“Takde Peluang Untuk Mama Suapkan Saya…” Rintihan Anak Sulung Arwah Ustazah Shadiya Abbas Buat Ramai Sebak!

Share

Pastinya semua antara kita kenal dengan Ustazah Shadiya Abbas, seorang pendakwah dan sering keluar di kaca TV berkongsi ilmu agama, malah turut aktif melakukan program-program amal dalam hidupnya bersama suami tercinta.

Namun permergiannya secara mengejut pagi tadi (5.05 pagi, 5 April) bukan sahaja cukup dirasai oleh kita semua, apatah lagi buat ahli keluarganya.

Menerusi perkongsian anak arwah, Ahmad Al Fateh, nyata kesedihan kehilangan orang tersayang sangat dirasainya. Bersama kita sedekahkan al fatihah, semoga arwah ditempatkan di syurga firdausi…amin.


Innalillahiwainnailaihiroojiun… Mama dh kembali kepada Allah, kenapa awal mama pergi? Mama mesti menikmati di syurga kan? Seronoknyaa…

Mama, tahun lps raya 2019 tapi raya tahun ni ( 2020 ) dah xde peluang utk mama suapkan saya… Mama masak sedap ii… Mama adalah hero saya, time saya susah mama yg tolong saya.

Bila saya stres, mama tenangkan saya. Bila saya marah kat mama, mama redha dgn apa yg saya buat kt mama. Mama dah tolong banyak orang termasuk saya. Mama la mama yg paling terbaik. X sempat saya nk peluk mama.. Salam mama.. Cium pipi mama..

Ya Allah… 5/4/2020 mama dah tinggalkan family kita.. Saya menangis mama dah xdee bila saya baca group ws. Saya rasa mustahil mama dh tiada di hati saya. Mama sentiasa doakan saya supaya saya menjadi seorang penghuffaz AlQuran.

Mama jugak ada tegur, nak main game tu, kena ada masa dia. Jangan main slalu dan jangan smpai ketagih mcm dadah. Haihh banyak nasihat mama dkt saya.

 

Terima kasih mama sbb jadi mama saya. Mama dah buat macam ii yg saya nak. Saya doakan mama agar mama diampunkan dosa, dan saya doakan agar dimasukkan ke syurga firdaus. Assalamualaikum mama.

InsyaAllah kita akan bertemu di syurga. Tunggu saya tau ma? Sayang mama!!!😭❤️❤️❤️
Korang yg ada ummi atau ayah, hargailah mereka kerana kita tak tahu bila masa Allah akan tarik nyawa mak ayah korang.

sumber : Ahmad Al Fateh