Ketupat memang enak dimakan di pagi raya. Namun ramai wanita takut untuk menjamah makanan jenis berpulut kerana sifat anginnya. Bimbang makan berlebih-lebih dan angin mula menyakitkan badan.
Sifat angin pada pulut ini buat perut tidak selesa, malah badan juga rasa sakit-sakit kesan daripada angin dalam badan.
Disebabkan itulah rata-rata wanita yang berkahwin mengelakkan makanan ini jauh-jauh daripada menu harian mereka. Kuih muih seperti Seri Muka, Pulut Inti atau Pulut Mangga sekalipun hanya mampu dipandang sepi oleh mereka. Sukar!
Sebenarnya ada cara untuk mengatasi masalah ini daripada terus menghantui dan mengelakkan makanan ini selamanya. Perkongsian daripada penulis makanan dan resepi Puan Ainini Zainal di facebooknya pastinya buat kita rasa lega.
Katanya cara kita memasak menentukan masalah angin ini. Bagaimana mengurangkannya? Ikuti perkongsian penulis ini.
Pulut atau ‘glutinous/sticky/sweet rice’ memang sifatnya sedikit ‘berangin’. Tapi ada cara yang boleh membantu anda makan. Jika tidak dapat hilangkan terus anginnya pun, dapatlah dikurangkan sedikit.
Cara Masak Sebelum Makan Pulut
1. ‘Wajib’ rendam semalaman. Untuk membuang phyctic acid di dalamnya. Rendam dan esoknya buang air rendaman, masak seperti biasa. Biasanya antara penyebab utama ‘bloating’ adalah beras pulutnya tidak direndam lama sebelum dimasak.
2. Masak bersama hirisan halia. Halia antara makanan yang membantu menyingkirkan angin berlebihan di dalam badan. Seperti mana kita kukus keledek (juga penyebab ‘bloating’) bersama halia untuk mengelakkan masalah ini, lakukan yang sama dengan masakan pulut.
3. Pastikan kombinasi makanan yang sesuai. Biasanya kombinasi makanan yang tidak sesuai ini boleh menyebabkan ‘gastronomical problems’, ketidakhadaman dan penghasilan gas dalam perut. Hasilnya, ‘bloating’. Grain (beras) adalah makanan yang sesuai digandingkan dengan sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang, sayuran.
Kombinasi ‘grain’ dengan makanan apa yang tidak sesuai?
Buah
Biasa makan pulut mangga dan rasa perut tidak selesa? Sekali dua mungkin ok.
Tapi jika selalu, masalah penghadaman yang selalu di’stimulate’ dengan kombinasi makanan yang tidak sesuai akan menyebabkan gangguan sistem penghadaman menjadi semakin lemah (selalu ada gas).
Bagaimana dapat kita capai kesihatan yang optimum jika begitu? Perut yang ‘sihat’, hasilnya badan yang sihat.
Selamat makan pulut!