Tak Tahu Bila Lagi Boleh Terbang, Juruterbang Ini Berpakaian Uniform Buka Gerai Makanan.

Share

Gara-gara pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia banyak sektor ekonomi terjejas termasuk industri penerbangan.

Malaysia turut terkesan akibat serangan virus yang bahaya ini. Ekoran itu, negara terpaksa mengambil dasar ‘tutup pintu’ buat sementara waktu untuk sebarang pelancongan di luar negara bagi mengelak penularan wabak ini.

Impaknya telah mengakibatkan ramai pekerja industri penerbangan ditamatkan perkhidmatan

Begitulah juga yang dilalui oleh seorang juruterbang ini yang dikenali sebagai Captain Azrin Mohamad Zawawi yang kini membuka gerai makanan di Subang dengan nama Kapten Corner.

Menerusi perkongsian bapa beliau menerusi facebook miliknya, Mohamad Zawawi Ahmad mewar-warkan agar datang ke gerai makanan anaknya yang menjual mee kari, meehoon sup, laksa utara dan rojak buah.

Menurutnya lagi, tidak tahu sampai bila anaknya akan memakai kembali uniform itu ekoran kemelut industri penerbangan kini.

Dalam pada itu, perkongsian ini telah mendapat pujian daripada warganet.

Rata-rata mengucapkan tahniah usaha yang dilakukan oleh captain ini. Malah gerai makanan ini turut dipuji dengan kebersihannya.

Apa yang pasti, tidak toleh kebelakang lagi bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Biarpun jauh beza kerjaya dulu dengan sekarang, namun ia tetap mempunyai misi yang sama iaitu untuk memastikan keluarga dapat menjalani kehidupan dengan baik.

Sumber: Mohamad Zawawi Ahmad