“Tak Tahu Nak Letak Nama Aruz Ke.” Lelaki Ni Kongsi Video Jadi ‘Bidan’ Sambut Anak Lahir Dalam Kereta!

Share

Hari Bapa tahun ini pasti mencatat memori yang sukar untuk diluapakan buat lelaki ini., Apa tidaknya, kegembiraan bakal menimang cahaya mata, lelaki ini melalui detik mencemaskan apabila terpaksa menyambut kelahiran anaknya di dalam kereta.

Kisah bapa bernama Azmil Radzack itu telah tuIar dan dikongsikan oleh beberapa laman sosiaI sehingga ditonton ribuan warganet selepas dia memuat naik video berkenaan semalam.

Di dalam perkongsian tersebut, Azmil memberitahu bahawa dia baru selesai menyambut anak yang lahir di dalam kereta. Terlihat juga wajah tersenyum isterinya yang selamat melahirkan anak mereka.

“On the way, rezeki bersalin dalam kereta Arus. Tak tahu nak letak nama Aruz perodua ke apa,” seloroh Azmil sambil disambut dengan tawa isteri di sebelah.

Dalam pada itu, anak-anaknya juga turut teruja dengan kehadiran adik baru dalam keluarga mereka.

Sumber: Azmil Radzack