Pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah atas pilihan bermula 1 Mei.
Itulah antara intipati sidang media Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada rabu. Namun begitu, pemakaian pelitup muka masih lagi diwajibkan jika berada di dalam bangunan (Indoor).
Antara yang menarik perhatian adalah imbasan kos QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam.
Pun begitu, beliau memohon agar orang ramai mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.
“Individu dengan status High Risk pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif COVID-19 dan individu yang diberi arahan HSO, tidak dibenarkan masuk ke premis.
“Pihak pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu dalam aplikasi MySejahtera yang akan memasuki premisnya,” katanya.
Tambah beliau, kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka.
Bagaimanapun individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis adalah individu positif COVID-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap.
Ia termasuk individu dalam tempoh Home surveillance Order (HSO) termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia.