Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain.
Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina.
“Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami.
“Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
Ads
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran. Kebetulan juga kami berdua sibuk dengan kerja, kerana itu saya suka hantar anak-anak ke kelas untuk menambahkan kemahiran mereka.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan. Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar.
“Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ads
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja.
“Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan.
“Lagipun kembar memerlukan perhatian lebih terutama Noah yang agak kecil berbanding Adam. Jadi, dalam diam-diam saya susukan lebih supaya dapat naikkan beratnya dan Alhamdulillah tidak banyak beza kedua-duanya,” seloroh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Ads
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza.
“Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018 & IG drhalina
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.
Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.
Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?
Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.
Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.
Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…
FAKTA….serius….
Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.
Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.
Jadi…pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?
Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?
Kredit: FacebookRahsiaHawa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masalah kutu pada kucing kita memang merunsingkan. Jika dibiarkan kutu yang biasanya dijangkiti daripada kucing-kucing lain ini mudah menyerang dan berjangkit dengan kucing lain.
Selain menggunakan ubat kutu yang boleh dibeli di kedai haiwan, bahan yang satu ini juga dikatakan baik untuk menghilangkan kutu.
Petua yang dikongsikan oleh Nur Adah di facebooknya ini baik juga untuk kita cuba. Tak salah untuk kita cuba asalkan ia tidak memudaratkan kucing kesayangan kita. Jom cuba.
Bahan-bahan:
Lemon
Air secukupnya
Caranya:
1. Basuh lemon bersih dan hiris.
2. Didihkan dengan air secukupnya.
3. Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam botol spray.
4. Boleh spray pada anak bulus yang ada kutu.
Boleh juga spray pada perabot, karpet sebagainya untuk bunuh telur kutu. Spraykan selalu hingga kutu makin berkurangan.
Kutu dikatakan cukup alah kepada bau lemon dan sifat asidnya juga baik dalam membunuh kutu yang sedang membiak ini.
3 Cara Lain Buang Kutu
Pakai Cuka
Sama seperti lemon, kucing juga tidak suka dengan bau masam cuka. Ini adalah antara cara terbaik menghapuskan kutu yang bersarang di bulu kucing kesayangan anda.
Campurkan setengah bahagian air dengan setengah bahagian cuka. Kemudian tuangkan larutan cuka tersebut ke dalam botol semburan dan semburlah pada kucing secara teratur.
Pencuci Pinggan Lemon
Selain memandikan atau menggunakan syampu khas untuk membasmi kutu kucing, anda boleh juga memandikannya dengan cecair pencuci
pinggan beraroma lemon. Wajib cuba!
Minyak Kayu Putih
Khasiat minyak kayu putih juga berupaya untuk melindungi haiwan kesayangan anda daripada diserang kutu kucing dan parasit lain. Campurkan beberapa titis minyak kayu putih pada air mandiannya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Marissa Dania Hakim iaitu anak kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim menjadi topik hangat netizen sejak berpoligami menjadi isteri nombor dua.
Marissa dikatakan telah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu tanpa pengetahuan keluarga.
Walau bagaimanapun, dalam keruh pasti ada jernih. Madunya Umisya Mazlan yang merupakan isteri pertama kepada Aslam berkongsi hikmah disebalik pahit manis berpoligami.
Umisya berkata dia berasa tenang walaupun rumahtangganya sudah lama menjadi perbualan orang ramai.
“Kalau nak diikutkan saya rasa tenang. Tenang sebab saya ada masa sendiri dan ada masa untuk me time,” jelasnya ketika ditemu bual oleh Hijabista.
Katanya, sejak isu curang suaminya Aslam bersama Marissa, dia banyak terima tawaran bisnes dan juga tawaran menjadi model untuk jenama pakaian tempatan.
Malah, dia tidak menyangka rezekinya akan mengalir sebegitu rupa selepas isu kontroversi suaminya itu.
Walau bagaimanapun, Aslam sudah tampil bersua muka dengan keluarga Marisa ketika Aidilfitri baru-baru ini dan Abby juga terima dengan takdir yang dituliskan.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.