
Pelakon, Datin Atikah Suhaime yang kini sudah pun masuk trimester ketiga kehamilannya meluahkan rasa teruja namun mengakui gemertar untuk melalui proses bersalin.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), pemilik nama Nur Atikah Mohd. Suhaime dilihat sedang menari bersama suaminya, Datuk Lokman Teh di sebuah majlis ulang tahun kelahiran kenalannya.
Pada kapsyen, Atiqah meluahkan keterujaan dalam menunggu kelahiran cahaya matanya yang pertama.
“Last trimester. Kejap happy, kejap cuak.
“Saya sangat teruja untuk bayi yang bakal lahir ini tapi pada masa yang sama takut nak beranak.
“Jadi, anda mungkin lihat saya bergelak ketawa dan sekelip mata bertukar cuak,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, peminat turut berkongsi tip bagi menghadapi trimester terakhir dengan mengamalkan beberapa surah yang dapat membantu melancarkan proses bersalin.
Selain itu, warganet turut mendoakan agar bayi pelakon berusia 33 tahun itu menjadi anak yang solehah kelak.
“Bila Ayah Tengok Anak Perempuan, Risaunya Berbeza” Saharul Ridzwan Kongsi Kepentingan Ajar Anak Kenal Allah

Cinta seorang ayah kepada anak perempuannya adalah cinta yang paling tulus sekali di dunia ini. Seorang ayah biasanya mempunyai tahap kerisauan yang berbeza kepada anak perempuan dibandingkan kepada anak lelaki.
Hubungan seorang ayah dengan anak perempuan memainkan peranan penting kepada perkembangan anak sehingga dewasa.
Biasanya anak perempuan juga menjadikan ayah adalah hero pertama yang mereka cintai dan kagumi sejak kecil lagi. Maka pentingnya ayah memainkan peranan penting mempamerkan imej dan karektor yang positif di mata anak.
Perkenalkan Allah Dan Rasul Pada Anak
Menyedari berat tanggungjawab dirinya sebagai seorang bapa, pelakon Saharul Ridzwan,33, turut tidak terkecuali mempunyai perasaan risau pada masa depan anak perempuannya.
Bila seorang ayah tengok anak perempuan, macam-macam dalam fikiran. Risaunya berbeza.
Menurut Saharul, sebagai seorang ayah, tanggungjawabnya bukan sekadar menyediakan tempat tinggal, nafkah dan pendidikan untuk anak tapi penting untuk perkenalkan mereka kepada Pemilik segala hati, Allah SWT dan Rasulullah SAW.
“Kita tak mampu pun nak jaga anak kita, nak tentukan ke mana arahnya dan sebagainya.
Tapi usahakanlah untuk kenalkan mereka kepada Pemilik segala hati, Allah SWT dan kekasih kepada semua hati yang mencintainya, Rasulullah saw,” demikian tulis Saharul dalam satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Sebelum ini, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati ini pernah berkongsi kisah penghijrahannya mendalami ajaran Islam sehingga ramai terinspirasi untuk mencontohi beliau.
Justeru tidak hairanlah banyak perkara yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya termasuk aspek pendidikan anak-anak, pemilik nama sebenar Muhammad Saharul Ridzwan ini memilih pendekatan memahami Islam sebenar sebagai asas mendidik akhlak dan iman kedua cahaya matanya.
“Semoga Allah pandang usaha kita, dan asbab itu, Allah bentukkan akhlak dan perlindungan terbaik dunia akhirat untuk kita semua. Amin Ya Allah.”
Bapa kepada Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra ini menyerahkan hanya kepada Allah SWT untuk menjaga dan melindungi anak perempuannya di masa depan selepas segala usahanya memberikan didikan agama berjaya dilaksanakan.
Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir Mohamed pada 16 September 2016.
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI
“Macam Adik Abang!” Anak Sulung Terima Ijazah, Rahmad Mega Buat Kejutan Atas Pentas

Menjadi satu perkara yang membanggakan buat ibu ayah apabila melihat anak-anak mampu berjaya dalam pelajaran dan menggenggam segulung ijazah.
Baru-baru ini, anak penyanyi rock terkenal 90-an, Rahmad Tohak atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega, Suhazrin Amrin, berjaya bergelar graduan Sarjana Sains di sebuah universiti tempatan.
Perkara itu dikongsikan oleh Rahmad sendiri di laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa foto mereka sekeluarga dan meluahkan rasa bangga apabila anak lelakinya itu berjaya menamatkan pengajiannya.
“Tahniah buat anakanda Suhazri Amrin kerana telah berjaya menyelesaikan master in science (sarjana sains) di UMP. Papa doakan semoga terus berjaya.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Di samping itu, Rahmad juga sempat membuat kejutan dengan muncul di pentas dan menyanyikan lagu popular kumpulan Mega, Takdir dan Waktu sambil ditemani anaknya, sekali gus menarik perhatian ibu bapa yang hadir pada sesi pertama Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke-17 itu.
Rahmad berkata, ibu bapa seharusnya memberikan sokongan atas minat anak masing-masing.
“Kita harus lihat kecenderungan dan potensi anak. Kalau boleh jangan sekat minat mereka,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ucapkan tahniah pada mereka satu keluarga. Malah, ada yang berpendapat wajah Rahmad dan anaknya itu seakan adik dan abang.
Sumber : Hmetro
Kes Pertama Varian Omicron XE Di Jepun, Ramai Mula Risau, Lebih Mudah Ditularkan!

Berita ini pastinya mengejutkan ramai pihak apabila didapati negara Jepun mengesahkan kes pertama varian Omicron XE melibatkan seorang wanita yang tiba di lapangan terbang Narita, Tokyo pada 26 Mac, menurut Agensi Berita Kyodo.
Apa yang membimbangkan, wanita berusia 30-an itu tinggal di Amerika Syarikat dan tidak menunjukkan sebarang gejala ketika tiba di lapangan terbang, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan pada Isnin.
Difahamkan, wanita berkenaan telah menerima dua suntikan vaksin Pfizer Inc.,. Bagaimana pun, wanita itu didapati positif varian itu ketika menjalani ujian saringan di lapangan terbang. Selanjutnya wanita itu menerima rawatan di pusat kesihatan sebelum dibenarkan keluar setelah tempoh kuarantin tamat.
Apa itu Omicron XE
Omicron XE merupakan strain XE gabungan subvarian BA.1 dan BA.2 Omicron.
Menurut laporan, kadar kebolehjangkitannya 12.6 peratus lebih cepat berbanding BA.2, meskipun butiran lanjut mengenai varian baharu itu belum diketahui.
Penyelidik mengesan satu mutasi baharu Covid-19 varian Omicron dinamakan XE yang menunjukkan tanda-tanda awal ia lebih mudah ditularkan daripada varian induk Omicron.
Kira-kira 1,100 kes varian XE direkodkan di Britain setakat 5 April, menyumbang kurang satu peratus jangkitan di negara itu.
South China Morning Post melaporkan, pada 22 Mac lalu, pihak Agensi Keselamatan Kesihatan (HSA) United Kingdom, sudah mengenal pasti 637 kes membabitkan varian Omicron XE di Britain.
Malaysia tiada kes jangkitan
Dalam pada itu ramai yang meluahkan rasa kebimbangan dengan virus baru ini. Tambahan pula negara dalam tempoh peralihan ke fasa endemik.
Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Malaysia tidak mencatatkan jangkitan kes mutasi baharu varian Omicron dinamakan XE, yang lebih mudah berjangkit berbanding mana-mana varian Covid-19 setakat ini.
“Varian Omicron contohnya lagi tinggi (kesnya) daripada Delta sebab itu kes meningkat tetapi keseriusannya lebih sederhana daripada Delta maka unit rawatan rapi juga tidak penuh seperti dulu.
“Jadi varian baharu ini kita kena tengok daripada negara lain sama ada kebolehjangkitan tinggi atau keseriusan yang tinggi barulah kita ambil langkah-langkah sepatutnya,” katanya pada sidang media selepas melawat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) baru-baru ini.
Meninjau di media sosial, carian mengenai ‘omicron xe malaysia’ menjadi popular. Nyata, ia membuatkan ramai yang meluahkan rasa bimbang dengan penularan variant ini. Malah difahamkan ia mudah disebarkan.
Jadi hati-hati semua, terutamanya tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Sumber: Malaysiakini BM , Bernama dan Harian Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz