Siapa kata tak ada perkakasan yang lengkap, tidak boleh sediakan kek untuk dinikmati ketika minun petang.

Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Marlia lia. Jom semak.

EDITED : Saya sertakan resepi dibawah dengan cara2 Bakar kek tak guna oven

Saya terr….lepas cakap kat bebudak ni, kata mak nak buat kek…Asalnya sebab nak suruh diorang mandi je.
Tak sangka pulak diorang ni ingat. Dah 3hari menuntut bila nak buat, bila nak buat.
Bukan taknak buatkan… Tapi kat rumah kita ni takda oven, takda mixer, takda penyukat.

Tapi sebab nak beli jiwa mereka kan, dan maknya pun terrrr….lepas cakap, kita ada kan jugak lah. Struggle sikit la part nak bagi gebu mentega + gula tu.

Bergotong royong 3 beradik ni membuat kek. Bersemangat.

Alhamdulillah, kek menjadi sesedap rasa. Mereka makan dengan gembira.

Resepi Kek Marble sukatan cawan (Wasap mak, tanye resepi 😆)

Takda Oven, Mixer & Penyukat,Tetap Boleh Hasilkan Kek Gebu!

IKLAN

*2 cawan tepung naik sendiri
1cawan gula pasir
1 cawan marjerin
*4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla

*Saya takda tepung naik sendiri. Jadi ganti kan dengan 2 cawan tepung gandum + 2 sudu Teh baking powder + 2 sudu besar susu pekat

*Telur kat rumah gred B. Jadi saya gunakan 5 biji

Cara2 :
1. Marjerin + gula dikacau. Takda mixer, jadi saya guna sudip kayu.Kacau laju-laju sampai gula tu hancur, marjerin bertukar color putih kuning. Bila penat, anak pulak ganti kacau kan. Anak sorang dah penat, ganti anak lain pulak.. Sampai lah gebu ye.

2. Masukkan telur ayam satu persatu dalam adunan. Aduk rata je.

IKLAN

3. Masukkan esen vanilla. Kacau rata lagi. Tujuannya supaya kek tak bau hanyir Telur.

4. Campurkan baking powder ke dalam tepung gandum. Ayakkan dulu. Taknak ada yang berketul atau ada bendasing. Pastu boleh tuang sikit-sikit dalam adunan. Sampai habis, kacau rata.

5. Boleh tambah color ikut suka. Kat rumah cuma ada pewarna hijau dengan serbuk koko. Jadi saya guna yang tu.

6. Loyang bawah lapik kertas dan keliling loyang sapu marjerin.

7. Tuang adunan selang seli warnanye. Buat sampai habis.

IKLAN

8. Sementara tu dah boleh panaskan periuk. Dalam periuk, jangan letak air sebab kita bukan nak buat kek kukus. Kalau ada pasir, letak pasir didasar periuk untuk tujuan kekalkan suhu. Takda pasir pun tak mengapa. Saya takda pasir, alhamdulillah periuk tak da bocor pun.

9. Dalam periuk tu, wajib letak Tungku. Yang alas besi letak periuk panas tu. Atas Tungku tu nanti la letak loyangnya. Pastikan loyang kuih anda lebih kecil dari periuk. Dan periuk tu hendaklah di tutup rapat.

10. Periuk dah panas, boleh letakkan loyang yang dah isi adunan tadi.. Tutup rapat periuk tu. Bakar guna api kecil sahaja. Jangan cuba nak intai-intai kek tu . Dah 30minit baru boleh buka penutup. Cucuk la dengan lidi nak tau dah masak ke tak. Lidi clear bersih, dah masaklah kek tu..Kat rumah takda lidi, saya guna kayu chopstick.

11. Dah boleh tutup api. Terus bawa keluar kek tu, telangkupkan atas relai. Keluar kan terus dari loyang kek. Kalau di biarkan terus dalam loyang, nanti kek jadi mendap.

Takda Oven, Mixer & Penyukat,Tetap Boleh Hasilkan Kek Gebu!

Selamat mencuba

#KekMarble
#PKP

sumber : Marlia Lia via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI