Tak Suka Overnight Oat Tapi Boleh Gantikan Dengan Granola Untuk Pastikan Bertambah Sedap, Confirm Bersemangat Bangun Sahur!

Share

Overnight Oat memang cukup popular di bulan puasa. Tak sah rasanya kalau tak sediakan buat bersahur di pagi hari. Tapi bukan semua daripada kita sukakan oat. Ada yang kurang gemarkan oat kerana rasanya atau mungkin juga kerana
faktor lain.

Bagi yang tidak gemarkan oat, anda sebenarnya boleh juga menggantikan dengan nestum yang sememangnya lebih sedap dan enak. Tapi anda boleh juga memilih bahan yang satu ini, seperti yang dikongsikan oleh Ain Naim

.

Dia menggantikan dengan granola yang sememangnya cukup tinggi khasiat. Jom cuba seperti yang dikongsikan olehnya.


Sedap ke Oat?

Siapa tak suka makan oat macam mami? Mami kalau makan oat atau nestum, adehhhhh…tak lama lepas tu mesti nak cari nasi.

Tapi lepas jumpa dengan oat sedap ni, iaitu Granola, mami jadi peminat oat dah sebab sedap dan banyak khasiat. Buka pek dan terus makan, nyum, anak pun suka.

Makan sambil pam susu paling syok, minum air suam sebotol besar sebab oat Granola bukan oat semata. Ada campuran banyak benda.

Dah suka oat, mami start buat overnight oat. Sahur tadi dah botol ke-3. Sedap rupanya overnight oat ni.

 

Bahan-bahan:
5 sudu besar oat Granola
Susu segar Farm Fresh
Yogurt Farm Fresh
1 sudu besar chia seed
3 biji kurma – carikan kecil

Caranya:
1. Masukkan kurma yang sudah dicarik kecil.

2. Masukkan yogurt 1 bekas

3. Kemudian masukkan chia seed.

4. Lepas tu masukkan oat Granola.

5. Akhir sekali baru masukkan susu.

6. Mami terus kacau-kacau bagi sebati. Kalau susu tak penuh lagi, Mami masukkan sampai penuh botol. Dah siap.

7. Simpan dalam peti dan dalam masa 4 jam dah boleh makan.

Mami buat malam dan sahur makan, sedapnya. Habis satu botol.

Kredit: Ain Naim