Ragam dan ketelah anak-anak tidak dinafikan kadang-kala boleh membuatkan kita pening kepala dan dalam masa yang sama perangai mereka ini juga boleh buat kita ketawa dan terhibur.
Ini sepertimana kisah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun di negara China menangis selepas diberitahu bahawa dia memiliki wajah yang seiras dengan bapanya.
Keletah kanak-kanak berkenaan itu menjadi tular dan mendapat perhatian netizen selepas dimuat naik oleh seorang pengguna di aplikasi Weibo.
“Semuanya orang di tadika cakap, ”Ibu adalah yang terbaik di dunia”, mana ada orang cakap ”ayah yang terbaik di dunia”,” kata kanak-kanak itu dalam video merujuk kepada sajak yang diajar di taska yang dihadirinya. Sajak itu dipercayai sebuah sajak yang memuji peranan ibu.
Memetik laporan Next Shark, kanak-kanak itu kelihatan memuncungkan mulutnya sambil mengadu tentang penampilannya yang tidak memuaskan hati.
Kanak-kanak itu kemudiannya bertanya soalan yang lucu apabila mempersoalkan kenapa wajahnya mirip dengan ayah sedangkan dia dilahirkan oleh ibu.
Si ibu difahamkan terkejut dan mati akal untuk menjawab pertanyaan tersebut. Situasi berkenaan dipercayai tercetus selepas salah seorang rakan mereka yang berkunjung ke rumah pasangan itu dan mengatakan wajah kanak-kanak itu sama seperti ayahnya.
“Ia berlaku ketika usianya hampir mencecah 6 tahun dan salah seorang rakan kami datang menziarah pada hari tersebut dan mengatakan wajahnya mirip dengan wajah si ayah.
“Kemudian, dia mula menangis dan mengatakan bahawa dia tidak mahu kelihatan seperti ayahnya sebaliknya mahu kelihatan seperti saya. Dia fikir ayahnya kelihatan buruk.
“Pada pandangannya, dia sepatutnya kelihatan seperti saya kerana saya yang melahirkannya. Jadi, dalam hatinya, dia mungkin berfikir bahawa saya lebih baik dari ayahnya,” jelas Zhang dalam video, memetik Next Shark.
Sementara itu, Zhang menyatakan bahawa anak perempuannya percaya dia tidak akan kelihatan cantik jika wajahnya sama seperti ayah.
Menurut Next Shark, Zhang terhibur dengan reaksi yang ditunjukkan oleh anak perempuannya dan berkata bahawa suaminya pasti akan kecewa melihat reaksi anaknya itu.
Disamping itu, dia menambah bahawa penampilan suaminya itu tidaklah terlalu buruk dan menjelaskan bahawa suaminya sangat menyayangi anak mereka serta sering menghabiskan banyak masa bersama.
Sumber : nextshark.com
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club