Pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah atas pilihan bermula 1 Mei.
Itulah antara intipati sidang media Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada rabu. Namun begitu, pemakaian pelitup muka masih lagi diwajibkan jika berada di dalam bangunan (Indoor).
Antara yang menarik perhatian adalah imbasan kos QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam.
Ads
Pun begitu, beliau memohon agar orang ramai mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.
“Individu dengan status High Risk pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif COVID-19 dan individu yang diberi arahan HSO, tidak dibenarkan masuk ke premis.
Ads
“Pihak pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu dalam aplikasi MySejahtera yang akan memasuki premisnya,” katanya.
Tambah beliau, kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka.
Ads
Bagaimanapun individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis adalah individu positif COVID-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap.
Ia termasuk individu dalam tempoh Home surveillance Order (HSO) termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Serangga perosak sering membuatkan pekebun pening kepala . Habis tanaman atau pokok bunga rosak.
Pelbagai petua dikongsikan bagi mengatasi masalah serangan serangga perosak. Menerusi page Berkebun D Rumah saudara Azmi Amin berkongsi petua mudah dengan menggunakan ubat gegat.
Telur burung ke?🤔.. bukanlah, ubat gegat..Ubat gegat?🤔 Ye, ubat gegat..Ubat gegat yang letak dalam almari baju atau tandas tu ke?🤔..ye lah, yang tu lah.
Kenapa letak dalam botol, pas tu gantung kat kebun pulak?🤔
Ceritanya macam ni, baru ni, saya ada posting article tentang asap bekas telur untuk halau serangga dalam group ni..So?🤔
Ada ramai yang komen dan share, tapi ada satu komen yang mencabar paradigma saya hingga teranjak untuk saya mencubanya.
Komen sahabat FB saya tu, katanya, ada kebun di Siam yg guna ubat gegat untuk halau serangga perosak tanaman, jadi tergerak hati dan fikiran saya untuk mengimplimentasikan nya di kebun saya.
Hakikat nya, ubat gegat itu dicipta untuk menghalau serangga di rumah, bermakna serangga di luar pun ia boleh halau juga la…logik kan?
Apa-apapun, saya kena cuba dulu dan kos nya tak mahal sangat, macam Opah saya selalu cakap..
Ketam merupakan antara salah satu makanan laut yang digemari ramai kerana rasanya yang sedap. Pun begitu, sebagaimana maklum ketam mempunyai cengkerang yang keras dan kadang kala menyebabkan terasa leceh pula untuk menikmati keenakan rasa isinya jika tidak pandai caranya.
Bukan boleh main gigit sahaja, silap hari bulan gigi kita pula yang patah. Malah jika tidak kena cara atau teknik membukanya, isi ketam yang ingin dimakan terasa sedikit sahaja kerana banyak dibuang bersama kulitnya.
Pun begitu melalui perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh warga Thailand, ternyata teknik membersihkan ketam yang ditunjukkan cukup mudah.
Tanpa perlu menggunakan parang atau atau alatan pengetip ketam sekali pun, isi ketam dapat dikeluarkan dengan sempurna.
Dapat dilihat di dalam video yang dikongsikan, dia hanya menggunakan sudu besi yang dijadikan sebagai alat untuk membuka kulit ketam dan mendapatkan isi ketam yang sempurna.
Malah apa yang lebih mengujakan isi ketam dapat dinikmati sepenuhnya dan ternyata cara yang dikongsikan berbeza seperti yang kita biasa nampak.
Untuk lebih jelas bolehlah anda lihat video yang dikongsikan ini.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Menanam sayur-sayuran dengan menggunakan biji benih, nyata memerlukan masa untuk biji benih bercambah dan seterusnya membesar menjadi anak pokok.
Namun ada baiknya anda mencuba cara yang dikongsikan ini untuk lebih mudah dan cepat sayuran seperti kangkung dan bayam merah dituai.
Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
Bayam dan kangkung ni pun saya tanam guna yang ada akar. Kadang-kadang kesabaran tu tak berapa nak ada bila tengok orang lain tanam dari benih.
Jadi saya nak timbulkan minat, saya guna keratan akar yang sedia ada daripada saya buang begitu sahaja. Kot lepas ni saya lebih berazam dan bersemangat .
Kangkung dapat juga 2 pasu panjang.
Bayam satu pasu panjang. Tapi sampai bila dia bertahan pun saya tak tahu.
Nak tahu kronologi kejadian kena tengok gambar.
Saya pakai tanah organik sahaja. Lebihan keratan batang kangkung dan bayam saya tanam macam tu sahaja.
Kalau saya tahu senang hidup dan menjadi tanam guna kaedah ini, lama dah saya cucuk batang-batang cik kangkung dengan cik yam ni.. boleh jimat duit sayur!
Pokok keluarkan tunas
Selepas 1 minggu
Semuanya baru seminggu lebih.
Selain itu, perkongsian ini turut mendapat komen daripada warganet dan antaranya menurut Ramlah Lulu Doery, “tanam kangkung dari keratan batang, lebih cepat tuai hasil daripada semai biji,,. Saya selalu buat.”
Manakala AdDawanda Azal turut berkongsi pengalamannya di ruangan komen, “Insya allah hdup.dlu ms ank kecik sy selalu cucuk je keratan kangkung n bayam yg berakar tu kat pasu2 yg penyewa lama tnggal dpt 4,5 pasu.siram berkala n chaya ckup.hidup je.siap blh repeat berapa kali potong amek buat sayur utk mknan ank n buat cucur.pun jdi laa.ms tu sy berdua je ngan ank.so ckup laa”
Begitu dengan komen daripada Ummi Ana, “Kangkung saya tanam pun guna keratan btg yg ada akar cucuk2 je alhamdulillah tumbuh merimbun sampai la ni nanti nk try bayam plak sbb semai lambat lah nk tumbuh pokoknya”
Apa yang pasti dengan membaca perkongsian dan komen berkenaan menanam menggunakan keratan batang, ianya nampak lebih mudah dan cepat pula tumbuh, jadi boleh sangatlah dicuba.
Sekurang-kurangnya, tidaklah perlu kita membeli biji benih atau anak pokok untuk menanam sayur-sayuran, sekali gus kita dapat juga menjimatkan kos belanja barangan dapur.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.