Garlic bread sesuai dimakan sebagai sarapan, lebih sedap jika dihidangkan dengan sup cendawan. Biasanya sapuannya ada dijual di kedai.
Namun bagi yang suka membuat sendiri sapuan Garlic Bread ni, boleh cuba resipi mudah ini. Jom lihat perkongsian ini.
Kena pandai berjimat cermat. Nak makan garlic bread. Kita buat sapuan garlicnya. Senang dan jimat.
Sebuku je tu butternya. Modal tak sampai RM10 rasanya. Boleh dapat sebekas tu penuh membuak buak.
Tahan lama tu kalau dibuat perhiasan dalam peti ais. Kalau kerap guna kejap je habisnya. Dan boleh ulang buat lagi. Senang dan cepat. Jimat duit. Agak-agak kalau malam lapar cari roti, sapukan dan grillkan kejap settle diamkan perut yang menjerit jerit tu.
Resipi Garlic Bread Hanya Guna Dua Bahan Aje, Tahan
Bahan-bahan:
Kita kasi share resepi mudah ni
Ambik butter satu ketul .Cincangkan bawang bawang putih dalam 2 genggam sampai halus. Gaulkan ngan butter yang dah lembik tu dan campurkan ngan parsley flakes. Ok siap.
Mudah sangat nak buat. Selamat mencuba!
Sumber: Aida Md Tahir