersihkan dan dipotong dua.
Satu botol yogurt perasa original.
Tepung beras dan tepung jagung.
Serbuk lada sulah dan lada hitam.
Pes pedas korea, apa² jenama yang ada di pasaran.
Serbuk Cheese.
Minyak masak.
Cara membuat:
Taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam (saya guna Ajishio) untuk perasakan daging ayam. Pastikan daging ayam dah defrost ya.
Kemudian masukkan sebotol yogurt.
Gaul sebati dan perap selama 5 minit.
Di dalam mangkuk lain, masukkan 1 cawan tepung beras bersama 1 sudu besar tepung jagung. Tepung digaul sebati. Masukkan ayam yogurt ke dalam tepung. Salut dan simpan tepi.
Panaskan minyak masak separuh penuh ke dalam kuali dan masukkan ayam. Goreng sehingga ayam bertukar garing dan keemasan. Sesudah masak, boleh angkat dan letak ke dalam mangkuk.
Sos Korea yang saya guna, buatan bumiputra Aroma Saji. Sangat sedap dan wangi, mengikuti citarasa Melayu. Tapi awas, bagi saya sos ni sangat pedas. Sekiranya anda sudah ada pes gochujang Korea, anda boleh buat sos pedas sendiri.
Ini pula serbuk cheese yang saya guna, buatan bumiputra juga Saudagar Rasa. Cuma perlu campur dengan air panas dan bancuh sehingga likat. Senang je. Anak saya suka sebab cheese dia sedap. Secukup rasa. Sesudah bancuh, boleh tuang ke atas ayam pedas korea tadi. Gabungan pedas korea dan cheese ni memang menyelerakan.Tuangkan 4 sudu besar sos pedas korea ke atas ayam goreng dan gaul sekata. Ayam pedas bersama cheese.
Setiap antara kita mahu hidup sihat dan sebolehnya biarlah keluarga yang kita cintai ini bebas daripada penyakit. Pun begitu tidak hanya boleh berharap, dan sewajarnya perlu ambil langkah-langkah tertentu untuk mencegah daripada serangan penyakit tersebut.
Memberi fokus dalam pencegahan ini, tentunya ada banyak cara dan kaedahnya dan perkara paling mudah untuk direalisasikan adalah melalui pengambilan makanan yang sihat.
Atas sebab itu, elok juga kita fahami warkah yang dititipkan oleh Dr Hafiz Sulaiman di akaun fbnya untuk manfaat bersama. Jom semak.
3 in 1 – WARKAH BUAT 3 GENERASI
Kopi, teh atau coklat adalah minuman sihat. Tapi biasanya bila kita trade in dengan keselesaan minuman 3 in 1 dalam peket, khasiatnya jadi kurang.. mudaratnya astaghfirullah…boleh terkesan 3 generasi.
WAHAI KAUM IBU,
Anak adalah permata hidup kita. Sedarlah kopi, teh dan minuman coklat 3-in-1 ini merosakkan kandungan belum lagi mereka lahir ke dunia ini
Gula yang tinggi, lemak terhidrogen (trans fat) dalam minuman peket 3 in 1 itu merosakkan sistem saraf janin. Lemak trans ini juga berisiko merosakkan penglihatan kandungan. Sesudah lahir, ia ganggu pula tumbesaran anak. Jika anak kita menyusu badan, alangkah sayangnya bila dicemari lemak trans durjana ini punca minuman 3 in 1.
Apa kata suami sediakan untuk isteri finest quality coffee atau tea…Suami buatkan..jika berkemampuan, beli mesin baru kopi..Itu kan tanggungjawab suami berikan yang terbaik untuk 2 ahli keluarga sekurangnya.
WAHAI ANAKKU, ADIK-ADIKKU.
Kecik-kecik jangan belajar minum air 3 in 1. Susah nak fokus, memori terganggu dan jiwa kacau jika gula darah kita tinggi. Asyik fikir macam-macam. Risau, berdebar dan tak keruan. Jika nak otak dan saraf sihat, elakkan makan minum manis-manis. Katakan tidak kepada 3 in 1.
Adik-adik tahu tak, sakit alergi ekzema, resdung, asma..Masalah kronik migrain, perut angin dan sensitif. Semua ini penyakit keradangan. Semua ini hasil gula tinggi dan lemak trans durjana dalam minuman kita…Dalam minuman 3 in 1 yang kita minum.
Minuman 3 in 1 mengandungi trans fat ini juga yang ganggu hormon badan..Sebabkan wanita dapat banyak masalah kewanitaan. Bengkak telur (PCOS), endometriosis, adenomyosis. Period tak ikut aturan. Senggugut teruk itu bukan normal ya dik.. Lemak trans ini juga ganggu kesuburan..Rosakkan organ pembiakan.
Jika nak kurangkan berat badan, lupakan minuman 3 in 1 ni…Minuman tinggi gula dan lemak trans ni ganggu kestabilan hormon dan metabolisma. Kita jadi craving dan badan dalam mode simpan lemak.
WAHAI KAUM DEWASA DAN EMAS.
Abang kakak, pakcik makcik…Pergi kedai kopi mintak kaw punya lagi baik..3 in 1 jangan lagi kita amalkan.
Bukan sebab makan daging dan telur, kita dapat kencing manis, strok atau rosak buah pinggang. Puncanya penyakit ialah air 3 in 1 tinggi gula dan lemak trans duk minum hari-hari dalam peket tu..
1) Dah la naikkan kolesterol jahat LDL. Lemak trans ni kurangkan pulak kolesterol baik HDL yang protect jantung dan salur darah
2) Lemak trans dan gula tinggi ni yang sebabkan rintangan insulin..Penyakit kencing manis, obes, darah tinggi.
3) Sakit sendiri, urat dan saraf tu akibat gula tinggi dan akibat lemak trans juga. Keduanya meningkatkan keradangan dalam badan. Badan sakit-sakit dan jadi lemah lesu.
4) Penyempitan salur darah bukan saja sebab gula..Tapi lemak trans juga. Banyak negara dah haramkan lemak trans sintetik ciptaan industri ni. WHO dah buat kempen REPLACE untuk basmi lemak trans ni dari muka bumi menjelang tahun 2023. Kenapa? Sakit jantung, strok, rosak saraf, rosak buah pinggang dan macam-macam lagi penyakit berpunca lemak durjana buatan industri makanan nim
5) Lemak trans rosakkan bukan saja organ badan kita..Tapi sehingga ke sel…streskan dan rosakkan DNA. Sel badan membiak jadi tak normal …Jangan sampai lemak trans dan gula tinggi ini jadi punca kepada penyakit kanser nauzubilllah minnzalik.
Memang sedap minuman 3 in 1 ni. Mudah nak prepare dan bawa ke mana-mana. Tapi berbaloi kah kita rosakkan kesihatan generasi kita dan anak-anak kita? Saya personally pilih untuk diri dan keluarga… Elakkan 3 in 1 semampu boleh.
Kelak mudah ketagih..jadi amalan biasa..Badan binasa.
Moga Allah ampunkan dosa-dosa lampau kita.Allahumma amin.
Makanan pedas pembuka selera. Ibarat makan lauk tak bergaram, demikian perumpamaan yang boleh dikaitkan apabila tiada rasa pedas. Sehinggakan ada yang menggigit cili padi iuntuk menambahkan selera.
Malah, di Malaysia ramai yang terbabit dengan cabaran makan makanan pedas tanpa mengetahui risiko mengundang pada kesihatan masing-masing.
Pedas sebenarnya bukan rasa tetapi kesakitan. Capsaicin juga menyebabkan kerengsaan.
Gambar hiasan
Pengambilan cili yang mengandungi capsaicin boleh menyebabkan inflamasi (radang) dan kerengsaan pada perut serta saluran gastrointestinal manusia.
Jika seseorang telah mempunyai masalah gastritis dan ulser, pengambilan capsaicin akan menyebabkan situasi tersebut bertambah teruk. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan isu ini.
Saya rasa, dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau, dan cabaran makan makanan pedas.
Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan.
Makanan pedas memang sedap, dan menyelerakan. Namun, bila dah terlalu pedas, mana datang nikmatnya?
Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk. Penghadaman makan bermula dari mulut. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.
Selain itu di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ni adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.
Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan?
Lazimnya semasa dan selepas makan makanan pedas, kita minum air dengan sangat banyak. Ini juga amalan yang tidak baik. Kita akan cenderung untuk isi perut, lebih daripada kapasiti maksimum perut kita.
Makan lebih kapasiti, serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.
Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan parakan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya.
Kalau dah tahu ada gastritis, ulser, dan buasir kenapa nak makan juga makanan terlalmpau pedas ni?
Kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang kool.
Siapa yang tanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makaman dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi.
Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas! Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan, dan buasir berdarah.
Jadi, kita jugalah bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tak usahlah buat cabaran-cabaran tu semua lagi. Tak usah makan menu terlampau pedas. Makan pedas-pedas manja sudahlah. Haha!
Dikurniakan rezeki usia yang panjang, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencipta sejarah apabila membuka semula kapsul masa yang dikenali sebagai Kapsul Masa...