Siapa kata tak ada perkakasan yang lengkap, tidak boleh sediakan kek untuk dinikmati ketika minun petang.
Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Marlia lia. Jom semak.
EDITED : Saya sertakan resepi dibawah dengan cara2 Bakar kek tak guna oven
Saya terr….lepas cakap kat bebudak ni, kata mak nak buat kek…Asalnya sebab nak suruh diorang mandi je.
Tak sangka pulak diorang ni ingat. Dah 3hari menuntut bila nak buat, bila nak buat.
Bukan taknak buatkan… Tapi kat rumah kita ni takda oven, takda mixer, takda penyukat.
Tapi sebab nak beli jiwa mereka kan, dan maknya pun terrrr….lepas cakap, kita ada kan jugak lah. Struggle sikit la part nak bagi gebu mentega + gula tu.
Bergotong royong 3 beradik ni membuat kek. Bersemangat.
Alhamdulillah, kek menjadi sesedap rasa. Mereka makan dengan gembira.
*2 cawan tepung naik sendiri
1cawan gula pasir
1 cawan marjerin
*4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
*Saya takda tepung naik sendiri. Jadi ganti kan dengan 2 cawan tepung gandum + 2 sudu Teh baking powder + 2 sudu besar susu pekat
*Telur kat rumah gred B. Jadi saya gunakan 5 biji
Cara2 :
1. Marjerin + gula dikacau. Takda mixer, jadi saya guna sudip kayu.Kacau laju-laju sampai gula tu hancur, marjerin bertukar color putih kuning. Bila penat, anak pulak ganti kacau kan. Anak sorang dah penat, ganti anak lain pulak.. Sampai lah gebu ye.
2. Masukkan telur ayam satu persatu dalam adunan. Aduk rata je.
Ads
3. Masukkan esen vanilla. Kacau rata lagi. Tujuannya supaya kek tak bau hanyir Telur.
4. Campurkan baking powder ke dalam tepung gandum. Ayakkan dulu. Taknak ada yang berketul atau ada bendasing. Pastu boleh tuang sikit-sikit dalam adunan. Sampai habis, kacau rata.
5. Boleh tambah color ikut suka. Kat rumah cuma ada pewarna hijau dengan serbuk koko. Jadi saya guna yang tu.
6. Loyang bawah lapik kertas dan keliling loyang sapu marjerin.
7. Tuang adunan selang seli warnanye. Buat sampai habis.
Ads
8. Sementara tu dah boleh panaskan periuk. Dalam periuk, jangan letak air sebab kita bukan nak buat kek kukus. Kalau ada pasir, letak pasir didasar periuk untuk tujuan kekalkan suhu. Takda pasir pun tak mengapa. Saya takda pasir, alhamdulillah periuk tak da bocor pun.
9. Dalam periuk tu, wajib letak Tungku. Yang alas besi letak periuk panas tu. Atas Tungku tu nanti la letak loyangnya. Pastikan loyang kuih anda lebih kecil dari periuk. Dan periuk tu hendaklah di tutup rapat.
10. Periuk dah panas, boleh letakkan loyang yang dah isi adunan tadi.. Tutup rapat periuk tu. Bakar guna api kecil sahaja. Jangan cuba nak intai-intai kek tu . Dah 30minit baru boleh buka penutup. Cucuk la dengan lidi nak tau dah masak ke tak. Lidi clear bersih, dah masaklah kek tu..Kat rumah takda lidi, saya guna kayu chopstick.
11. Dah boleh tutup api. Terus bawa keluar kek tu, telangkupkan atas relai. Keluar kan terus dari loyang kek. Kalau di biarkan terus dalam loyang, nanti kek jadi mendap.
Biasanya daun sup atau sayuran hijau lain mudah busuk dan tidak bertahan lama. Tapi ada cara andai anda mahu sayuran ini tahan lebih lama. Kaedah ini dikongsi oleh pembaca dalam Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Langkahnya adalah seperti berikut;
1. Basuh bersih daun sup.
2. Racik daun sup lalu masukkan dalam bekas kiub ais.
3. Kemudian, tuang air hingga menenggelami daun sup.
4. Bekukan dalam peti sejuk menjadi kiub ais.
5. Apabila mahu digunakan untuk masakan sup ambil 2-3 kiub ais daun sup lalu masukkan ke dalam kuah sup yang sedang menggelegak.
Mudah kan, selamat mencuba.
Sumber: Facebook Masak Apa Hari Ni
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hanya Guna Sukatan Cawan, Confirm Jadi Buat Kuih Kaswi Pandan Lemak Ni!
Selalu kita nampak yang dijual di gerai-gerai makanan adalah kaswi gula merah, pun begitu kaswi pandan jarang-jarang kita jumpa. Buat penggemarnya pasti tahu betapa enak rasanya dan boleh buat kita makan berkali-kali. Lebih-lebih lagi bila mengenangkan rasa lemak manis dan aroma pandan yang mengharum!
Oleh itu untuk yang teringin menyediakannya bolehlah cuba buat sendiri. Memandangkan tidaklah susah, hanya menggunakan sukatan cawan sahaja pasti jadi kuih yang dimasak.
Perkongsian daripada Ismariyam Ali ini boleh dijadikan panduan jika ada yang belum pernah menyediakan kuih kaswi pandan ini. Selamat mencuba.
Kaswi Lemak Pandan
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung tepung ubi
1 1/2 cawan gula
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 cawan air pandan(10 helai daun pandan)
sedikit pewarna hijau
1/2 sudu kecil kapur makan
kelapa parut
Secubit garam
Cara
1.Blend semua bahan-bahan kecuali kelapa parut dan garam.
Setelah sebati, tapis dan masukkan ke dalam loyang.
Kukus sehingga masak.
4.Biarkan sejuk dan barulah boleh dipotong. Gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.
Tengok pun dah menarik, pasti sedap ni kalau dimakan bersama santan memang best. Rasa lemak santannya memang memikat. Ditambah pula dengan ais dan dimakan waktu petang mahupun tengah hari. Cukup menyelerakan. Warna ungu dari ubi keledek yang digabungkan bersama kuning dari jagung memikat selera si anak.
Ibu-ibu yang baru nak cuba boleh lah sediakan untuk seisi keluarga petang ini. Caranya yang ringkas, mudah tetapi menyelerakan. Resipi ini dikongsikan oleh puan Nor Haidah Md Said
Dah lah cantik, sdp plak tu..
Bukannn kata hakakkk, kata bubur candil ni haa…😂😂😂
Resepi bubur candil hakak :
Bahan-bahan
1 kg Ubi keledek ungu,
2 cawan isi jagung
7-8 sudu besar Tepung ubi
500ml santan pekat
350-400 ml air
secubit garam
gula melaka/gula putih secukupnya
Dua helai daun pandan
Cara membuat:
Ubi keledek direbus hingga empuk, kemudian dilenyek dan ketepikan.
didihkan air,
Masukkan tepung sikit2. Uli sekata sampai jadi doh dan keledek tu tak pecah2 bila dibentuk.
Gentel lah bulat2 ikut nak kecik ke besar.
Apabila air mendidih masukkan doh bubur candil dan biarkan terapung baru diangkat.
Di dalam bekas lain, masukkan santan, masuk daun pndan, gula secukupnya dan secubit garam.
Kemudian, masukkan doh bubur candil tadi ke dalam santan. Buka api semula dan masak. Masukkan isi jagung
Dah siap.
#hakakhtsado
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...