Dalam perkahwinan, bukan sahaja hati pasangan yang perlu kita jaga, tetapi keluarga pasangan juga perlu dijaga. Terutamanya hati ibu mertua, wanita pertama yang sayang pada pasangan kita.
Bila sentuh tentang ibu mertua ni, mesti para isteri sedikit gerun! Ye la, nak ambil hati mertua ni bukannya mudah. Nama pun sama-sama perempuan, mesti faham perasaan perempuan. Tak boleh kalau anaknya lebihkan isteri, kadang ibu mertua cemburu. Yang jenis easy going mudah lah! Yang senang makan hati ni, susah juga jadinya.
Sesuai bagi pasangan baru berkahwin ataupun masih belum faham rentak ibu mertua, jom ikuti perkongsian dari ahli terapi perkahwinan menerusi laman TikToknya @bondaumairahtaib telah berkongsi jenis-jenis ibu mertua.
3 JENIS KARAKTER MAK MERTUA YANG SUSAH
1. Ibu mertua yang suka bersaing dan cemburu
Jika anda dalam situasi ini, si isteri boleh berbincang dengan suami supaya apa-apa sahaja yang anda beli dan di mana sahaja kalian pergi, ajaklah sekali ibu mentua. Hal ini boleh membuatkan si ibu tidak merasa ada pesaing.
Ads
2. Ibu mertua yang suka campur tangan
Kalau anda selalu ada dalam situasi di mana ibu mentua suka masuk campur tangan hal rumah tangga anda, berbincanglah dengan suami supaya menasihati ibunya. Suami kena memainkan peranan supaya ibu tidak kecil hati.
3. Ibu mertua rasa “bukan menantu pilihan”
Jika si isteri merasakan bahawa dia bukan menantu pilihan, tidak mengapa. Jalankan tugas anda sebagai isteri dengan baik supaya ibu mentua dapat tengok sendiri antara kaca dan permata.
Ads
Bukan sahaja tip untuk yang sudah berkahwin, yang belum berkahwin juga ada tipnya.. Jangan jemu untuk berdoa supaya dikurniakam ibu mertua yang baik.
Tambahan itu, jangan juga lupa untuk mendoakan diri kita supaya dikurniakan hati yang lapang dan tenang. Diharapkan perkongsian ini serba sedikit dapat membantu anda.
“Miki Tu, Dia Anak Pertama Saya…” -Perkongsian Dr Ni Undang Sebak Buat Pencinta Kucing!
Buat pencinta kucing pastinya mempunyai perasaan sayang sepenuh hati dalam hal menyayangi kucing peliharaan. Malah kucing yang dijaga bukan sahaja diberi makan dan dibelai, malah dilayan seperti keluarga sendiri.
Bahkan bila si bulus yang ditatang seperti anak kandung, tiba-tiba pergi buat selamanya akan memberi satu tekanan yang hebat untuk diterima. Kehilangan tersebut begitu perit dirasakan dan mampu membuatkan pemilik kucing mengalirkan air mata. Tidak kurang juga hingga menyebabkan rasa murung dan memberi kesan buruk pada kesihatan dek kerana sukar menerima pemergian kucing kesayangan.
Hal ini bukan cakap kosong, malah turut dikongsikan oleh Doktor Erna Nadia, berkongsi senario bila berdepan dengan pesakit yang datang ke kliniknya gara-gara seekor kucing di akauan facebooknya.
Photo by Chris Abney on Unsplash
Ini perkongsiannya.
Sebuah keluarga terdiri daripada suami, isteri bersama dua orang anak memasuki bilik konsultasi doktor.
“Doktor, suami saya tak boleh tidur malam. Dia sakit kepala. Rasanya tekanan darahnya naik lagi.’
Setelah diperiksa, bacaan tekanan darah tinggi pesakit tidaklah tinggi mana. Cuma 140/90 mmHg sahaja.
“Encik memang ada penyakit darah tinggi ya? Encik memang perlu makan ubat ke hari hari?” tanya saya kepada suami wanita tadi.
“Tak ada doktor. Cuma kadang kala tengkuk saya rasa sakit dan berat kepala sikit bila tak cukup rehat. Bila periksa, sama saja macam yang doktor dapat harini. Tak tinggi mana. Saya cuba kawal supaya saya tidak tekanan.”
Kata pesakit tadi.
Wajahnya kelihatan sedikit lega.
Namun, masih terlihat raut wajahnya yang suram dan matanya yang sedikit pilu.
“Encik tekanan dengan kerja?”
Belum sempat pesakit tadi menjawab, isterinya sudah memintas.
“Suami saya baru saja kehilangan kucing kesayangan dia. Dah seminggu Miki meninggal. Dah seminggu jugalah suami saya tak dapat tidur malam.”
Kelihatan raut wajah pesakit tidak begitu senang dengan jawapan isterinya.
Gedebukk.
Tiba tiba anak bongsu mereka meraung.
Dia terjatuh akibat tersadung hujung kerusi di dalam bilik konsultasi itu.
Keadaan menjadi sedikit tegang apabila saya lihat wajah pesakit merona merah. Marah agaknya dengan kekalutan yang timbul.
“Err boleh saya bercakap dengan pesakit sebentar? Dan saya perlukan sedikit privasi dengan pesakit.” Kata saya dengan senyuman.
Syukur isteri pesakit tersebut memahami dan membawa anak anak mereka kelur dari bilik konsultasi.
“Encik Daud, maaf. Saya bukan niat mahu menghalau. Encik Daud ada masalah lain?,” tanya saya beberapa saat selepas pintu bilik tertutup rapi.
“Saya serabut, doktor. Miki tu kucing kesayangan saya. Bukan, dia anak pertama saya. Hurm, yang tadi tu isteri kedua saya doktor. Perkahwinan pertama saya, tak dikurniakan cahaya mata, jadi saya dan isteri pertama saya memilih untuk membela kucing. Kami sayang Miki bagai anak kami. Bila saya kahwin dua, Alhamdulillah saya diberkati dengan dua cahaya mata. Tapi Miki tetap anak yang pertama.
“Saya tak pernah tinggalkan Miki. Bila dia mula sakit dua minggu lepas, saya bawa dia pergi jumpa doktor haiwan tapi doktor tu cuma bagi antibiotik sahaja. Miki kencing berdarah dah tiga hari. Saya pelik kenapa doktor tu tak ambil sampel air kencing dan darah Miki. Tapi, saya tak tanya banyak masa tu. Saya bagi ubat macam biasa di rumah.
“Seminggu lepas, keadaan Miki makin merosot. Dan pagi Sabtu tu, isteri pertama saya telefon kata Miki sudah tidak ada.
“Berderai jiwa saya doktor! Miki sakit cuma seminggu sahaja. Takkan secepat tu nyawa dia diambil? Padahal sebelum ni Miki pernah dilanggar kereta, kakinya patah tapi dia elok sahaja bertahan sampai bertahun tahun. Kenapa tiba tiba Miki mati?”
Saya hanya mendengar.
Memberi sepenuh perhatian kepada pesakit yang sedang galau hatinya di depan mata saya ini. Menanti bait kata seterusnya.
“Lepas saya tanam Miki di belakang rumah, saya dah mula tidak boleh tidur malam. Saya rindukan Miki, doktor. Dia anak pertama saya.’
Terdengar esakan tangisan Encik Daud.
Terpegun sebentar saya.
Terkesima dengan kuasa cinta.
Walau bukan sesama manusia, namun ianya tetap utuh bertenaga.
Walau sudah di alam berbeza, namun kuasanya masih beraja di jiwa raga.
“Miki selalu dengar masalah saya, cerita saya. Saya suka bersembang dengan Miki sebab dia tak melawan. Dia mendengar dengan taat. Miki sangat mendamaikan. Tak seperti manusia, apa sahaja cerita yang sampai di telinga dia, sepantas kilat juga sampai ke telinga manusia lain. Sekejap sahaja cerita itu bertukar intipatinya.”
Saya terus mendengar luahan Encik Daud.
Dan saya cuba memberikan sedikit dua nasihat dan memujuknya untuk berjumpa pakar kaunseling supaya kesedihan yang dialaminya boleh diuruskan dengan cara yang betul dan sihat.
Saya masih terkaget dengan situasi pesakit saya ini.
Walau sudah beristeri dua, namun hatinya masih tidak begitu tenang. Dia masih sunyi kerana pendengar setianya sudah tiada.
Sungguhlah kata orang, kepercayaan dan kesetiaan itu tak ternilai harganya.
Untuk mereka yang tertekan dengan kerja atau manusia, carilah seorang pendengar untuk bercerita. Jangan memendam perasaan sehingga memakan diri sendiri. Tekanan dan kemurungan boleh dikawal dan dirawat.
Dapatkan nasihat kaunseling dan rawatan dengan pakar yang bertauliah.
Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal. Aktif sihat mental kita, inshaAllah aktif juga badan kita.
Meninjau di ruangan komen, nyata warganet turut perkongsi perasaan bila pernah mengalami kehilangan si bulus.
“Mula2 baca tu mcm kelakar…tp bila baca sampai habis sedih rasanya..kami sekeluarga juga pernah kehilangan kucing tersayang…memang sedih & pilu”
“Aduhai menangis saya baca kisah ni sebab saya pun pencinta meow “
“Kehilangan kucing yg d sayangi mmg perit d hadapi…..tambah an kucing yg sgt baik n tmpat mencurah perasaan……kematain andika ku ratapi…… Allahuakbar”
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika ibu bapa lain mendedahkan anak-anak dengan penggunaan gajet, berbeza dengan pelakon seorang ini. Menurut Datin Almy Nadia tidak berbuat demikian kerana enggan membiarkan anak-anaknya ketagih dengan peralatan elektronik ini.
“Saja lah kan, hanya nak kongsi… Anak-anak kami kalau kat rumah tak boleh pegang gajet sebab dalam rumah dah ada macam-macam TV, mainan, makan, minuman. Segala makneka ada.
“Tapi disebabkan PKP ni papa nak tengok TV sat WWE, jadi bagi lah anak tengok gajet sat ja. Sat ni kutip simpan balik.
“Depa anak-anak pun tau, bila kat rumah NO gajet. Kalau kat luaq buleh bawa bincang bab gajet… hahahaha,” tulisnya dalam satu perkongsian menerusi laman instagramnya.
A post shared by Almy Nadia (@almynadiaofficial) on
Perkongsian tersebut mendapat respond dari pengikutnya. rata-rata bersetuju dan memuji pendekatan yang dilakukan oleh Almy dalam mendidik anak-anaknya.
syifa_rasidSetuju! Sebab budak2 jadi ketagih. Bagus kak! 😍
mymumsbakery_kl.gombak Ank2 sy pun klau siang mmg x blh gajet,tp bila babah ada siang mlm pun bolehhh
aniessurayaalip Suka tgok famly u kak almy.best je dgn ank2.hi
Rupanya bukan calang-calang untuk memohon memasuki universiti hebat di luar negara ia termasuk Universiti Oxford & Cambridge (Oxbridge).
Seorang pengguna facebook telah memuat naik beberapa senarai soalan interview untuk memohon di universiti berkenaan.
Rata-rata warganet tidak menyangka soalan seumpama itu akan ditanya kepada pemohon. Memang soalan paling “Out Of The Box”.
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Soalan yang mencabar minda
Di bawah, saya lampirkan soalan-soalan interview contoh yang di berikan kepada pemohon-pemohon kursus ijazah sarjana muda Universiti Oxford & Cambridge (Oxbridge), maknanya secara amnya mereka berumur 17-18 tahun.
Kalau kat Malaysia, dah meroyan budak-budak (dengan mak-bapak depa sekali) kenapa soalan-soalan tidak ada kena mengena dengan bidang kursus yang di mohon.
Dalam pada itu, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan soalan begitu yang dianggap mencabar minda. Malah ada yang bersetuju jika soalan itu begitu lantaran pelajar yang memohon di universiti berkenaan adalah pelajar yang lulusan cemerlang akademik.
Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya mulai 21 April...