Tambah Ilmu Cara Simpan Pelbagai Bahan Masakan Kekal Segar. Info Terbaik!

Share

Alangkah bagusnya bila kita mengetahui ada cara dan petua untuk pastikan bukan sahaja sayur-sayuran yang dibeli bertahan lama apabila disimpan, malah ada cara juga untuk simpan halia, daun sup, cili, bawang, kentang dan sebagainya.

Jadi dapatlah dijadikan stok dan tidaklah perlu membeli bahan-bahan masakan tersebut setiap hari untuk pastikan kesegarannya terjamin. Untuk itu, ini dikongsikan oleh Azlin Safena Azihar di akaun fbnya. Perkongsian yang sungguh bermanfaat, jom semak.

“Ni cara kak Feena simpan sayur dan bahan-bahan lain supaya tahan lama. Maklumlah beli barang dapur 2 minggu sekali. Kak Feena rasa tips ni paling mudah dan bagus.”

Azlin Safena.

SAYUR-SAYURAN 
Step 1 : Rendam semua sayur yang kita beli dalam air selama 5-10 minit.

Kalau sayur kangkung atau bayam, boleh rendam tapi asingkan dengan sayur lain sebab bayam atau kangkung berpasir. Tak perlu potong pun akar dia, potong masa kita nak guna je.Tapi macam Kak Feena memang dah basuh betul-betul bayam tu dan confident dah tak berpasir, tu yang rendam sekali.

Step 2 : Campurkan sesudu garam / ikut banyak mana sayur kita itu.

Tujuan tambah garam dalam air tadi untuk buang bahan kimia pada sayur.

Step 3 : Kemudian, toskan sayur sehingga kering.

Step 4 : Boleh simpan sayur dalam bekas kedap udara/ziplock bag.

 

LENGKUAS & SERAI

Untuk lengkuas dan serai yang kak feena jarang guna ni, akak simpan dalam balang yang diisi air. Isi air penuh-penuh, kemudian rendam lengkuas/serai dalamnya. Pastikan tutup balang dengan rapat tau. Boleh gak buat cara yang sama untuk halia dan kunyit hidup. Tak perlu tukar air tiap hari , tukar 2 minggu sekali pun okay.

DAUN SUP

Untuk daun sup, akak simpan dalam botol air je tapi kalau tak ada boleh guna botol mineral yang dipotong dan letak air sikit je. Pastikan hujung akar je yang kena air. Kalau batang dia kena air, nanti cepat lembik dan rosak. Simpan di dalam peti sejuk. Cara akak simpan daun sup ni, in sha allah boleh bertahan sampai sebulan.

TOMATO 

Bahagian tangkai tomato,kawasan yang paling sensitif. Bahagian ini adalah bahagian yang akan mula rosak. Nak simpan tomato supaya tahan lama, bahagian tersebut menghala ke atas tau. Jangan nak main golek-golek je, tu yang cepat rosak atau lembik.

BAWANG & KENTANG

Jangan simpan bawang bersama kentang kerana ia akan merosakkan bawang dengan cepat. Gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak. Jika bawang disimpan di tempat yang kering, ia akan bertahan hingga 2-3 bulan.

CILI MERAH & CILI HIJAU 


Sebelum simpan cili merah dan cili hijau di dalam peti ais, cabut terlebih dahulu tangkainya. Sebab tangkai selalu akan rosak dulu dan menyebabkan semua cili rosak. Jadi  selepas patahkan tangkai, wrapkan dalam tisu atau surat khabar. Masukkan bawang putih untuk cili lagi tahan lama.