
Terkini mengenai status persekolahan anak-anak. Hari ini, iaitu 24 Jun 2020 sesi persekolah telah dibuka yang melibatkan pelajar dari Tingkatan 5 dan 6.
Pada masa yang sama, semalam (Selasa), Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020.
Sehubungan itu, ibu ayah kena alert mengenai takwim baharu ini. Rujuk pindaan seperti berikut.
PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN 2020
Ini bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan dari segi penjadualan dan pembelajaran pelajar sekolah. Melalui pindaan ini, ia melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2. Ia melibatkan cuti persekolahan dikurangkan dari sembilan kepada lima hari bagi sekolah yang berada dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Secara keseluruhan sesi persekolah tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari.
JADUAL PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
Rujuk jadual ini untuk mengetahui lebih lanjut Pindaan Penggal Persekolahan sesi 2020.
Kumpulan A: Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu
Kumpulan B: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
18 Cadangan Permainan Supaya Anak Duduk Diam Ketika Menziarah Sanak Saudara Di Hari Raya. Barulah Senang Hati Ibu Ayah!

Bukan mudah nak suruh anak duduk diam atau berkelakuan baik ketika beraya di rumah sanak saudara.
Namun, untuk pastikan anak bersikap baik, puan Ashikin Hashim telah berkongsi cara dengan menyediakan 18 cadangan permainan untuk anak kecil dan besar supaya mereka tidak buat hal atau berbuat bising, malah cara ini juga dapat mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Ikuti tipsnya.
Hai assalamu’alaikum semua. Saya yakin ramai yang dah balik kampung. Siapa yang belum atau yang sempat singgah kedai RM2, boleh la jenguk-jenguk untuk beli permainan atau alat bantu ajar yang boleh kita bawa balik untuk anak. Atau bawa apa yang dah ada kat rumah.
Khaskan satu beg khas utk ini. Senang bawa ke mana-mana. Anak bosan atau elak bosan, elak gaduh, elak mengamuk atau jadi ‘ubat penenang’ anak.
Berikut adalah senarai permainan atau alat bantu ajar wajib bawa masa pulang raya atau ziarah supaya anak behave.
1. Buku cerita – soft books, board books, song books, busy books
2. Mini white board dan marker
3. Buku conteng dan pensel/pen
4. Buku mewarna dan pensel warna
5. Rattle/alat permainan berbunyi untuk bayi
6. Busy board – boleh google apa itu busy board
7. Kompilasi aktiviti dari internet – print dan file kan
8. Buku latihan mudah.
9. Sketch book
10. Buku latihan tulis padam menggunakan marker.
11. Permainan sensori diy – boleh google
12. Rubic Cubic
13. Travel shape sorter
14. Buku teka silang kata
15. Kompilasi teka teki – saya selalu main teka teki dalam kereta
16. Kompilasi pick up line – boleh main dengan family ?
17. Buku cari perkataan tersembunyi (search word)
18. Permainan kamera atau phone kamera lama – anak boleh snap gambar
*puzzle atau lego? Saya cuba elakkan sebab nanti susah nak kemas dan risiko hilang ada.
Semoga bermanfaat ?
Ashikin Hashim
Cikgu Tadika Anak Anda ?
“Makanan Siap Masak Disejukbeku Cara Yang Jimat Dan Selamat.” Pakar Kimia Ini Kongsi Tip Kekal Kualiti Makanan Hingga 6 Bulan.

Memasak memang menjadi kegemaran wanita, namun bagi yang bekerjaya tentu memerlukan cara masakan yang cepat dan mudah. Lantaran itu ada yang menyediakan bahan masakan asas seperti ibu sambal, pes kari dan sebagainya yang di simpan dalam peti ais.
Malah ada juga yang memasak makanan untuk disejukbekukan. Nak makan hanya perlu panaskan sahaja. Namun, ada segelintir agak was-was mengenai keselamatan dan kualiti makanan jika berbuat demikian terutama makanan yang telah di masak yang disimpan dalam tempoh yang lama.
Malah tular perkongsian seorang suami yang menghargai masakan isterinya yang menyediakan lebih 30 jenis lauk, bagaimanapun telah mendapat pelbagai rekreasi yang tidak sedap didengar mengenai cara keluarga ini.
Rentetan itu, Pakar Kimia Dr Fatimah Salim menjelaskan cara berkenaan suatu usaha yang menjimatkan masa bagi keluarga yang mempunyai rutin yang sibuk. Namun beliau menegaskan bahawa, cara penyediaan dan penyimpanan perlu betul supaya makanan kekal selamat dan berkualiti. Ikuti lanjut penjelasannya.
Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa mengenai perkongsian di group MAHN seperti ss di bawah: makanan siap masak yang disediakan dan disejukbeku.
Bagus sebenarnya kaedah tuan yang menyiarkan ini. Jimat, cepat dan mudah. Apa lagi untuk mereka yang mempunyai rutin kehidupan yang sibuk dan suami isteri keduanya bekerja.
Saya sendiri juga biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak. Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.
Sebenarnya makanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.
Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.
Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.
Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.
Ketahuilah kebanyakkan jenis makanan siap masak atau mentah (termasuklah sayuran dan buah-buahan) boleh dibekukan untuk meningkatkan jangka hanyatnya. Pengekalan kualiti (terutamanya rupa dan tekstur) makanan yang dibekukan adalah bergantung kepada jenis makanan itu sendiri.
Tips:
• Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.
• Keluarkan makanan lebih awal untuk mengnyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.
• Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.
Sumber: Fatimah Salim Makmal Makanan (MaMa)
Trending: Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA
Tanam kobis di rumah: Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA
Mesti baca: Patutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kasih Bapa Tiada Penghujung, Kasih Ibu Bawa Ke Syurga. Menusuk Jiwa Perkongsian Ini!

Sesungguhnya bukan calang-calang ibu bapa yang terpilih untuk menghadapi situasi yang mencabar dalam membesarkan anak. Baru-baru ini, melalui instagram adamsautismfamily, ayah Adam, Iman Wan, melahirkan ucapan bersyukur mempunyai seorang isteri yang sanggup menguruskan anak tanpa lelah dan jemu. Juga dibantu ibu angkat adam, mama rai.
Melalui paparan video ini jelas mengambarkan kasih sayang yang tiada berbelah bahagi agar adam dalam menjalani kehidupan dengan sempurna sejak disahkan mengalami austisme sejak usia tiga tahun lagi.
Coretan ayah Adam sungguh inspirasi!
View this post on InstagramA post shared by Iman Wan (@adamsautismfamily) on
Kasih seorang ayah
Ahli keluarga Adam serta mama rai