Masa selalunya berlalu dengan pantas. Tanpa kita sedar, masa akan terus meninggalkan kita dengan sia-sia. Justeru itu, kehidupan ini perlu diberi perancangan sebaiknya agar kehidupan yang dilalui semakin hari semakin bertambah sempurna.
Begitu juga dalam hal perancangan kerjaya mahupun kewangan peribadi untuk masa depan yang lebih baik dan sempurna. Semuanya perlukan perancangan yang rapi.
Buat penyanyi Black Hanifah pula siapa sangka dalam diam-diam rupanya kini sedang sibuk menyiapkan villa impiannya yang terletak di Pulau Langkawi.
Difahamkan melalui perkongsiannya bersama Utusan Malaysia, dikatakan tercetusnya idea ini pada bulan Oktober tahun lalu dan kini setelah 3 bulan proses pembinaan dilakukan, penyanyi berusia 35 tahun ini seakan sudah boleh tersenyum bangga melihat hasil usahanya menyiapkan villa telah tersergam indah di depan mata.
“Idea tercetus tahun lalu selepas kita memasuki fasa peralihan ke endemik. Saya memang ada perniagaan rumah sewa di sini (Langkawi), jadi terfikir pula hendak menambah aset dan mengembangkan lagi pendapatan.
“Itu yang timbul idea untuk bina villa pula, tetapi boleh diinap oleh pelancong yang berkunjung ke sini.
Ads
“Saya bina villa ini bersama mereka, berulang-alik dari Kuala Lumpur memandu sendiri kereta membawa barang binaan. Apa yang boleh dikatakan, saya puas dengan hasilnya hari ini,” katanya.
Black berkata, villa Rindu D’Villa Langkawi itu sudah mula dibuka tempahan untuk Mac ini yang dijami mengikut harga pasaran semasa pulau peranginan terbabit.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Insya-Allah, harga mampu inap dan ikut pasaran di sini. Apa yang menjadi keutamaan saya ialah keselesaan pengunjung kami nanti.
“Villa ini ada empat bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air, ruang tamu, dapur dan kolam mandi peribadi serta boleh memuatkan sehingga 10 tetamu,” ujarnya.
Malah, penyanyi lagu Hanyut itu turut mempunyai perancangan bagi menambah villa di sekitar lokasi sama sebagai pelaburan dan aset untuk masa depan isteri dan anak-anaknya.
“Punca pendapatan utama saya masih lagi menyanyi dan syukur terus relevan sehingga kini. Bagaimanapun, saya terfikir sekarang kena siap sedia kumpul aset untuk jaminan jangka masa panjang.
“Villa itu saya namakan sempena nama anak. Saya bercita-cita selepas ini akan bina projek perhotelan pula di Langkawi,” kongsinya lagi.
Difahamkan, villa di Kampung Bukit Lembu, Kedawang itu menggunakan konsep lantai ‘glow in the dark’ yang merupakan pertama di Asia selepas dicadangkan seorang rakan pembekal barangan.
Bab melipat kain ini ada antara kita memang berat sangat untuk membuatnya. Kadang-kadang bila datang ‘penyakit m’, boleh berbakul-bakul pakaian dibiarkan.
Tapi bila itu terjadi, sakit mata juga memandangnya. Jadi apa kata, kita tak perlu melipat pakaian lagi andai tersedia ruang menggantung pakaian yang luas dan mencukupi.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Cik pooja. Menghasilkan sendiri ruang menggantung dengan bajet yang rendah. Jom lihat bagaimana cara membuatnya.
“Cikpooja nie spesis penyegan nak lipat baju bukan pemalas naa…penyegan jaa.
“Hahahhahahaaaa..pecah rahsia. Syukur sebab dapat cik somi yang tak kisah…janji bilik kemas.
“Bukan tak lipat baju langsung.Lipat la juga kain-kain batik,kain pelikat,towel, baju anak-anak.
“Baju besar-besar je cik pooja tak lipat…lebih suka sangkut …
“Jadi…kita diy je lah ruang sangkut baju supaya bilik wardrobe nampak kemas dan tenang. Kome pon kalau penyegan cam cikpooja…bleh try..”
Bahan-bahan:
Sebatang kayu, Besi Penyangkut L, skrew
Langkah demi langkah :
1. Pasangkan besi penyangkut L di dinding.
2. Letakkan kayu atau besi di antara besi penyangkut L tadi.
Baru-baru ini, isteri kepada pelakon hindustan popular, Shah Rukh Khan dijemput menjadi tetamu dalam rancangan talkshow ‘Koffee with Karan Season 7’. Gauri Khan dalam program tersebut telah memberikan sedikit ‘nasihat cinta’ buat anak bujangnya, Aryan Khan yang kini sudah pun dewasa.
Merujuk kepada laporan dari The Indian Express, Gauri mengatakan bahawa Aryan bebas untuk keluar dating dengan sebanyak mana wanita sehingga dia membuat keputusan untuk bernikah.
Jadi, selepas dia mengambil keputusan tersebut, dia harus berhenti dari menjalinkan sebarang cinta dengan mana-mana wanita lagi.
“Keluarlah dengan seberapa banyak gadis yang kamu mahu, sampai kamu mengambil keputusan untuk bernikah, tolong berhenti dari melakukan itu semua lagi,” kata Gauri.
Walau bagaimanapun, ditanya tentang anak gadisnya pula, Suhana Khan, Gauri mengatakan yang dia berharap anak keduanya itu setia dengan satu pasangan sahaja.
“Jangan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan dua lelaki sekali gus,” tegas wanita tersebut.
Selain daripada memberikan nasihat kepada anak-anak, wanita berusia 51 tahun itu turut menitipkan pesan buat suami tercinta, Shah Rukh Khan dalam talkshow tersebut.
Katanya, dia berharap aktor hebat itu terus memberi perhatian kepadanya setiap kali mereka perlu berbincang untuk sesuatu hal dalam keluarga mereka.
“Saya ingin merasa dia selalu memberikan saya perhatian setiap kali dia bercakap dengan saya,” mintanya.
Untuk rekod, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan telah mendirikan rumah tangga pada 1991 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan.
Setiap pasangan suami isteri pastinya inginkan sebuah rumahtangga yang bahagia dan kehidupan yang selesa. Baru-baru ni coretan pelakon popular di instagramnya Saharulridwan walaupun biasa-biasanya tetapi penuh makna buat diri dan keluarga. Katanya, harus bekerja keras lagi untuk menyediakan kediaman yang lebih selesa buat keluarga.
Dalam pada itu, beliau memaparkan rutinnya membantu isteri mengangkat barang keperluan rumah dengan troli.
Nyata secara tersirat, sikapnya mengambarkan ciri-ciri seorang suami yang begitu sayang kepada isteri dan anak. Moga impian Saharul tercapai. Aminn.
Manakala netizen juga mendoakan juga hasratnya untuk memilik kediaman yang selesa.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...