“Takut Cederakan Anak Jadi Saya Terus Beredar.” Hidap Sakit Mental Ibu Ini Pernah 10 Tahun Hidapi Kemurungan
Kesihatang yang baik adalah satu nikmat besar dikurniakan Allah SWT kepada setiap manusia. Ia adalah sesuatu yang sangat berharga dan rezeki yang amat bernilai buat kita.
Namun siapa kita untuk menolak takdir ketentuan Ilahi. Bagaimanapun ia bukan untuk kita berserah diri dan bersedih seumur hidup.
Sebagai khalifah di muka bumi ini, apa jua perjuangan yang kita lakukan sama ada untuk keluarga, diri dan anak-anak adalah suatu ibadah.
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
10 TAHUN HIDAP KEMURUNGAN
Begitu juga dengan puan Nazia Suhaimi dirinya Menghidap Major Depressive Disorder (MDD) 10 tahun (Kemurungan) yang lepas. Disebabkan tak dapat rawatan yang betul, simptom makin teruk, 5 tahun kemudian disahkan menghidap Generalised Anxiety Disorder with psychosis.
Siapa sangka, padangan luaran nampak normal tetapi dalaman sebaliknya. Menerusi perkongsianya di facebook wanita ini berkongsi mengenai bahaya penyakit mental yang dihadapinya jika tidak boleh dikawal boleh mengundang mencederakan orang lain, malah anaknya sendiri!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SAKIT MENTAL HINGGA RASA NAK CEDERAKAN ANAK SENDIRI
Baru je semalam saya happy-happy dengan anak-anak buat keychain. Sebelah petang tu, tiba-tiba saya jadi amarah teruk. Panas-baran.
Segalanya berpunca bila anak naik suara pada saya.
Sebelum ni, dah banyak kali saya tegur. Asbab banyak kali sudah diingatkan, akhirnya saya naik hantu juga. Habis keychain yang sudah dibuat saya patahkan. Dan anak-anak menangis.
Masa saya bertindak, saya dalam keadaan sedang beremosi. Saya sedang marah dan menengking, saya bertindak diluar kawalan. Saya tahu saya dalam fasa amygdala hijack.
Saya menggigil.
Takut cederakan anak jadi saya terus beredar dan buat kerja lain. Saya takut sejarah lama berulang lagi.
Lepas dah reda sikit, saya masuk ruang tamu. Anak-anak masih duduk di ruang tamu dan mengalir air mata dalam senyap. Masing-masing takut nak menangis. Yang dalam buai pun auto senyap.
Saya duduk dekat. Peluk. Semua menangis, meraung. Mengalir air mata saya di pipi. Berulang kali saya kata “Mami minta maaf, mami minta maaf” sambil usap belakang anak-anak.
Lama saya biarkan mereka dalam pelukan. Saya tunggu hingga tangisan masing-masing reda.
TARIK NAFAS UNTUK TENANGKAN DIRI
Saya tarik nafas dalam-dalam kemudian saya kata “Ingat tak, Mawar Muawwiz pernah tanya kenapa mami ke hospital sedangkan mami tak sakit (fizikal)?”
Masing-masing mengganguk.
“Nampak tak mami marah teruk tadi?”
Angguk lagi.
“Sebab mami ada sakit marah-marah.”
Jeda.
“Mami kena jumpa doktor, kena makan ubat, kena terapi sebab mami tak nak marah-marah lagi.”
Semua senyap. Mungkin tak faham nak hadam.
“Marah tu perlu tapi kalau marah sangat sampai teruk jadinya, itu bukan marah yang baik. Itu sakit namanya” saya terangkan dalam bahasa yang mudah pada anak-anak.
“Mami tak nak marah-marah lagi macam ni…” air mata dah mula mengalir. Dada berombak. Sebak betul rasanya.
“Mami sedih bila mami marah anak. Mami tak nak jadi macam ni…” saya menangis. Anak-anak pun menangis.
“Jadi boleh tak tolong mami supaya mami tak marah lagi? Mami tolong diri mami. Mawar Muawwiz tolong diri Mawar Muawwiz. Boleh?”
Semua angguk. Kami berpelukan lagi.
Saya tak tahulah macam mana. Saya dah bertahun-tahun buat awareness tentang penyakit mental pada masyarakat. Saya tak peduli kalau kena kecam.
Tapi saya tak tahu macam mana penerimaan anak-anak bila mereka dah faham nanti. Adakah mereka boleh terima mami mereka sakit mental?
Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua. Jika merasakan diri mempunyai permasalah begini, segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut.
Sumber: Nazia Suhaim
Sumber:
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club