‘Takut… Rasa Nak Nangis, Risau Nak Muntah.’ Isteri Redha Suami Suka Masak Pelik-Pelik, Kali Ni Masak Nasi Goreng Buah-Buahan

Share

Kata orang, bila lelaki masuk dapur, alamatnya isteri panas punggunglah sebab lelaki ini kalau memasak, lebih sedap dari wanita.

Apabila memasak, lelaki lebih selektif dan mementingkan kesempurnaan berbanding wanita yang selalu masak main campak-campak sahaja.

Oleh itu, bagi pasangan yang suaminya sangat ringat tulang di dapur, anda seharusnya bersyukur kerana mungkin suamilah yang akan menjadi chef di dapur.

Tapi apa yang berlaku pada pasangan ini memang mengejutkan apabila si suami menyediakan hidangan nasi goreng pelik yang dicampur dengan buah-buahan!

Kata wanita yang dikenali sebagai Amirah berkata dia dan suaminya Zahin baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.

“Sebelum kami kahwin lagi suami memang selalu masak. Tapi sejak berkahwin saya saja yang masak. Bukan sebab rajin pun… tapi sebab dah tahu sangat perangai dia apabila masak tu macam mana.

“Suami saya enjoy masak tapi dia suka buat resipi pelik-pelik. Baru-baru ni dia beritahu memang excited nak cuba resipi baharu. Masa tu tak ada nak sambut apa-apa pun.

“Dia memang nak masak nasi goreng campur buah-buahan. Dia masukkan buah delima, potongan epal yang dah rendam air garam, kononnya nak buat sweet sour apple. Sepatutnya suami nak masukkan pisang tapi nasib baik pisang dah habis,” imbas Amirah.

[TRENDING] Kepala Aku Dihayun Jurulatih.” Remuk Hati Kakak Allahyarham Prebet Iman Bila Temui Nota Adiknya Di ‘Ragging’ Selepas 5 Bulan Pemergiannya

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Menurut Amirah yang berasal dari Johor, tujuan asal suaminya mahu memasak ketika itu adalah untuk mencapai rasa manis buah-buahan yang dicampur ke dalam nasi goreng.

Tambah Amirah yang kini sedang menjalani latihan industri di Johor, walaupun bimbang melihat penyediaan makanan oleh suami, dia berasa terhibur dengan keletah Zahin.

“Waktu masak tu saya hanya rasa risau namun terhibur. Kelakar tengok dia excited nak masak untuk saya. Tapi apabila masa nak suap nasi goreng tu ke dalam mulut, berair mata jugalah. Takut… rasa nak nangis sebab risau nak muntah.

“Daripada segi rasa, entahlah…susah nak cakap sedap ke tak. Masakan dia ada potensi untuk jadi lebih sedap. Sebab nasi goreng tu, bila dikunyah sekejap rasa tawar, lepastu boleh rasa pedas, lepas tu tiba-tiba rasa manis. Yang paling tak menarik tekstur nasi tu jadi soggy.

“Dekorasi pula okey la. Telur Pattaya tu boleh menutup aib nasi. Warna pun menarik tapi masih lagi menakutkan. Tengok sos bentuk love (hati) tu bolehlah bagi motivasi sikit dekat saya untuk cuba,” ujarnya lagi.

Dengan memberi rating tiga daripada 10, Amirah mengakui ada beberapa bahagian nasi goreng tersebut boleh ditelan dan diperbaiki dengan menambah garam dan cili giling dalam masakan akan datang.

Hantaran tersebut hingga kini meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat Zahin memasak makanan tersebut dengan berseloroh di ruangan komen.

“Apabila nasi tu dimakan dengan rendang daging… boleh telan sikit. Itu sebab saya bagi 3 markah. Markah untuk effort, kreativiti dan lebihan rendang daging yang menyelamatkan makanan tu.

“Apa-apa pun saya hargai usaha dia memasak. Memang patut mereka tolong golongan isteri. Tapi mungkin bukan bantu macam suami saya ni. Sekurang-kurangnya bantu potongkan bahan atau basuh pinggan.

“Kalau suami tu pandai masak makanan biasa… silakan. Sebabnya suami tu nanti kena menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak dia.

“Anak-anak ni tak kisahlah lelaki ke perempuan tetap kena belajar. Memasak ni bukannya tanggungjawab seorang isteri tapi tanggungjawab seorang manusia,” ujar Amirah lagi.

[ARTIKEL PANAS]

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club