Setiap wanita yang hamil ada karenah tersendiri. Ada yang alahan ada juga yang tiada sebarang masalah. Tak kurang bab mengidam, sehinggakan ada yang meminta yang di luar kotak fikiran. Namun selagi ia tidak memudaratkan, tidak mengapa.
Demikian juga dengan pelakon Hanez Suraya, 34 tahun. Baru-baru ini dia mengakui terlalu obses dengan drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua. Dek kerana itu, dia kerap menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program hiburan terbitan negara itu.
“Sebelum ini, saya memang minat budaya dan industri Korea. Tetapi, tidaklah terlalu obses namun ketika hamil anak kedua ini saya banyak menghabiskan masa menonton drama Korea. Sehinggakan, saya pernah mengajak suami untuk bercuti di sana.
Menariknya, daripada situ timbul idea untuk dia mengeluarkan produk sendiri. Ditemui pada majlis pelancaran produk pewarna bibir, Cake Pop di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini, akui Hanes, dia tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca.
“Sejak obses menonton drama Korea, saya sangat tertarik dengan solekan mereka. Disebabkan itu, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini,” katanya produk terbabit kini dijual secara dalam talian di Instagram miliknya.
Sementara itu, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan.
Ads
“Mengikut ramalan doktor bayi saya dijadualkan lahir pada 7 Julai depan. Doakan kelahiran kedua ini dipermudahkan. Kebetulan suami saya suka nombor 7, katanya tu nombor bertuah dia. Anak sulung dulu, Puteri Aleesya induce sebab overdue. Kalau boleh tak nak sebab sakit induce. Tetapi apapun saya harap segalanya dipermudahkan.
“Saya jenis badan kecil dan perut besar. Memang kali ini sangat terasa ‘beratnya’. Kalau ikutkan saya tak trauma beranak tetapi saya hanya tak suka induce. Dulu saya masuk ubat. Jarak antara anak sulung dengan yang ini agak jauh kerana saya tak nak anak sulung rasa kurang kasih sayang.
“Yang kedua ni ikutkan tak rancang tapi suami yang nak. Aleesya nampak kurang dengan saya lepas tahu saya hamil. Dia lebih banyak dengan ayahnya. Tetapi selalu juga ajak dia berborak dengan adiknya dalam perut,” ujar Hanes yang tidak kisah bilangan anak memandangkan suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais suka anak ramai.
Ads
Ditanya soal lakonan ujarnya buat masa sekarang fokusnya lebih kepada keluarga dan juga produk yang diusahakannya.
“Suami memang jenis suka tengok saya depan matanya. Kalau nak ke pejabat pun dia akan ajak sekali. Kalau sibuk sangat ada pembantu yang tolong. Soal berlakon tu rasanya ‘hold’ dulu. Memang suami tak kisah tapi sebagai isteri faham dia sebenarnya lebih suka saya berada disisinya.
“Jadi, saya pilih untuk buka bisnes dan suami nampak sokong ke arah itu. Kalau dulu keluarkan tudung nampak dia tak ambil ‘port’ tapi untuk produk Cake Pop Liptint ni memang nampak suami all out bantu. Sebenarnya bukan mudah nak ajak suami bantu, saya ambil masa lebih kurang 4 tahun saya ‘pujuk’ suami dan akhirnya kini baru dia setuju dan mahu turun padang bantu. Kebetulan dia banyak pengalaman jadi segalanya dipermudahkan,” ujar Hanes lagi.
Ads
Mengulas lanjut mengenai selebriti yang membuka hijab, jelasnya itu bergantung pada pemahaman diri masing-masing.
“Saya tak berani nak cakap kerana kita tak tahu masa depan macam mana. Lagipun kebanyakan yang buka tudung kembali adalah mereka yang masih bujang, Macam saya ada suami dan ada famili yang perlu jaga air muka dan aib suami dan keluarga. lagipun belah kedua-dua keluarga jenis berhijab. Kalau dulu tak pakai tudung saya segan.
“Malah, suami sendiri yang minta saya pakai tudung selepas pulang dari umrah, jadi saya mendapat kekuatan daripada situ. Tetapi dia tak paksa cuma dia sokong waktu saya ambil keputusan untuk bertudung.
“ Dalam hal ini, kita tak boleh hukum orang, mana tahu nanti mereka kembali bertudung. Lagi pula saya sendiri bukanlah pandai bab agama jadi tak nak jatuh hukum pada orang lain. Jadi, doakan yang baik-baik untuk mereka. Aurat kita bukan rambut sahaja tetapi hati mulut semua kena jaga,”ulas Hanes lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekiranya menanam pokok blackberry di laman rumah, tentunya kita mengharapkan pokok akan hidup subur dan sekali gus mahu juga merasa hasilnya.
Jadi apa kata ikuti perkongsian daripada Pyan Sempoi yang berkongsi tip dan cara bagaimana pokok blackberry di rumahnya boleh berbuah lebat. Ini perkongsiannya.
Test semai keratan blackberry jenis ‘prime ark freedom’ baru 8 hari cucuk..semua keratan nampak masih segar & tunas dah mula keluar.. InsyaAllah ada harapan hidup jadi anak pokok.
Media yang digunakan campuran peatmoss, cocoapeat & sekam mentah..penggalak akar guna exotic thailand
* jangan tanya jual atau tak yer..sekadar perkongsian teknik pembiakan pokok sahaja
Buah blackberry dah mula merah..next tunggu warna berubah jadi hitam berkilat pulak baru boleh petik & ngappp. Kalau dah merah macam ni kena bungkus cepat-cepat, kalau tak jadi habuan burung.
Ada bunga yang baru kembang & putik bunga yang baru keluar pon banyak sangat..hasil setelah dipangkas 5-6 minggu lepas..
Sabaq menunggu akhirnya dapatlah merasa buah blackberry masak berwarna hitam..
Seronok tengok perkembangan dia dari putik, bunga putih, buah muda berwarna hijau, berubah warna jadi merah & akhirnya masak hitam berkilat.
Buah fresh dari pokok dalam pasu tepi rumah saya..bukan kat oversea tau.
Ekstra info
jenis/variety : Prime Ark Freedom tidak berduri
tahan lasak hujan panas & cepat besar/berbunga
Untuk pertumbuhan saya bagi baja novatec supreme+kopi, tahi kelawar & mol sisa-sisa dapur..untuk ransang bunga & buah saya siram+sembur dengan baja MKP..lepas dah berbunga saya ganti dengan baja buah novatec premium.
Sumber : Pyan Sempoy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ujian. Setiap antara kita pasti merasai ujian dalam kehidupan masing-masing. Namun dengan adanya rasa yakin bahawa setiap ujian yang diberikan ada hikmahnya dan bukan sia-sia daripadaNya.
Begitulah jua kisahnya buat pasangan suami isteri ini apabila keduanya diuji dengan penyakit kronik. Di mana Auni Afiqah menghidap barah tiriod serta kegagalan buah pinggang tahap 5, manakala suaminya pula iaitu Norzam Iskandar mengalami ‘Muscular Dystrophy’ yang menyebabkan otot lemah dan tulang belakang membengkok.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Pun begitu ia bukanlah penghalang untuk pasangan suami isteri ini terus menjalani kehidupan yang membahagian bahkan sentiasa saling menjaga antara satu sama lain.
Orang Selalu Doakan Rezeki Anak, Tapi Akak Tak Harap
Pasangan suami isteri ini sering dilihat berkongsi cerita kehidupan mereka di media sosial. Jadi tidak hairanlah ada antara wargamaya telah mengenali insan ini dan sekali gus mengagumi semangat yang dimiliki oleh Auni dan pasangannya. Malah tidak dinafikan turut terinspirasi dengan kesabarannya dalam melalui kehidupan ini.
Baru-baru ini Auni ada menjawab persoalan daripada warganet berkenaan soal anak. Memandangkan sebagai pasangan suami isteri pastinya kita semua mahukan zuriat untuk menjadi penyambung keturunan.
Menjawab hal berkenaan, Auni dilihat cukup tenang dan matang. Dia sedikit pun tidak meletakkan sebarang harapan tentang rezeki anak sejak berkahwin 9 tahun yang lalu.
Malah jika ada sekali pun, wanita berusia 32 tahun ini bimbang nasib anak tersebut mungkin terabai disebabkan keterbatasan dirinya dan suaminya.
Ujarnya lagi apa yang lebih diharapkan kini adalah direzekikan dengan kesihatan untuk dirinya dan suaminya. Itu pun sudah cukup memadainya buatnya.
Meninjau di ruangan komen perkongsian ini memberi pelbagai reaksi dan kebanyakkan memuji tahap kesabaran dan sikap positif pasangan suami isteri ini. Ini sekali gus menyuntik semangat dan inspirasi pada yang di luar sana yang belum dikurniakan zuriat untuk sabar menerima ujian.
akk tahu tak, akk selalu bagi saya positive vibes🥺,, lurveee sgt❤️
its ok kak.. inshallh moga makbul doa kakak. Sedih sy dgr ayat mula tu.. sy pernah berada disitu dulu..
semoga akak sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan🥰
ya allah , kuatnya akak 😭❤️loveyouuu semoga dipermudahkan segala urusan
asalkan akak dengan suami sihat bahagia hingga ke jannah. semoga dimurahkan rezeki selalu 🤲🏻
Sebut sahaja pulut kuning, terus sahaja teringat zaman mengaji masa kecil-kecil dulu. Maklumlah pulut kuning ini menjadi menu wajib bila ada sahaja majlis khatam quran diadakan.
Rasa hidangan pulut kuning yang dimasak memang cukup enak dan menyelerakan. Ditambah pula bila dimakan beramai-ramai bersama kawan mengaji, memang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Menurut perkongsian Rashidah, ada cara berbeza bagi menyediakan Pulut Kuning atau juga dikenali dengan Pulut Kunyit dikalangan orang utara yang menjadikan hidangan pulut kunyit ini sedap dan enak rasanya malah cantik berkilat bentuknya.
Jom ketahui apa rahsianya.
Assalamu’alaikum ..untuk pengetahuan semua kami tak panggil pulut kuning tapi kami panggil PULUT KUNYIT..
Ramai pulak yg bertanya nampak pelik cara saya buat pulut kunyit. Untuk pengetahuan semua. Ni la cara org tua kedah dulu-dulu buat pulut kunyit. Setau saya dari saya mula kenal pulut kunyit camni la tok nenek saya dok buat. Jom kita tgk..
Cara buat :
Mula basuh beras pulut..Rendam dengan kunyit, lada hitam biji dan asam keping.
Lepas direndam (masa rendaman bergantung pulut apa yg digunakan) sejat air.
2. Atas kukusan tu lapikkan daun pandan dan terus tuang pulut.. Asam keping jangan kukus ya.. Angkat p tak tang lain.. Kukus..
3. Bila da separuh masak.. Letak bawang merah.. Halia dan sedikit bawang putih yang dimayang atas pulut tu..kukus lagi..
4. Buka periuk utk gemburkan pulut n bwg td. Kukus sampai masak.
5. Utk eron santan.. Masak santan dengan daun pandan simpul.. Garam.. Susu pekat.. Bila mendidih n ckp rasa tutup api.
6. Pulut yang da masak tu tuang dalam bekas.. Terus tuang santan tadi dan gaul cepat-cepat bagi rata.
7. Siap.. Lepas siap ni boleh nak kukus lagi skali pun takpa. Lebih tahan lama. Tak kukus pun takpa.
“Di kedah pulut kunyit lebih femes dengan gulai daging/ayam dan gulai teloq..Truih teringat nostalgia dulu2 zaman p ngaji Quran nu.. Dpt pulut sedap tak sangga.. Gulai teloq pekat melekat.. Goi2 teloq kunin tu.. Ishhh teringat aihh, Dengan rendang kmi kurang ckit. Syok dgn gulai gi.. Walah!”-Rashidah
Ekstra petua
**lada hitam tu dibubuh.. Petua dulu la nk hambat angin.. Pulutkan angin bg sesetengah org..
**Halia pun sama selain hambat angin nk bg wangi..
**Bawang tu utk menyedapkan.. Tp eloknya mayang haluih nipis2 . Pic atas tu sy guna bwg besaq ja. Kt umh da berpuluh thn tak guna bwg kecik merah tu.
Ok.. Tak caya ampa try dulu br tau.
**Utk lemak.. Sekilo pulut setengah kilo santan pekat yg terus perah tanpa campur air.
**Susu pekat pengganti gula n nk bg kilat pulut buh sesedap rasa tekak ampa la no. Selera tak sama. Jd yg tu subjektif.
**Garam.. Susu pekat kalu sy buh lbh ckit bg berasa dah.. Sbb ms eron nnt pulut kan tawaq.. Jd bg lbh ckit rasa dia na.
sumber : Rashidah Arshad via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.