Tambah Paku Sendiri! Ibu Ni Mahukan Mood Mewah Di Meja Makan Dirasai Seluruh Keluarga.

Share

“Throwback deko raya haji.. dining chairs nak tukar semua agak besar bajetnya + kalau tukar yg lama ni nak humban ke mana lak kan so sy makeover kan dia.”Amy Sharina Kaneshiro

Benarlah, orang kata kalau sudah namanya orang kreatif ada sahaja yang ingin dilakukan untuk menambah baik sesuatu walaupun kalau dilihat memang sedia cantik. Apa yang pasti, dengan melakukan diy pada perabot kediaman umpamanya memberi mood yang tersendiri dan apa yang lebih penting kosnya juga tidaklah mahal berbanding yang sedia ditawarkan di pasaran. 

Hal yang sama telah dilakukan oleh Puan Amy Sharina Kaneshiro yang kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah dalam memperindahkan lagi kerusi makan dengan menambah paku sendiri menjadikan kerusi yang sedia ada nampak mempunyai aura wow yang cukup istimewa.

Perabot SSF beri inspirasi

Saya buat begini, sebab saya suka barang-barang di ssf tu, kebanyakan barang-barang mewah dan sofa/armchair dia mesti ada paku2-paku ni. Tapi harga selalunya mahal,so saya nak jimat, dan tak mahu  membazir buang kerusi lama so saya makeoverkan dia nampak ala-ala kerusi kat ssf tu. Jadi saya beli paku tersebut di shoppee. AliExpress pun ada tapi tak sampai lagi pakunya.

Ingin tiru gaya sebegini

Kos hanya RM70 je

Kos cuma RM70 untuk 1000pcs paku. Sebijik kerusi saya paku sebanyak lebih kurang 130pcs paku. Total ada 6 kerusi saya ambik masa dua hari untuk menyiapkannya dan hanya belah siang je, malam saya tidak bertukang.

Selepas diberi sentuhan DIY

Macam-macam lagi DIY 

Ya kebanyakan saya diy, kat dinding wainscoting tu pn saya buat sendiri. Biasanya mana yang kalau upah orang buat tu mahal saya akan ambil inisiatif buat sendiri.

Cermin petak-petak kat dinding tu saya tampal-tampal sendiri guna cermin ikea. Kos jauh lebih murah dari tempah. Tapi belum siap sepenuhnya cermin tu actually, sebab saya kat kk. Belum ada masa lagi nak pergi beli cermin lagi di ikea. Nak potong-potong cermin tu, nak bubuh frame.

Sentiasa Kemas, Anak Perlu Disiplin

Saya housewife ada anak 3 orang, dua bersekolah rendah lagi dan seorang berumur 2 tahun lebih. Walaupun anak kecil saya tu memang suka sepah barang mainan dia. Saya biar dia sepah main.

Tapi lepas tu ajak dia kemas balik. Yang anak besar-besar tu saya disiplinkan untuk simpan balik barang sebaik je lepas guna jangan tinggal-tinggalkan merata. Untuk barang-barang deko dan kaca-kaca tu alhamdulillah anak-anak tak kacau sangat. Mula-mula tu sibuk gak la nak tengok-tengok tapi lepas tu sudah tidak hairan lagi, dia main mainan dia sahaja.