Air kelapa selain sedap diminum tidak dinafikan sering dijadikan sebagai penawar di dalam perawatan alternatif.
Menjelaskan lagi khasiat air kelapa apabila dibakar, ini dikongsikan oleh Anna Kay untuk info bersama.
Penangan Kelapa Bakar…
Mungkin masih ada tertanya-tanya khasiat remedi istimewa ni.
Rezeki kami dapat berjumpa pakcik kepada Hasydan Hisyam di rumahnya sebaik sahaja Anna selesai habiskan larian MORIB BEACH RUN minggu lepas. Sungguh banyak petua dan ilmu remedi Anna dapat dari perkongsian pakciknya.
Paling istimewa bila beliau sediakan remedi Kelapa Bakar istimewa ini. Kenapa istimewa?
Sebabnya dapur yang digunakan untuk membakar pun dah unik! Tak mungkin akan dapat jumpa di bandar.
Ads
Ramuan Kelapa Bakar ni mudah sahaja.
1 biji kelapa muda
7 biji halba
3 batang serai
*bakar sehingga 20 – 45 minit. Atau sehingga keluar buih-buih halus seperti dalam gambar di bawah.
Untuk apa Kelapa Bakar ni?
Ads
1. Sebagai ikhtiar pada pesakit darah tinggi, kencing manis, kolesterol…
2. ‘detector’ untuk penyakit paru-paru berair. Jika anda rasa badan berpeluh-peluh yang luar biasa sebaik sahaja selepas minum air ini…segeralah berjumpa doktor untuk check pada bahagian respiratory.
3.Sangat bagus untuk mereka yang ada masalah asthma, batuk berkahak, pnumonia, bronchitis.
4.Bantu bagi tenaga dan stamina
Ads
5. Serai kaya dengan kandungan mineral, fenol, alkaloid dan flavanoid yang membantu turunkan paras gula dan tingkatkan kolesterol baik. Maka automatiknya serai menjadi sumber antioksidan dan antibakteria. Bila ditambah dengan air kelapa lagi bertambah la khasiatnya.
6. Biasanya pesakit 3 serangkai punyai darah pekat…atau perlahan perjalanan darahnya atau dengan bahasa mudah…darah bertoksik. Halba dalam ramuan Kelapa Bakar ni membantu lancarkan perjalanan darah, membuang angin, menghilangkan lendir/kahak, kuatkan jantung dan yg paling kaum lelaki suka…meningkatkan hormon TESTOSTERONE -merangsang keinginan dalam hubungan, elakan ejakulasi awal dan redakan sakit bahagian prostat.
7. Banyak sangat kalau nak senaraikan khasiatnya..tapi Anna bagi ni je dulu ya. Hehe
Oh ya ..mungkin Kaum Hawa pun tertanya tanya.. apa pulak khasiat Kelapa Bakar untuk mereka?
Nak tahu tak?
*Terima kasih pada Pakcik kepada Hasydan atas perkongsian ilmu remedi. Anna doakan hidup Pakcik diberkati Illahi.
Apabila anak demam, ibu ayah memang risau. Walaupun anak kecil atau sudah sekolah rendah, kita tetap risau. Apabila anak demam, ia bermakna badan anak, sedang melawan bakteria yang menyerang badannya.
Oleh itu, sebab itu, demam jangan dibiarkan berlarutan lebih tiga hari, jika lebih mesti ada sesuatu yang kena ambil peduli sama ada pergi berjumpa doktor untuk membuat tindakan susulan sama ada check darah dan sebagainya. Selain, berjumpa doktor, kita perlu juga semak sama ada ubat demam masih dalam keadaan baik.
Sebagimana peringatan Dr ini yang memberi nasihat bahawa ada segelintir ibu bapa tidak menyedari bahawa ubat demam yang disimpan sudah terlalu lama sehingga membuatkan ia tidak berkesan kepada anak. Akibatnya demam anak tidak kebah. Menerusi facebook, Ahmad Luqman Bukhari menjelaskan sebab ia berlaku.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Siapa kat sini yang tak tahu bahaya sebenarnya kalau kita simpan ubat demam paracetamol tu lama sangat kat dalam peti sejuk?
Dulu saya selalu rasa pelik. Kenapalah ramai mak ayah yang bawak anak jumpa kami beritahu demam panas si kecil tu tak kebah padahal dah suapkan ubat demam masa kat rumah.
Rupa-rupanya anak tu dah diberikan ubat demam yang tersimpan lama kat dalam peti sejuk. Kemungkinan besar ubat tu dah pun rosak dan tak berkesan!
Patutlah budak tu asyik merengek je, badan panas suhu tak turun-turun.
UBAT DEMAM yANG TELAH DIBUKA TAK BOLEH SIMPAN LAMA
Ubat demam tu asalnya masa dibotolkan kat kilang ubat, ianya dah terisi dengan clean air. Ada jugak yang diisi dengan nitrogen. Cecair ubat tu pulak dah dicampur siap-siap preservatives sebab nak cegah pembiakan bakteria dalam ubat tu.
Cuma masa kita bukak penutup botol ubat demam tu, clean air tadi tu akan terkeluar lalu udara biasa mula masuk ke dalam. Sebab tu tak bagus simpan ubat demam yang dah dibuka lama-lama sebab udara biasa tu mengandungi bakteria dan kulat.
SIMPAN UBAT TERLALU LAMA DALAM PETI AIS.
Lagi satu kesilapan kita biasanya kita pergi pulak letak ubat demam tadi tu simpan berbulan-bulan lama kat dalam peti sejuk. Padahal suhu yang rendah dalam peti sejuk tu akan buatkan proses kondensasi berlaku kat dalam botol ubat tu.
Kalau tak percaya, nanti bukaklah bahagian dalam penutup botol dan boleh nampak wap air berkumpul kat situ. Wap air tu tak ada bahan pengawet. Bakteria dan kuman senang sangat nak membiak bila wap air tu bercampur dengan ubat.
Elok-elok kita ingat ubat demam tu tahan lama kat dalam peti sejuk, rupa-rupanya kita yang jadi punca bakteria membiak sampai rosakkan ubat. Lepas tu kita jugaklah yang duk suap ubat rosak tu kat anak dan pening kepala sebab demam si kecil tu tak kebah-kebah.
Aduh. Huhu.
BILA DAH GUNA, TAK PERLU SIMPAN.
Jadi nasihat saya, ubat demam kat rumah kita tu letak je kat tempat kering pada suhu bilik. Paling bagus tak payah simpan lagi dah bila anak dah sihat.
Tapi kalau nak simpan jugak, paling lama cukup 2 bulan buang je walaupun masih ada baki. Harapnya korang tak simpan dah ubat demam lama-lama kat dalam peti sejuk lepas tahu info ni ye.
Tolong sebarkan ilmu yang sangat penting ni pada mak ayah yang lain jugak. Kesian sangat kat anak-anak yang terpaksa menanggung demam panas sebab mak ayah dia tersilap berikan ubat demam yang dah rosak.
Mana yang baru follow FB saya ni pastikan set ‘See First’ siap-siap ye sebab selalunya kalau tak set ‘See First’ mesti akan tertinggal bila saya update artikel penting tentang info kesihatan anak kita.
Badan rasa kuat dan yakin untuk berpuasa tetapi bila memikirkan janin dalam kandungan, ibu mula goyah. Bagi ibu-ibu hamil yang masih terfikir-fikir, ini saranan dari Dr Afida Sohana Awang Soh dari Klinik Pakar Wanita, Metro IVF Klang.
Soalan favourite yang saya terima di klinik sepanjang minggu ini, adalah berkenaan berpuasa; samada dibolehkan semasa hamil/menyusu, atau tidak.
“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah solat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui.”
Hadis riwayat An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4/347. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sahih.
Menurut Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam tulisan beliau di http://www.muftiwp.gov.my/…/irsyad-fatwa-umum/1969-31 beliau berpendapat yang perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka kembali kepada dua keadaan sahaja iaitu:
1. Kalau semata-mata kerana bimbang diri sendiri bolehlah dia berbuka dan qadha sahaja.
2. Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya maka bolehah dia berbuka dan membayar fidyah.
Ha! Mudah dan terang penjelasan yang ada. Islam itu mudah, cuma jangan dipermudah-mudahkan! Ada sebab mengapa keringanan ini diberikan.
Jom kita tinjau dari segi perubatan pula. Terdapat perubahan pada physiology pada bakal ibu yang mungkin membuatkan puasa itu menjadi sedikit payah, dan dalam keadaan tertentu, merbahaya.
Kita ulangkaji Biologi sekejap! Dari segi Physiology:
* Pengaliran darah ibu meningkat 10 kali ganda semasa hamil. Ini menyebabkan jumlah darah bertambah lebih 1.5L dari jumlah biasa,
* dan, kadar degupan jantung ibu menjadi lebih tinggi
* Perlu diingat juga, kadar degupan semakin meningkat jika kurang air, (dan nadi bayi juga meningkat)
MasyaAllah! KUATNYA PERTAMBAHAN KERJA JANTUNG SEORANG IBU YANG HAMIL!
* Tekanan darah ibu semasa hamil pula berubah. Ianya menjadi rendah pada awal kehamilan, menyebabkan Ibu mudah merasa pitam. Sekiranya ibu tidak minum air secukupnya (dehidrasi), tekanan ini boleh menjadi lebih rendah. Ibu akan merasa lebih lemah!
* Darah ibu membekalkan gula kepada bayi.
* Semasa berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah, menyebabkan ibu merasa lebih cepat letih
* Jika kandungan gula menjadi sangat rendah, ia boleh menyebabkan ibu menjadi loya dan muntah-muntah, lebih-lebih lagi pada peringkat awal hamil.
* Darah ibu semasa hamil adalah lebih pekat bagi melindungi ibu daripada pertumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin.
* Tapi, ini juga meninggikan risiko mendapat darah beku (venous thromboembolism, atau VTE)
* Risiko ini meningkat jika ibu kurang air, atau tubuh mengalami kegersangan/hypovolaemia
* VTE adalah sangat merbahaya dan boleh membawa maut!
* Perubahan hormon semasa hamil memperlahankan pergerakan makanan yang hadam di dalam usus, menyebabkan najis menjadi lebih keras dan masalah sembelit
* Masalah ini boleh bertambah lagi jika tidak minum secukupnya.
Mungkin bakal ibu berasa takut pula bila membaca perubahan Physiology dan implikasinya ini kan?
Tapi sebenarnya, bukan tidak boleh berpuasa. Cumanya, ibu perlu mendapatkan nasihat doktor dan pakar, minum air secukupnya, dan juga beringat untuk tidak berlebihan dalam menjalani puasa.
Jika berasa letih atau tidak larat, jangan paksa diri! Dalam masa yang sama, ada kondisi yang membuatkan ibu hamil itu tidak digalakkan berpuasa sama sekali:
1. Ibu yang mepunyai risiko VTE yang sederhana atau tinggi
2. Ibu yang tidak sihat atau muntah-muntah (lebih-lebih lagi jika kerap muntah dalam semester pertama)
3. Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan memerlukan rawatan metformin atau insulin
4. Ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi seperti (pre-eclampsia, penyakit autoimmune, penyakit jantung)
5. Ibu yang janinnya mempunyai masalah pembesaran (IUGR) atau kurang air ketuban (oligohydramnios)
6. Ibu yang masih di dalam 6 minggu pertama selepas bersalin (risiko VTE paling tinggi semasa ini)
Berpuasa semasa Menyusu Bayi:
* Tiada bukti signifikan yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengurangkan susu ibu.
* Tapi kadangkala Ibu tidak dapat menahan lapar semasa menyusu, dan khuatir kesihatan diri atau bayi boleh terjejas.
Yang penting,
* Berbincang dengan doktor!
* Minum air secukupnya. Boleh gunapakai tips KKM seperti dalam gambar
* Banyakkan makanan yang tinggi protein supaya kenyang lebih lama
* Jangan paksa diri!
Moga bermanfaat dan Selamat Berpuasa buat semua!
Mohon maaf zahir batin!
Semoga Ramadhan ini membawa keinsafan kepada diri kita, dan semoga barakah Ramadhan menyelubungi dunia, supaya kita semua dapat hidup dalam keamanan dan ketaqwaan.
Oleh kerana gaya hidup yang tidak sihat, antara penyebab, ramai kita termasuk kanak-kanak disahkan menghidapb kencing manis.
Pemakanan yang mengandungi gula yang tinggi adalah antara satu penyebab punca penyakit kencing manis.
Sebagaimana perkongsian oleh saudara Hafiz Sulaiman. Moga ia menjadi peringatan bersama.
Saya dulu suka sangat yoghurt buah. Mungkin sebab rasa creamy tart daripada tenusu dan sebab… Manis buah memang best.
Masa ni tak check label pun berapa banyak gram gula. Kebanyakan yoghurt di pasaran mengandungi 15-40gram gula. Ini bersamaan 3-8sudu gula.
Mengikut American Heart Association, kanak-kanak berumur 2-18 tahun disarankan menghadkan gula tambahan kepada 5 sudu gula (25gram) sahaja setiap hari. Jadi minum yoghurt sebotol, confirm lebih separuh gula harian. Tak termasuk gula dalam masakan lagi tu. Bawah umur 2 tahun sepatutnya 0g, iya..kosong. tak patut beri makanan dengan gula tambahan. .
Tapi dulu, xde orang cerita bab manis ni. Pemikiran saya dulu.. ” yoghurt tentu lah bagus kan. Yoghurt kan ada kuman baik probiotik bagus untuk usus.”
Rupanya, gula tinggi dalam yoghurt tu tak bagus pun untuk perut dan usus. Gula tinggi boleh bunuh sel usus mengikut kajian saintifik. Gula banyak ni juga sebenarnya yang biakkan kuman tak baik..Kuman jahat power seperti superbug juga suka gula tinggi ni. Superbug ni bina lapisan pelindung biofilm untuk protect diri mereka daripada antibiotik.
Gula juga berpotensi sebabkan kulat berkembang biak. Mereka memang suka gula tinggi. Saya ragu-ragu sedikit kuman dalam minuman yoghurt tu mampu bunuh kulat ni. Terutama sekali bila yoghurt datang sekali dengan makanan kulat 😓
Jadi saya sentiasa elakkan beli minuman yogurt berperisa tinggi gula untuk anak-anak. Takut tak jalankan amanah sebagai parent..nanti anak sakit.
1) Imuniti jadi tak stabil. Kerap kena jangkitan kuman. Alahan macam resdung, ekzema menjadi-jadi. Penyakit autoimun pun makin biasa jadi pada kanak-kanak. 2) Anak jadi cranky mengamuk dan hiperaktif sokmo sebab ketagih gula. 3) Obes. Risiko hati berlemak juga. 5) Masalah jantung. Darah tinggi. 6) Masalah keradangan. Bengkak tonsil lah. Bengkak dalam hidung. Bengkak dalam usus. 7) Organ dan saraf rosak. .
Ada banyak je alternatif minuman yogurt manis ni. 1) Beli lah yang kandungan gula kurang 10gram. Kalau ada la. 2) Buat sendiri. Beli Greek atau full cream yoghurt. Campur buah blend dan boleh je tambah madu atau pemanis seperti stevia. 3) Pi kedai arab order je laban sikit gula atau ayran
Kalau anak mengamuk nak minuman yogurt jugak? Saya explain sama dia..takde beza pun gula dalam coke dan minuman yogurt. Bahaya coke pepsi tu sebab gula dan pengawet. Sikit kuman L. Bulgaricus, L. Casei dan L. Thermophilus dengan GULA BERTIMBUN takkan sihatkan badan punya lah.
Syukur lepas lama kena brainwash..anak saya paling suka minum air kosong/mineral je bila pi mana-mana.
. Oh terlupa saya nak share..kami sekeluarga ni jenis keluarga tinggi histamin. Kuat alergi. Ekzema, resdung. GERD. Migrain. Semua ada. 👇 Kuman L. Casei dan L. Bulgaricus dalam yogurt adalah penghasil histamin. Bahan tenusu juga tinggi histamin.
Bahan histamin ni lah penyebab angin dan penyebab alergi jadi teruk. Jadi masa perut tak sihat memang kami elakkan apa-apa makanan naikkan histamin ni.
. Jangan ingat asal ada bahan sihat je dalam sejenis makanan, ia adalah makanan sihat untuk semua orang. Akibat terpedaya gimik marketing ni lah, berpuluh tahun alergik saya makin teruk. Saya doakan generasi anak kita berjaya harungi cabaran makanan zaman moden ni. .
Kalau anak-anak nak jugak, saya pun takleh tolong. Nasihat saya satu je. Kita ibu bapa ada kuasa ke atas anak kita.
Biarkan je mereka memekak. Asal badan mereka tak rosak.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.