Solat adalah amalan yang dihitung apabila kita dihisab oleh Allah SWT. Di samping itu,kita semua digalakkan untuk melakukan solat taubat. Namun, untuk melakukan amalan ini kita perlu tahu cara yang betul. Sebagaimana yang dijelaskan oleh penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi persoalan yang ditanya di facebooknya.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
BACAAN SOLAT TAUBAT
SOALAN :
Surah apakah yang perlu kita baca selepas baca fatihah pada solat taubat dan apakah doanya?
JAWAPAN :
Selepas membaca fatihah ketika mengerjakan solat sunat taubat adalah harus membaca sebarang surah yang dia suka.
Dan kata setengah ulamak afdhal dia membaca surah Al-Imran ayat ke 135 dan 136 kerana hadith Sayyidina Abu Bakar r.a. yang diriwayatkan olih Abu Daud dan Tirmizi.
Sebarang doa bolih di baca selepas menunaikan solat sunat taubat dan yang paling afdhal ialah doa yang mengandungi maksud memohon ampun kepada Allah atas kesalahannya itu.
Dari Abu Darda’ r.a. sungguhnya Nabi saw bersabda :
من توضأ فأحسن الوضوء ثم قام فصلى ركعتين أو أربعا، مكتوبة أو غير مكتوبة، يحسن فيهن الركوع والسجود ثم استغفر الله غفر له
Artinya : ”Siapa yang berwuduk dan dielokkan wuduknya itu kemudian berdiri ia sembahyang dua rakaat atau empat rakaat wajib atau sunat dan rukuk dan sujud ia dengan sempurna kemudian meminta keampunan kepada Allah nescaya akan diampunkan baginya.”(Riwayat At-Tabarani)
wallahua’lam
TAMBAH DOA DALAM SOLAT
SOALAN :
Antara tempat yang digalakkan berdoa di dalam solat ialah didalam sujud dan ketika membaca tahyat akhir sebelum salam.
Soalan saya adakah boleh kita menambah doa selepas membaca doa dari Nabi dengan doa kita sendiri seperti meminta anak-anak lulus dalam peperiksaan?
JAWAPAN :
Doa yang paling afdhal dibaca olih seorang samada di dalam solat atau diluarnya adalah doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith.
Akan tetapi harus seorang itu berdoa dengan selain doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith yaitu apa sahaja doa yang dia suka sekalipun meminta perkara yang berkait dengan dunia dengan syarat dalam bahasa arab.
Berkata Imam Nawawi :
ولا يجوز ان يخترع دعوة غير مأثورة ويأتى بها العجمية بلا خلاف وتبطل بها الصلاة بخلاف ما لو اخترع دعوة بالعربية فانه يجوز عندنا بلا خلاف
Artinya : “Dan tidak harus membuat doa yang bukan terdapat dalam Quran dan sunnah dan membacanya dengan selain bahasa arab tanpa khilaf dan batal solat dengan sebab membacanya. Tetapi jika dibuatnya doa dalam bahasa arab maka hukumnya adalah harus disisi kami tanpa khilaf.” (Kitab Al-Majmu’)
Kesimpulan
Harus membaca sebarang doa di dalam solat samada doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith atau doa-doa yang lain.
Tidak boleh membaca doa yang bukan bahasa arab didalam solat dan jika dibacanya maka ia membatalkan solat.
wallahua’lam
*Boleh tambah doa dalam bahasa melayu tetapi dalam hati ketika sujud.
Sumber: Ustaz azhar idrus