Perkongsian daripada ustazah Fatimah Syarha tentang pengalamannya memimpin jemaah umrah sambil membawa anak kecil sering juga menimbulkan pertanyaan bagaimana cabaran dan kesukarannya.
Hal ini dikongsikan di akaun fbnya, semoga turut memberi inspirasi untuk ibu ayah lebih berlapang dada andai ingin membawa anak ke tanah suci. Jom semak perkongsian ini.
“Ustazah, tak susah ke bawa anak kecil ke Tanah Suci?”
Saya tak letak ‘expectation’ ianya mudah dan takut bersangka-sangka buruk, ianya susah.
@
Saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar dimudahkan segalanya, sebab saya lemah dan berhajat sangat-sangat pada bantuanNya.
@
Dari segi ikhtiar, siapkan awal-awal mental, fizikal, ruh dan emosi pada sebarang kemungkinan. (Bawa stroller, baby carrier, baby trap…walaupun akhirnya baby tak nak semua tu dan hanya tenang dengan bahu umi saja. Alhamdulillah)
Allah maha belas kasihan pada kita. Alhamdulillah.
Dulu…masa buat umrah tanpa anak, saya hanya mampu buat 1x umrah. .
Terkini…masa buat umrah bersama anak kecil sambil pimpin 34 orang jemaah pelbagai latar belakang, Allah mudahkan buat 4x umrah. Alhamdulillah.
Muhasabah…
Hidup tak pernah janjikan yang mudah-mudah. Ia bukan alasan untuk kita mengalah. Ia adalah ‘sebab’ kita lebih bersungguh merayu merintih pada Ya Allah Ya Basith, Yang Maha Melapangkan dan Memudahkan.
Hakikat dimudahkan urusan bukannya apabila semuanya lancar tanpa halangan. Tapi semua yang dilalui samada susah atau senang, hati kita senang berbalik pada Tuhan. Itulah makna ‘dimudahkan urusan.’
Alhamdulillah atas segalanya.
Segalanya indah.
Segalanya baik-baik sahaja sebab ia datang dari Allah, pasti bersama hikmah.
Alhamdulillah.
sumber : Fatimah Syarha
Bella & Tasya Jadi Pelajar cemerlang Dapat 10A, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Rahsia Kejayaan Anak Sulungnya!
Kejayaan anak-anak adalah kebanggaan ibu dan ayah. Setiap ibu ayah semestinya mengimpikan untuk melihat anak-anak cemerlang tidak kira dalam akademik , malah dalam apa jua yang mereka lakukan.
Peroleh markah terbaik di sekolah, Angkasawan Negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi rahsia terbesar kejayaan anaknya Bella yang mendapat 10A dalam peperiksaan dan menjadi Pelajar Cemerlang Tahun 4 2021
Rahsianya hanya satu, iaitu tumpukan perhatian semasa dalam kelas!
Kejayaan anak sulungnya ini menjadi inspirasi buat adiknya, Tasya sekaligus meletakkan kejayaan itu sebagai saingan untuk dirinya menjadi terbaik dengan memperoleh markah yang sama sekaligus merangkul kejayaan sebagai Pelajar Cemerlang Tahun 2 2021.
Video – 10A’s for Bella & Tasha
Bella has always excel in everything she takes part in – be it sports or studies .
She has been No 1 since Standard One and has been in full gear ever since .
Her secret ? – She pays attention in Class .
And it’s just a matter of time that Tasha follow suit trying to compete with her Sister and to prove a point .
Alhamdulillah – Syukur sangat
Dalam perkongsian tersebut juga, Dr Sheikh berkongsi peranan penting anak sulung dalam keluarga yang boleh anda terapkan untuk anak-anak.
The eldest plays a big role in the family .
They need to lead by example hoping the rest of the siblings will look up to them .
They need to be hardworking
They need to be patient
They need to be responsible
They need to be caring
They need to give in at all times .
Parents usually have high expectations on them and it can be very stressful hoping the rest of the siblings will just follow suit .
It’s never easy to be the eldest .
Perkongsian tentang peranan anak sulung ini menjadi perhatian ramai terutamanya bagi anak sulung itu sendiri termasuklah isteri beliau, Datin Dr Harlina Mohd Yunos.
Malah dalam perkongsian yang berdurasi 58 saat itu, Dr Sheikh turut menitip pesan pada kedua-dua anaknya itu belajar kerana Allah, semoga berjaya dunia akhirat. Beliau juga sempat mengucap syukur dengan kejayaan yang diperoleh anak-anaknya.
Sumber : Instagram drsheikhmuszaphar
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
“Gaya Ayah Akak Paling Mantap..”-Netizen Terhibur Lihat Gambar Konvo ‘Cik Man’ Bersama Anak!
Perasan tak setiap kali kita bergambar tentu ada sahaja pelbagai gaya pose yang kita buat namun dalam banyak-banyak gaya tersebut pasti ada satu gaya yang menjadi kesukaan. Bahkan boleh dikatakan setiap gambar yang diambil walau di mana jua pasti ada gaya kita yang satu itu.
Ini sama kisahnya apabila baru-baru ini, anak perempuan kepada pelakon veteran Kamarool Yusoff iaitu Nur Najihah Kamarozaman baru sahaja menamatkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM).
Namun apa yang menarik perhatian adalah aksi pelakon veteran yang berusia 64 tahun itu ketika mengambil gambar bersama anaknya apabila dia membuat gaya watak Cik Man dalam filem ‘Rock Oo!’.
Menerusi perkongsian gambar tersebut, Kamarool memakai baju batik berwarna merah sambil membuat pose ikoniknya iaitu meletakkan tangan ke arah bibir yang dimuncungkan ketika menghadiri Majlis Konvokesyen USM di Pulau Pinang.
Melihat gambar tersebut, pengguna laman sosial tercuit hati dan merasakan pelakon yang pernah popular menerusi filem ‘Gila-Gila Remaja’ itu memang masih tidak move on dengan gaya tersebut sehingga gambar bersama keluarga pun bergaya bergitu.
“Ayah memang tak boleh move on dengan gaya macam itu ya, walaupun gambar konvokesyen bersama keluarga.”
“Gaya ayah akak paling mantap dalam majlis semalam dengan gaya bergambar watak Cik Man,” antara komen-komen pengguna laman sosial.
Dalam pada itu, Najihah, 24, menerusi kapsyen gambar tersebut memberitahu selain menerima ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan, dia juga berjaya menamatkan latihan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS).
ARTIKEL MENARIK :
Hawa Rizwana Terima Tepukan Paling Gemuruh Di Majlis Konvokesyen, Hasrat Nak Sambung PhD!
Anak Malaysia Bangga Berbaju Melayu Hadiri Konvokesyen, Graduan Harvard Ni Curi Tumpuan!
“Skrol Dapat, Suami Pun Dapat…” Wanita Ni Naik Pelamin Pakai Jubah Konvo Curi Perhatian!
“Selepas empat tahun, akhirnya berjaya juga sarungkan jubah konvo ungu ini. Alhamdulillah dua sijil dalam masa belajar iaitu Tauliah SUKSIS dan ijazah sarjana muda,” tulisnya.
Sementara itu, pengikutnya turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya malah ada yang sempat mengusik watak Cik Man dalam filem Rock Oo!
“Tahniah anak Cik Man. Semoga terus berjaya dan banggakan ibu ayah.”
“Walaupun Cik Man dah tipu Rimba Bara tapi Cik Man berjaya didik anak sampai ke tahap ini. Tahniah,” komen yang lainnya.
Sumber :Artis Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Beginilah Saya Dorong Anak Saya Baca al Quran”. Menarik Perkongsian Daripada Ibu Ni, Boleh Jadi Contoh!
Membaca Al quran di bulan Ramadan yang penuh barakah ini pastinya kita semua maklum akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah swt. Lalu kita sebagai ibu, pasti mahu merebut pelung keemasan ini agar dapat membaca al quran bersama anak-anak dan keluarga. Pun begitu, mengharapkan anak-anak membaca al quran tanpa perlu dipaksa mungkin ada cabarannya yang berbeza.
Jadi bagaimana harus kita lakukan?
Persoalan ini mungkin dapat dijawab bila melihat perkongsian daripada seorang ibu ini dalam mendidik anaknya untuk mencintai membaca al quran tanpa perlu dipaksa malah tanpa diberikan sebarang reward sekali pun, anaknya terus membaca al quran.
Diharapkan dengan perkonsgian ini, dapat memberi inspirasi untuk kita mendidik anak-anak menjadi insan yang sempurna di dunia dan di akhirat.
“Mak, Muiz nak baca sampai ayat 46 je, tak nak baca sampai habis..” Tiba-tiba anak bersuara ketika kami sedang Halaqah Surah al Kahfi Jumaat yang lepas. Saya menjawab sambil tersenyum..” ok sayang, no problem..terpulang pada Muiz..”
Anak lelaki terus memandang saya dan bertanya..”Mak nak baca sampai ayat berapa?” Saya diam sambil merenung Quran yang terbuka di depan saya: “Mak nak habiskan baca seluruh surah”
Tiba-tiba saya jadi sayu..
“Sebab mak banyak dosa..Mak takut, muiz. Mak harap Allah bagi mak cahaya supaya mak nampak bila jalan kat padang mahsyar nanti. Nanti kat padang mahsyar keadaan dia gelap sangat. Ada yang berjalan guna tangan, ada yang jalan guna muka..ada yang mengesot..
mak tak tahu mak macam mana nanti..Mak harap Allah bagi mak cahaya ni supaya mak boleh jalan sendiri..”
Laju pula air mata kali ni macam sedang kupas bawang
“Sebab tu mak nak baca seluruh surah ni..Allah dah janji nanti siapa yang baca akan dapat cahaya terang sangat ..Cahaya tu terang sangat sampai orang munafik akan kejar kita sebab nak mintak sikit cahaya tu..Haritu semua orang akan berjalan dalam gelap gelita..Muiz tolong doakan mak selamat ye”
Anak yang dari tadi khusyuk dengar cerita sayu mak dia tiba-tiba bersuara:
“Mak, Muiz nak baca sampai habis hari ni Surah Al Kahfi”
“Allahuakbar” jawab saya sambil peluk anak lelaki.
Terus saya usap rambutnya sambil berdoa: اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
. . .
Beginilah saya dorong anak saya membaca al Quran tanpa sebarang reward seperti main game atau hadiah fizikal. Sesekali tiada salahnya beri ganjaran tapi jangan dibiasakan.
Yang kerap saya lakukan untuk dorong anak saya ialah:
1) Suburkan jiwa anak dengan Hadith Sahih
Ceritakan fadilat kelebihan surah-surah yang dibaca.
kenapa baca al Mulk sebelum tidur?
kenapa baca Sajdah?
kenapa baca Al Quran?
Kenapa perlu tadabbur al Quran?
Bina kefahaman anak kenapa dia perlu selalu baca dan tadabbur al Quran
Semua ni ada diceritakan dalam Hadith Nabi Muhammad saw
2) Jangan paksa
Jangan paksa anak habiskan seluruh surah bila nampak mereka tak minat lagi nak habiskan bacaan Al Quran. Tapi dorong mereka. Saya sentiasa berlaku fleksibel dengan permintaan anak-anak saya apabila tiba sesi Quran. Bila mereka nak berhenti, saya tidak akan paksa. Tapi saya akan beri “offer” yang menarik melalui hadith nabi Muhammad saw
Dalam erti kata lain saya seolah memberi gambaran pada anak yang mereka akan terlepas satu ganjaran yang besar yang Allah nak beri pada mereka jika mereka stop baca Quran. Biasa anak tidak mahu lepaskan “offer” dari Allah kerana fitrah anak-anak memang suka kepada kebaikkan
3) Tunjukkan kasih sayang kita
Apabila sesi baca Quran, ekspres sebanyak mungkin kasih sayang kita pada mereka
peluk dan cium anak usap mereka sambil ucap kata-kata yang baik. Bina memori penuh kasih sayang setiap kali anak menatap ayat-ayat Allah ketepikan amarah dan rotan.
4) Berdoa didepan anak
Berdoa dengan nada yang cukup kuat untuk anak dengar. Saya sering doakan anak dengan doa yang Nabi baca untuk Ibnu Abbas,
saya usap ubun-ubun anak sambil baca doa ini. اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil”
Saya bacakan sekali terjemahannya supaya lebih bermakna doa itu.
Saya juga akan angkat tangan berdoa supaya Allah jadikan Al Quran seperti taman-taman bunga dalam hati kami seluarga, Al Quran sebagai penghilang kesedihan kami,
dan Allah pilih anak-anak keturunan kami sebagai orang yang belajar dan mengajar Al Quran.
Inilah doa yang selalu saya ulang-ulang setiap petang Jumaat ketika baca Surah Al Kahfi bersama anak-anak.
Segala puji bagi Allah yang beri ilham kepada saya untuk terus mendidik anak-anak, tanpa petunjuk dan rahmatNya saya tidak akan mampu untuk terus sabar dalam membesarkan anak-anak. Semoga Allah pilih kita dan zuriat keturunan kita sebagai Hamalatul Quran , dan dimatikan sebagai Pencinta al Quran dan kelak dibangkitkan dengan mendapat Syafaat al Quran dengan Izin Allah.
sumber : Siti Aminah Sulaiman