“Takkan Nak Biar Telefon Jadi Pengganti Orang Yang Kita Sayang…”- Padu Perkongsian Ibu Ni!

Share

Sekali sekala cuba kita lihat apa yang telah mengubah kehidupan kita sekeluarga dengan adanya gajet di rumah.

Penggunaan telefon pintar pada hari ini sudah dianggap sebagai keperluan wajib dalam komunikasi bahkan menjadi medium untuk mengetahui maklumat semasa, membantu memudahkan tugasan harian dan sebagainya.

Bahkan bukan lagi sesuatu yang pelik apabila kita melihat ada ibu bapa akan ada banyak masa bersama telefon pintar berbanding meluangkan masa dengan anak-anak. Semua ini lama kelamaan akan buat anak faham satu perkara iaitu apa sahaja yang ada dalam telefon adalah lebih penting daripada mereka.

Berkongsi kisah berkenaan, Adlil Rajiah Mohd Nasir seorang ibu dan juga penulis berkenaan keibubapaan yang tidak asing lagi di media sosial menitipkan pesanan agar kita sebagai ibu bapa perlu sedar macam mana hubungan kita bersama anak pada 12 tahun pertama umur mereka, macam itu lah juga hubungan anak dengan kita pada 12 tahun terakhir umur kita nanti.

Untuk itu jom baca perkongsian penuhnya di sini.

Ingat tak hari tu saya ada tanya—

“If you could have a superpower, what would it be?“

Pastu jawapan aneh2 je korang bagi. Sebenarnya saya buat posting tu sebab saya sendiri pernah ditanya soalan yang sama oleh anak saya, Haikal.

Pernah sekali masa kitorang baca komik superhero sama2, tiba2 Haikal tanya saya—

“Kalau mama boleh ada superpower, mama nak superpower apa?”

Dua kali dia tanya.

Tapi sekali pun saya tak jawab.

Sebab masa tu saya leka tengok phone dan tak layan Haikal tanya.

Esoknya, saya terdengar Haikal tanya kawan dia, soalan yg sama—

“Daniel, kalau kau boleh ada superpower, kau nak superpower apa?”

“Aku nak kuasa the flash. Supaya aku boleh tulis laju-laju, siapkan homework laju-laju. Takde la kena marah dgn mak aku sebab tulis lambat. Kau pulak nak superpower apa, Haikal?”

“Aku nak superpower boleh bercakap dengan haiwan.”

“Aikk kenapa pulak?”

“Supaya aku ada kawan berbual bila mak ayah aku sibuk tengok phone. Kadang2 aku tak tahu nak borak dengan siapa bila dua2 tak nak layan aku. So kalau dapat bercakap dengan semut pun best jugak.“

“Hahaha!”

Berdekah diorang berdua ketawa.

Itu lah pertama kali, saya tak rasa bahagia melihat anak ketawa. Dan untuk kali yg ke-8247183510479, saya rasa gagal lagi sebagai seorang ibu.

3 pesanan untuk diri saya sendiri (dan ibu bapa di luar sana):

  1. Bila phone wujud dalam hubungan kita dengan anak, contohnya; bila kita bercakap dengan anak tapi mata kita dekat phone, atau bila tangan kanan kita main dengan anak tapi tangan kiri kita sibuk scroll phone, atau bila pandangan kita pada anak tiba2 beralih pada phone everytime ada notification masuk.

Semua ni lama kelamaan akan buat anak faham 1 perkara— apa sahaja yang ada dalam phone parents adalah lebih penting daripada mereka.

  1. Bila anak dah start faham macam tu, mereka akan mula rasa “kurang”— kurang penting, kurang disayangi, kurang dilihat, kurang didengari, kurang selamat.

Dan ini akan buat anak mula cari sesuatu/seseorang to fill the void/emptiness/needs. Dan lama2, ibu bapa bukan lagi menjadi orang yang mereka harapkan.

  1. Teknologi smartphones yang sedang perlahan2 rampas kualiti hubungan kita dengan anak2 hari ni, takkan hilang, takkan reverse effect, takkan pupus, malah akan jadi lebih canggih, lebih praktikal, lebih integrated dengan kehidupan seharian dan pekerjaan kita.

We human can never win over gadgets/phones.

We human can never be more fun, more attractive, more uplifting than digital contents.

Tapi ada benda yang phone/gadgets tak boleh kalahkan manusia iaitu—

real love, real interactions, real feelings.

Ingat, macam mana hubungan kita bersama anak pada 12 tahun pertama umur mereka, macam tu lah juga hubungan anak dengan kita pada 12 tahun terakhir umur kita nanti.

Semoga allah sentiasa beri peringatan, petunjuk, dan peluang untuk kita perbaiki tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Untuk Haikal, Mama minta maaf.

I wish i could read your mind and feelings.

That’s the only superpower that i would love to have.

Sumber : Adlil Rajiah 

Jom tonton video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club