
Gara-gara pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia banyak sektor ekonomi terjejas termasuk industri penerbangan.
Malaysia turut terkesan akibat serangan virus yang bahaya ini. Ekoran itu, negara terpaksa mengambil dasar ‘tutup pintu’ buat sementara waktu untuk sebarang pelancongan di luar negara bagi mengelak penularan wabak ini.
Impaknya telah mengakibatkan ramai pekerja industri penerbangan ditamatkan perkhidmatan
Begitulah juga yang dilalui oleh seorang juruterbang ini yang dikenali sebagai Captain Azrin Mohamad Zawawi yang kini membuka gerai makanan di Subang dengan nama Kapten Corner.
Menerusi perkongsian bapa beliau menerusi facebook miliknya, Mohamad Zawawi Ahmad mewar-warkan agar datang ke gerai makanan anaknya yang menjual mee kari, meehoon sup, laksa utara dan rojak buah.
Menurutnya lagi, tidak tahu sampai bila anaknya akan memakai kembali uniform itu ekoran kemelut industri penerbangan kini.
Dalam pada itu, perkongsian ini telah mendapat pujian daripada warganet.
Rata-rata mengucapkan tahniah usaha yang dilakukan oleh captain ini. Malah gerai makanan ini turut dipuji dengan kebersihannya.
Apa yang pasti, tidak toleh kebelakang lagi bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Biarpun jauh beza kerjaya dulu dengan sekarang, namun ia tetap mempunyai misi yang sama iaitu untuk memastikan keluarga dapat menjalani kehidupan dengan baik.
Sumber: Mohamad Zawawi Ahmad
“Dah Boleh Rehat Tu, Ni Time Anak-Anak Mama Buat Kerja. Mama Lepak Tengok Gelagat Cucu.” Syahdunya Ucapan Ahya Buat Normah Damanhuri!

Isi Kandungan
ToggleLakonannya yang hebat selama ini akhirnya mendapat penganugerahan bila mana dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Wanita Filem baru-baru ini menerusi Anugerah Skrin 2018.
Kegembiraan tersebut turut dikongsikan oleh anak lelakinya yang bernama Ahya Rosli menerusi laman instagramnya. Ahya yang menemani ibunya pada malam anugerah tersebut meluahkan kata-kata yang menyebabkan pengikut di instagramnya turut terharu dan bersetuju dengan aktor tinggi lampai ini.
“Alhamdulillah thanks Allah. Bukan senang nak dapat award. Kita kena ikhlas jujur buat kerja. Manusia sekeliling melihat dengan mata apa sahaja yg kita buat. Menyampaikan berita yang baik2.
“Ini semua buatkan allah syg kat kita. U are the best mama. Dah boleh rehat dah tu. Ni time anak2 mama je buat kerja. Mama lepak je kat #normahvilla tengok gelagat cucu2. Hehehe. I love u so much mama,” tulis Ahya dikapsyennya.
View this post on InstagramA post shared by ahya rosli ? (@ahyarosl) on
Norman Damanhuri antara pelakon veteran yang cukup berbakat dan berilah apa sahaja watak pasti akan dibawanya dengan baik dan berkesan sehingga meninggalkan impak pada penonton.
Dengan kemenangan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Pinjamkan Hatiku, kejayaan tersebut sedikit sebanyak menaikkan semangatnya untuk meneruskan kerjayanya selain menjadi inspirasi kepada pelakon baru.
Pengikut Ahya turut memberi respond pada perkongsian tersebut. Masing-masing meninggalkan ucapan tahniah atas kemenangan tersebut.
canceloppa Dr kecil dbesar dgn drama2 lakonan pelakon hebat normah .. slalu blakon jd org org baik.. tahniah kak normah damnhuri.
aley_azami Congratulations mama you’re the best ?
chemanggisempire Kene nak suh stop mama u memang pelakon terbaik n the best in world pelbagai watak bole bawak dari kaya sampai ke miskin dari baik hingga la jahat.
armizikamaruddin Lakonan mamanye memng best..watak jahat ke baik ke…semua masuk…congrast @normahdamahuri
myvariyan Proud moments ❤️ congrats to your mom and you .
yoyo7383 U deserved it!!!??? best forever mama..?
profzam1136 Tahniah…mmg patut pun dpt.. Xsia2 pengorbanan selama ini….
ardylliashareenazzuandy Congrats bonda . My fav actress . Tak pernah tak kupas bawang kalau bonda dlm lakonan yg sedih ?
Perkongsian Ahya ini turut mendapat respond dari ibu kesayangannya itu yang turut meninggalkan komen di status tersebut.
normahdamanhuri love you more darling..anak soleh mama.. ??????
Sumber: IG ahyarosl
“Terima Kasih Mak Abah, Sentiasa Jadi Hero & Heroin Kakak.” Kejutan Buat Ibu Ayah ‘Istimewa’, Ucapan Anak Buat Ramai Sebak!

Satu perkongsian yang cukup menyentuh hati. Itu yang boleh diungkapkan apabila menonton video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Siti Sarah.
Dia telah berkongsi momen sweet pasangan suami isteri yang mempunyai masalah penglihatan menerima kejutan daripada anak mereka.
Video tersebut menunjukkan betapa mereka gembira dengan pemberian anak mereka yang turut menyertakan sekali ucapan buat ibu dan ayahnya.
Siti Sarah yang mengusahakan perniagaan ‘delivery surprise’ ini turut sebak apabila membacakan ucapan anak pasangan itu yang begitu mengharukan.
Walaupun kejutan itu merupakan sesuatu yang begitu menggembirakan, terbit rasa sayu apabila anaknya yang bertugas sebagai jururawat terlihat begitu menghargai pegorbanan ibu dan ayah menerusi bait-bait ucapan yang tulis.Mereka juga mengakui terharu dengan penghargaan yang dibuat oleh anak pasangan ini.
Delivery paling bermakna bagi aku harini dan aku simpan dkt sini .. delivery harini mengajar aku sesuatu … sesuatu yg susah kita nak jumpa .. dan kita sendiri terlepas pandang .. kita selalu nak kan yg perfect nk ibu bapa mcm ni mcmni .. tk dpt apa2 kita bebai .. tapi kadang2 cuba kita fikir mereka yg tk mampu nak bagi .. mak abah yg tak dpt melihat masyallah aku menangis ya waktu nak baca air mata bergenang suara aku bergetar2 dgn harapan makcik tu takdelah perasan .. yg paling aku nampak ialah walaupon mereka buta .. aku tgk dorang happy mcm kita jgak .. tak nmpak sedih langsung .. dikurniakan pulak anak yg baik masyallah bila aku baca dah lah mmg aku panggil mak abah aku dgn panggilan mcmtu dan gelaran aku sendiri ialah kakak .. aku sendiri rasa nak berguling nngis dkt tar eh over lak kau
Mesti mak abah dia syg dkt anak igt kot bday anak dia masyallah bertuahnya kamu
Thnks kepada yg order ni .. betul3 terkesan dihati saya
#maafakutakeditbalik #takretieditvideottpbendasptutnyattp
Paling mencuri tumpuan sudah tentu ucapan balas ibu dan ayah pelanggan Siti Sarah yang turut mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar anak mereka terus diberi kesejahteraan dunia dan akhirat.
Anak Degil Ada Sebabnya. Ibu Ayah Jangan Cepat Marah, Kena Pandang Secara Positif

Boleh dapat ‘darah tinggi’ rasanya jika tiap-tiap hari kena jerit pada anak supaya berkelakuan baik. Namun setiap hari marah anak masih tidak berubah. Seolah-olah marah itu tidak memberi sebarang kesan padanya. Bersama pakar motivasi kekeluargaan, Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad mengulas perihal anak yang bersikap nakal, degil dan tidak mendengar kata ibu bapa.
Ibu bapa mudah melabelkan anak-anak secara negatif. Apabila anaknya degil atau enggan mendengar kata maka terus membuat kesimpulan ia adalah tingkah laku yang negatif. Perlu diingatkan, setiap tingkah laku anak-anak berbeza kerana mereka membesar sebagai individu yang berbeza daripada segi watak dan peribadinya.
Degil itu dilihat sebagai negatif disebabkan anak-anak tidak mendengar kata nasihat yang ibu bapa berikan. Sebaliknya, jika dilihat dari satu sudut lain pula, degil itu membuktikan bahawa anak-anak tetap dengan kemahuan dan pendiriannya. Sifat degil sebegini perlu ada jika anak mahu berjaya satu hari nanti. Kejayaan memerlukan seseorang itu berdepan dengan masalah, cabaran dan ujian. Hanya mereka yang degil sahaja yang mampu melepasi semua ini. Oleh itu, adalah satu kesilapan sekiranya ibu bapa mahu agar sifat degil anak itu dibuang terus.
Sebenarnya, apa yang perlu dilakukan ialah menyalurkan sikap degil ini secara positif dan betul. Anak-anak yang masih kecil tidak mampu membezakan antara degil yang positif dan degil yang negatif. Oleh itu, menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk membantunya.
Karakter anak degil
- Suka melakukan sesuatu ikut kehendaknya
- Tidak mendengar arahan atau nasihat
- Persisten dalam melakukan sesuatu hingga berjaya atau selesai
- Menunjukkan sikap kepimpinan dan ada kalanya macam bos
- Tidak bergantung pada orang lain
- Suka lakukan apa yang dilarang
Cara pengendalian
- Hargai sifat semula jadinya yang degil itu.
- Banyakkan berkomunikasi dan tanya apa yang dia mahu lakukan atau capai.
- Beritahu padanya, pastinya anak gembira jika boleh lakukan sesuatu yang juga membuatkan anda sebagai ibu bapa gembira.
- Berikan dia alternatif untuk salurkan kehendaknya dalam situasi yang sesuai dan tidak berbahaya.
- Puji apabila anak mula mendengar nasihat atau cakap anda.
Berikut adalah contoh perbualan positif seorang ibu kepada anaknya.
Situasi: Imran seorang anak yang keras hati (degil). Walau pun telah dinasihati banyak kali, dia tetap akan panjat tepi tangga untuk naik ke atas dan ini membahayakannya.
Ibu : Imran, ibu tahu Imran suka memanjat betul?
Imran : Betul ibu
Ibu : Ibu pun suka apabila Imran memanjat, ia menujukan bahawa Imran seorang yang berani dan sukakan cabaran. Agak-agaknya kenapa ibu selalu bising apabila Imran memanjat?
Imran : Tak tahu.
Ibu : Cuba Imran fikir apa boleh berlaku jika Imran salah panjat atau terlepas tangan?
Imran : Imran akan jatuh.
Ibu : Kalau jatuh sakit tak?
Imran : Sakit.
Ibu : Sebab itulah ibu bising, sebab ibu sayang Imran. Kalau Imran betul-betul suka memanjat ibu akan bawa Imran ke Mall pada hujung minggu ini, dan dalam tu ada tempat untuk kanak-kanak panjat-panjat. Di situ Imran boleh panjat sesuka hati, tetapi kena janji dengan ibu untuk tidak panjat tangga lagi, boleh?
Imran : Betul ker ni ibu?
Ibu : Betul ibu janji.
Imran : Yeay, ok Imran janji takkan panjat di situ lagi.
Ibu : Hah, macam itulah anak ibu. Ibu suka apabila Imran mendengar kata. (Sambil peluk atau usap kepalanya)
Contoh perbualan di atas jelas menunjukkan ibu menghargai kedegilan anak, menyatakan sebab kenapa dia dihalang untuk meneruskan kelakuannya dan menawarkan alternatif baru untuk disalurkan kesukaan dan bakatnya. Akhir sekali, ibu memuji anak.
Dengan pendekatan sebegitu, anak-anak akan membesar dengan jiwa yang kuat. Mereka memiliki kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi. Kekuatan emosi membentuk anak-anak yang berakhlak mulia dan memiliki nilai moral yang tinggi. Mereka tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depannya. Mereka berfikir sebelum bertindak.