Kemelut di muara kasih penyanyi bersuara lantang ini pernah mengejutkan masyarakat. Keluarga yang dilihat bahagia terpalit sejarah hitam dalam memori mereka. Namun mendung hitam sudah berarak lalu. Kini mereka dalam fasa ‘move on’.
Biar pelbagai pertanyaan dan asakan namun, sikap tenang dan enggan mengaibkan sesiapa dilihat satu tindakan bijak ibu kepada 4 cahaya mata ini.Segalanya terlipat dan disimpan kemas dilipatan sejarah keluarga mereka.
Akui Ziana Zain atau nama sebenar Siti Roziana Binti Zain, segala yang berlaku adalah ketentuanNya dan kini dia hanya mahu menumpukan kepada anak-anak kerana mereka lah sumber kekuatan dan semangat kepadanya.
“Keluarga saya adalah segala-galanya dan anak-anak adalah kekuatan saya. Kami bahagia bersama-sama. Keluarga saya jenis bising, habis riuh rendah satu rumah kalau berkumpul.
“Tak pernah rasa sunyi sebab semua mulut becok. Alhamdulillah, kerjaya dan kehidupan saya berjalan seiring ke arah yang lebih baik. Saya bersyukur dengan kehidupan ini.
Ads
“Yang berlalu biarlah berlalu, saya tidak suka dan tidak mahu untuk terus menjaja ‘cerita dalam kain’. Cukuplah setakat saya meluah rasa yang terpendam.
“Saya hanya mahu terus melangkah ke hadapan mengumpul cerita yang indah-indah belaka tanpa dibebani kisah duka lara yang pernah singgah dalam hidupnya. Tak perlu untuk saya terus bercerita. Saya tak suka dan seboleh-bolehnya tak mahu untuk mengulas lebih lanjut perkara yang berlaku.
“Kita teruskan sahaja hidup dan menikmati kebahagiaan yang ada kini. Saya dan anak-anak juga sangat menghargai kebahagiaan yang dikecapi. Cukup setakat itu,” penyanyi Madah Berhelah ini.
Ads
Berstatus solo dalam usia mencecah 50 tahun, Ziana tetap anggun dan awet muda. Namun, dia enggan memikirkan soal mencari pengganti.
“Saya bukan seorang wanita yang mudah memberi cinta kepada sesiapa. Saya gembira dengan hidup sekarang. Fokus kepada anak-anak dan kerjaya. Itulah erti kebahagiaan saya.
“Sejujurnya memang tidak ada lelaki yang mencuba mengurat saya. Mungkin muka saya garang jadi mereka tak berani nak dekat. Malah saya pun cuba mengelak,”ujarnya yang bakal melancarkan album baharu tidak lama lagi.
Kembali mewarnai dunia drama dan filem tempatan menerusi drama Mak Cun dan filem baharu, Gol and Gincu Vol.2, Ziana bagaimanapun tidak mahu terlalu tamak dalam menerima semua tawaran yang mendatang.
Ads
Dia lebih memberi fokus kepada tugas sebagai ibu kepada empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18; Muhammad Ammar, 14; serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
“Saya hendak rileks dahulu. Tak mahu terima semua tawaran. Ada tawaran berlakon drama bersiri, tapi kalau saya terima, siapa nak uruskan anak-anak? Saya sendiri uruskan mereka.
“Tapi kalau tawaran bagus, skrip bagus dan jalan cerita juga menarik, saya terima sahaja. Saya buat semua ini demi kelangsungan hidup anak-anak.
Hadirnya anak anak sering disebut sebagai anugerah..tetapi kita jarang terfikir yang anak juga boleh menjadi ujian yang besar dalam hidup ibu itu.
Anak anak boleh jadi ujian buat si ibu dalam 3 hal
Ujian ibadah
Bila ibu mula sibuk anak anak ibadah wajib diabaikan. Solat dilewatkan dan ibadah sunat pun ditinggal sepi
Ujian perasaan
Bila ibu terasa bangga setelah punya anak dan merasakan anak nya lah yang paling hebat dan memandang rendah pada anak anak lain. Kita banding banding anak kita lah yang paling comel dan anak si dia kurang comel
Walau kadang tak diluah di dalam hati terselit jua perasaan itu.
Ujian sabar
Bila anak mula berperangai yang bukan bukan bagaimana kita berakhlak dengan anak. Adakah kita tengking dia, marah dia?
Bagaimana Allah uji sabar kita melalui sikap dan perangai anak anak.
Cuba muhasabah, kadang kadang akhlak tidak baik dari anak mungkin datang dari sikap kita sendiri dan mungkin juga allah mahu uji kita seberapa sabarkah kita melayan kerenah anak anak. Kadang kadang mungkin juga Allah uji kita dgn perangai buruk anak anak kerana kita masih kurang merintih dan berdoa padanya
Jadi..berdoalah pada Allah agar kita kuat menjalani ujian yang allah akan datangkan bila mana dia beri kita anugerah anak.
Sabar dan bersikap positif. Percaya yang Allah beri kita anak dan datangkan ujian melalui mereka tidak lain hanya untuk mendidik kita juga agar tidak lalai dengan nikmat dariNya.
Akhirnya, usah terlalu ujub andai diberi rezeki anak kerana kita tidak tahu berjayakah kita melalui fasa fasa ujian yang Allah akan beri pada kita sepanjanh memegang title seorang ibu. Berdoa lah agar dipermudahkan urusan kita didunia dalam menjaga anak anak ini.
Anak boleh aset ke syurga
Anak juga boleh menyeret kita ke neraka
Firman Allah:
“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar” (Al-Anfaal:28)
Kredit: Puan Farhana
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kecurangan yang mula berleluasa dalam hubungan suami isteri kini adalah duri yang mula merebak dalam diam. Hubungan makin longgar, sudahnya hubungan yang utuh roboh begitu sahaja gara-gara kecurangan pasangan. Semuanya bermula daripada rasa tidak bahagia.
Bahagia bukan berserah pada takdir tetapi setiap suami dan isteri masing-masing berperanan mencari rasa bahagia ini dalam diri masing-masing. Tak perlukan modal atau wang ringgit menggunung tetapi kenal dan fahami apa kemahuan isteri.
Keperluan seksual adalah salah satu perkara yang harus suami ambil berat. Jangan hanya lunaskan tanggungjawab sahaja tetapi cari jawapan apa sebenarnya yang isteri mahukan dalam hubungan intim.
Daripada kajian yang dilakukan terhadap suami dan isteri, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kecurangan terutama kecurangan seksual terhadap pasangan masing-masing.
Antaranya:
Timbul Rasa Bosan
Setiap manusia pasti akan rasa bosan terhadap perkara sama setiap hari. Hubungan seksual juga tidak terlepas daripada mengalami kebosanan. Rasa jemu atau bosan mungkin kerana rutin seksual yang sama setelah bertahun-tahun hidup bersama menyebabkan anda berdua tidak lagi rasa tertarik melakukan hubungan seksual. Rasa jemu juga menyebabkan suami ataupun isteri tidak begitu terangsang setiap kali melakukan hubungan seksual dengan pasangan mereka. Rasa jemu ditambah dengan kemesraan yang semakin pudar menyebabkan timbul
keinginan untuk mencari sesuatu hubungan seks yang baru.
Tidak puas
Ramai mengatakan wanita tidak mempunyai masalah tentang kepuasan seksual. Anggapan ini tidak benar sama sekali kerana wanita juga berkeinginan untuk merasai kenikmatan seks yang sebenarnya. Jika hubungan seksual tidak mampu memberikan kepuasan, isteri mula rasa tidak bahagia, rasa tidak disayangi dan mudah terdedah kepada anasir tidak sihat lain. Oleh itu bertindaklah demi menyelamatkan hubungan yang dingin.
Mula Rasa Sepi
Ada kalanya kesibukan juga membuatkan pasangan kesepian. Dalam kesepian ini ada pula orang lain yang menawarkan diri untuk menjadi teman. Kehadiran insan terutama yang berlainan jantina bagi mendengar masalah menyebabkan hubungan menjadi suami isteri menjadi lebih buruk. Hubungan intim? Tak mustahil boleh berlaku. Jadi jangan biarkan kesunyian melanda. Jangan biarkan isteri sendirian.
Masalah seksual
Masalah seksual yang dialami oleh pasangan jangan dibiarkan sendiri. Beritahu pasangan dan kongsi sama-sama masalah ini secara telus. Pulihkan keadaan ini dengan berjumpa doktor dan pakar jika mengalami masalah dan rasa ketidakpuasan dalam diri. Hasrat seksual yang tinggi oleh isteri misalnya tetapi tidak mampu dilunaskan oleh suami menjadikan ia masalah terbesar dalam hubungan. Nampak mudah tetapi ia mendorong berlakunya kecurangan dalam hubungan seksual. Awas!
Perlu Buat:
1. Bersikap terbuka dalam membicarakan masalah ketidakpuasan dengan pasangan. Ia membolehkan suami atau isteri berkongsi masalah dan
mencari jalan penyelesaiannya.
2. Cipta kelainan bagi mengelakkan kebosanan. Rutin hubungan seksual yang sama setelah bertahun-tahun hidup bersama mungkin
menimbulkan rasa jemu. Carilah kelainan dalam persekitaran, gaya hubungan intim ataupun penampilan bagi menarik kembali perhatian si
dia.
3. Ketahuilah sentuhan, ciuman, urutan, belaian mesra mampu memberi rangsangan pada pasangan. Lakukan selalu dan pastinya hubungan
seks sentiasa hangat dan membara.
4. Tak perlu simpan segala masalah sendiri sebaliknya berkongsi cerita dengan pasangan secara telus. Terus terang dalam hubungan
rumah tangga adalah perkara paling disarankan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk memasak telur sering dilakukan Terdapat pelbagai cara untuk memasak telur yang sangat popular sehingga sekarang, seperti
Rebus. Ini adalah teknik untuk memasak makanan dalam cecair untuk mendidih 6-10 minit. Contohnya, masukkan telur mentah ke dalam periuk air mendidih.
Memoyam. Ini adalah teknik untuk memasak makanan dalam cecair yang tidak terlalu banyak atau hanya untuk menutup makanan yang direbus pada suhu rendah (71-82 darjah Celsius) 2.5-3 minit. Sebagai contoh, masukkan telur mentah ke dalam air, tanpa kulit.
Menggoreng. Telur goreng patah dan dipanaskan pada kuali panas yang mengandungi lapisan minyak nipis. Sebagai contoh, seperti ketika anda membuat telur cepat.
Memanggang. Telur dipecahkan dan dibakar dalam ketuhar panas.
Jadi jika anda mengurangkan kalori untuk makan, pilih cara memasak telur dengan mendidih. Terdapat dua jenis mendidih, direbus dengan kulit dan kemudian dikupas. Atau rebus tanpa kulit, anda memecahkan cangkang telur dan hanya rebus isi telur dalam air mendidih.
Kaedah memasak ini tidak menambah kalori dari minyak. Jadi, pastinya cara ini adalah cara yang paling sesuai jika anda mengurangkan kalori dan bukan goreng.
Sebagaimana perkongsian ini menggunakan kaedah didih. Bagus untuk menjaga kesihatan.
Ini cara saya buat telor gedik utk anak dan suami. Tadi saya komen dekat group ni n tunjuk pic.ramai pulak yg pm suruh ajarkan.ok saya ajarkan. Saya ada tunjuk kat pic ye. Selamat mencuba semua.ni je yang mampu saya kongsi ilmu untuk semua
Mula-mula rebus air sampai menggelegak lepas tu amik sendok rendam kejap kat air panas tu Dan angkat sapu sendok ngn minyak masak. Lepas tu pecahkn telor. Letak kat sendok.
2. Letak sendok atas permukaan air yang tengah menggelegak (buat cara double boil)tunggu telur tu memutih sekitarnye lepas tu baru celup sendok sepenuhnye ke dalam air.
3. Ni alat untuk sapu sapu minyak dan keluarkan telur selepas masak.
Video:
Siap!
Selamat mencuba! Bolehlah buat untuk hidangan seisi keluarga nanti.
TIP: Jangan masak sehingga masak. Lebih lama dan panas anda memasak telur, lebih banyak kemungkinan bahawa nutrien boleh hilang dari telur. Terutamanya vitamin. Jika telur dimasak, kemudian angkat dan sediakan segera.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.