Kes penderaan adik Bella mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Lantaran itu, Tunku Ismail yang peka dengan keadaan menimpa mangsa berkenaan turut menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) di mahkamah.
Tunku Ismail Dalam satu kenyataan menegaskan bahawa kebajikan kanak-kanak, terutamanya yang berada di rumah perlindungan hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik.
Justeru, undang-undang semasa bagi Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dipinda segera bagi memastikan kes penderaan remaja perempuan sindrom down bernama Bella tidak berulang.
Baru-baru ini satu pertemuan telah diadakan TMJ bersama Datuk Seri Rina Mohd Harun, Wakil UNICEF, Amanda Bissex dan YB Puan Hajah Khairin-Nisa Ismail hari ini di Royal Johor Polo Club.
Dalam pertemuan tersebut, baginda telah mencadangkan 3 langkah penting yang perlu dilakukan bagi memastikan kes-kes seperti kes Bella tidak berulang.
“Yang pertama adalah membuat Pindaan Perundangan. Penambahbaikan undang-undang semasa, seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan segera.
“Ia harus merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan, untuk memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam.
“Yang keduanya, dari sudut penguatkuasaan, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang diluluskan dan segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar dengan JKM atau beroperasi secara haram bermula di Johor serta-merta.
“Tindakan undang-undang juga harus diambil terhadap pengusaha/pemilik mana-mana pertubuhan yang dijalankan secara haram.
“Selain itu, kajian segera juga perlu dibuat mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak bermula di Johor ditauliahkan bersama-sama dengan penglibatan UNICEF dan institusi-institusi bebas lain. Hasil kajian tersebut akan didedahkan kepada umum.
“Saya akan memastikan cadangan penambahbaikan ini diambil serius dan dilaksanakan dengan segera,” ujarnya lagi.
TMJ juga menegaskan bahawa kebajikan kanak-kanak, terutamanya yang berada di rumah perlindungan hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik.
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club