Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana ada baru-baru ini berkongsi sebuah video dengan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie ketika menikmati hidangan bersama.
Menerusi perkongsian tersebut, pelantun lagu Ankara ini mendedahkan, anak lelakinya itu banyak mewarisi sifat dan perangai arwah bekas suaminya yang juga merupakan pelakon, Allahyarham Mohd Faizal Mohd Yusop.
“Sebenarnya video ni nana nak cerita sambal yang dia suka je. Terimbas pulak kenangan bersama Arwah abah dia.
“Memang dia banyak ikut arwah abah dia. Tak suka makan bawang. Semua kena blend. tulisnya,” tulisnya.
Menerusi video berdurasi hampir 50 saat itu, Siti Nordiana yang mesra disapa Nana ini turut mengingatkan anaknya itu untuk sentiasa menitipkan doa agar bapanya itu sentiasa tenang di alam sana.
Ads
Nana juga memberitahu, anaknya itu seorang anak yang kuat biarpun kehilangan ayah pada usia yang masih kecil.
“InsyaAllah Rayyan anak yang strong. Dari kecik dia dah berdikari dalam masa yang sama ingatan pada arwah abah dia tak pernah pudar.
“Terima kasih pada semua yang bagi sokongan dan doa kepada Rayyan. Sedekahkan Al fatihah buat arwah abah Rayyan ye Allahyarham Mohd Faizal bin Yusup,” tulisnya lagi dikapsyen.
Untuk rekod, Nana dan Faizal telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 April 2006.
Menjengah ke ruangan Komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan menitipkan doa buat Nana dan Rayyan untuk terus kuat.
azzaeliteSedih aku .. masa shooting dgn arwah faizal selalu cerita pasal rayyan . Seronok betul arwah Kalau cerita pasal rayyan
salwaabdrahman1 @sitinordiana Sedih Nyerrrr Teringat Arwah Faizal!
Adik Kesayangan Abg Bad! Tu! Suka Sakat Faizal Bila Main Bola! Tapi Satu Yg Kakwa Puji! Arwah ! Dia Sentiasa Kata Nana Isteri Yang Baik! Al-Fatihah Buat Arwah! 🤲🏼
qilaadzaman13 Anak yg hebat dtg drpd didikan ibu bapa yg hebat. Sbb sgt masa tgk ni & just harap Allah sentiasa melindungi kak nana & Rayyan. ❤️ Menitik2 juga laa air mata masa tgk part ni. Lg2 bila time k nn ckp yg abah Rayyan syg gila dkt Rayyan tu. 🥺 Setiap kali repeat, setiap kali tu juga nangis. Hatiku rapuh! 😭
nana_achik_fans Perasan muka rayyan lepas senyum terus rayyan jadi sebak 😢bila tengok muka arwah abah rayyan. rayyan anak soleh jaga mama tau🥺💙 Al-Fatihah untuk Allahyarham faizal yusuf
aliahatikah_ Awak ibu yang sangat hebat kak nana, rayyan pulak anak yang sangat kuat!! Dua2 ni boleh jadi inspirasi untuk mereka di luar sana InsyaAllah.. Teruskan up vid kak nana ngan rayyan kat YouTube ok? Ramai suka😍 btw Al Fatihah buat arwah faizal yusuf🤲🏻
syusyu_snd Kak nana ibu yg sngt hebat dan Rayyan anak yg sngt hebat. Semoga Rayyan jadi anak yg soleh untuk mama dan jaga mama baik2.. Al fatihah untuk arwah faizal yusuf.. Love you always kak nana ❤️❤️ dan Teruskan up video dengan Rayyan 😍😍
Ciuman terakhir seorang ayah, empat tahun menanti, si kecil ‘datang’ sekejap saja. Tiada yang lebih dinantikan oleh pasangan suami isteri selain kehadiran cahaya mata dalam kehidupan mereka. Empat tahun menunggu dengan penuh harapan, doa yang tidak pernah putus, akhirnya mereka dikurniakan seorang bayi yang dinanti-nantikan.
Ciuman Terakhir Seorang Ayah, Empat Tahun Menanti, Si Kecil ‘Datang’ Sekejap Saja
Namun, kebahagiaan itu hanya sementara. Si kecil yang lahir ke dunia ini hanya sempat berada dalam dakapan mereka sekejap sahaja sebelum pergi buat selama-lamanya. Sewaktu bayi itu dilahirkan, air mata si ibu mengalir bukan kerana kesakitan, tetapi kerana rasa syukur dan bahagia.
Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Mr Wan Cai Official di Facebook, seorang lelaki dilihat penuh kasih sayang memberikan ciuman terakhir di dahi anaknya. Dengan hati yang luluh, dia menatap wajah si kecil yang tidak sempat melihat dunia buat kali pertama.
Perpisahan ini sungguh memilukan, begitu menyentuh perasaan hingga tiada kata mampu menggambarkan kepedihan seorang ayah yang kehilangan cahaya mata yang telah lama dinantikan.
Difahamkan, bayi syurga itu merupakan anak sulung pasangan tersebut setelah empat tahun menanti kehadirannya. Namun, takdir menentukan mereka tidak berpeluang membesarkan si kecil seperti yang diimpikan.
Ketika jenazah anaknya dikafankan, si bapa hanya mampu memandang dengan tatapan kosong, seolah-olah tenggelam dalam kesedihan yang sukar diungkapkan.
Video yang dikongsikan ini turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Ruangan komen dibanjiri doa dan kata-kata semangat buat pasangan ini agar diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang begitu berat.
Dalam pada itu, terdapat juga ibu bapa lain yang berkongsi pengalaman serupa, di mana mereka terpaksa menerima hakikat kehilangan bayi yang sekian lama dinanti. Kepergian yang tidak dijangka ini pastinya menjadi satu ujian besar bagi mereka yang mengalaminya.
Bak kata pepatah, “Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa”. Itulah yang ditunjukkan oleh setiap bapa di dunia ini yang sedaya upaya bekerja keras demi membahagiakan keluarga kecil mereka.
Ditetapkan tarikh 19 Jun setiap tahun sebagai hari bapa, tidak ketinggalan buat guru vokal dan juga penyanyi, Ernie Zakri untuk membuat ucapan khas buat suaminya sempena hari bapa pada hari ini.
Melalui perkongsiannya di Instagram, Ernie yang merupakan isteri kepada penyanyi Syamel membuat video khas koleksi video Syamel dan anak mereka, Khawla dengan ucapan pujian bahawa suaminya adalah ayah yang terbaik yang anak mereka miliki.
” This is for you, Daddy @syamel_official . You’re the best Daddy to Khawla she’s so lucky to have you. Daddy obses dengan Khawla (in a good way 😅) & selalu nak yang terbaik untuk anak soleha ni.
“Bila Khawla dah besar, I will give you all the videos macam mana Daddy sayang you sangat.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Yang menjadi tarikan dalam ucapan ini apabila Ernie membongkar rahsia Syamel menyanyi ketika tidur!
” Jangan terkejut, satu masa nanti Khawla akan tengok Daddy mengigau dalam tidur dan akan buat concert selalunya. Paling tak pun, Daddy buat presentation/bagi ucapan dalam mimpi. Lihatlah bukti last part. Mimpi mimpi pun kena on point tau nyanyi. 🥲” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut mengucapkan selamat hari bapa kepada Syamel. Malah ada juga yang terhibur menonton video penyanyi yang popular dengan lagu ‘hidup dalam mati’ ini menyanyi ketika tidur.
Terdahulu, Syamel dan Ernie diijabkabulkan di Masjid Puncak Alam, Selangor pada 22 Mac tahun lalu. Mereka dianugerahkan cahaya mata sulung iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia hampir 4 bulan.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siti Munirah Abdul Malik menjadi penterjemah bebas sambilan sejak 12 tahun lalu. Bermula ketika masih menuntut di universiti, siapa sangka selepas lebih satu dekad, ibu kepada seorang anak ini masih lagi terbabit secara aktif dalam bidang terjemahan sebagai pendapatan sampingan biarpun sudah bergelar pensyarah di Kolej Vokasional Kulim, Kedah.
Siang Bergelar Pendidik, Malam ‘Tukar Topi’ Jadi Perterjemah Bebas, Siti Munirah Bukan Tamak, Tapi Minat
Pada sebelah siang, Siti Munirah menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan pada sebelah malam pula, wanita berusia 31 tahun ini menukar ‘topinya’ menjadi penterjemah bebas.
Siti Munirah berkata, dia mula terbabit dalam bidang penterjemahan bebas pada tahun 2013 ketika masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat).
“Saya bermula dengan kerja projek memasukkan data menggunakan Microsoft Excel dan projek transkripsi Bahasa Melayu di mana saya perlu mendengar audio perbualan serta taip semula ke dalam bentuk teks.
“Kemudian, saya terjumpa kerja-kerja terjemahan Bahasa Melayu dan bayarannya lebih tinggi. Dari situlah, saya mula fokus dengan kerja-kerja terjemahan yang kemudian berkembang menjadi sumber pendapatan sehingga sekarang,” katanya.
Berkongsi rutin hariannya sebagai penterjemah bebas sambilan, kebiasaannya, pada awal pagi dia akan menyemak dan menjawab e-mel klien.
“Jika ada kelapangan saya akan melayari laman web kerja terjemahan untuk melihat iklan kerja terjemahan terkini dan akan mohon kerja terjemahan.
“Kemudian, saya teruskan dengan tugasan terjemahan yang perlu disiapkan pada hari itu. Selepas siap, hantar kepada klien dan tunggu bayaran daripada klien melalui Paypal atau laman web kerja.
Pada masa yang sama, saya juga mengambil masa untuk mengurus kelas dan bengkel yang saya jalankan,” katanya.
Siti Munirah berkata, tempoh masa untuk menyiapkan satu-satu terjemahan bergantung kepada panjang dokumen dan kerumitan teks.
“Untuk dokumen biasa seperti sijil lahir, transkrip akademik atau teks kurang daripada 1.000 patah perkataan saya boleh siapkan dalam beberapa jam sahaja.
“Namun, untuk projek yang lebih besar, mungkin memerlukan masa yang lebih lama sehingga berbulan-bulan untuk terjemahan seperti buku,” katanya.
Mengulas lanjut, dalam proses terjemahan, dia sentiasa memberi perhatian kepada beberapa aspek utama termasuk ketepatan terjemahan atau makna perkataan.
Bersama ibu bapa yang banyak memberi sokongan dan dorongan.
“Saya akan memastikan setiap perkataan diterjemahkan dengan betul tanpa mengubah maksud asal teks dan mengekalkan intonasi yang sama seperti teks asal. Selalunya saya akan buat rujukan di banyak tempat dan memastikan rujukan saya adalah boleh dipercayai.
“Selain itu, ketelitian juga satu aspek penting. Saya akan memastikan bahawa teks yang diterjemah bebas dari kesalahan tatabahasa, ejaan dan struktur ayat.
Katanya, dia juga membaca pruf terhadap terjemahan untuk memastikan ia berkualiti tinggi sebelum dihantar kepada klien.
“Akhir sekali, saya menitik beratkan penggunaan bahasa yang jelas dan mudah difahami. Saya pastikan teks terjemahan tidak terlalu teknikal atau terlalu ‘berat’ untuk pembaca biasa, kecuali jika ia diperlukan dalam bidang tertentu seperti undang-undang atau teknikal supaya dapat menyampaikan mesej dengan tepat dan mudah difahami pembaca sasaran,” katanya.
Baginya, antara cabaran terbesar yang terpaksa dihadapi adalah apabila diminta menghasilkan terjemahan bagi kandungan di luar bidang kemahiran dan pengetahuannya.
“Contohnya, terjemahan manual penggunaan mesin sedangkan bidang utama saya ialah teknologi maklumat.
Terjemahan akan mengambil masa agak lama kerana saya perlu membuat rujukan tambahan dengan membaca buku mengenai mesin dan kejuruteraan serta bertanya kepada rakan-rakan yang mahir untuk memastikan terjemahan lebih tepat,” katanya.
Selain itu, dia turut berdepan cabaran untuk membahagikan masa bagi memastikan tugas hakiki dan keluarga tidak terabai.
“Setiap petang selepas pulang dari kerja hakiki, saya hanya fokus meluangkan masa bersama keluarga dan pada sebelah malam pula saya akan memperuntukkan selama beberapa jam untuk menyiapkan tugasan penterjemahan.
“Sekiranya ada tugasan yang masih belum selesai, saya akan siapkan pada hujung minggu. Saya akan menghantar anak saya kepada pengasuh dengan bayaran tambahan,” katanya.
Menurutnya, salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang terbabit dalam bidang penterjemahan apabila diminta untuk buat terjemahan bagi aplikasi solat.
“Projek ini sangat menarik kerana saya perlu muat turun dan menggunakan aplikasi itu untuk menghasilkan terjemahan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain khususnya orang Islam.
“Ada juga saya diminta terjemah laman web kasino dan video berita semasa pro-Israel, namun saya menolak walaupun bayaran mahal,” katanya.
Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, dia kini sedang membangunkan laman web yang akan memudahkan pelanggan menempah perkhidmatan yang disediakan dan memudahkan sesiapa yang berminat untuk belajar boleh mendaftar dan belajar.
Selain itu, saya juga ingin membina pasukan dalam kalangan peserta untuk membantu memperluaskan servis dan penatar yang berpengalaman bagi mengendalikan kelas-kelas berkaitan.
“Dengan sokongan pasukan yang komited, saya bukan sahaja boleh mempelbagaikan servis, malah akan dapat menawarkan lebih banyak peluang pembelajaran yang praktikal, membantu lebih ramai penterjemah baharu untuk menjana pendapatan,” katanya.
Wanita jual rantai emas untung RM16,404, dulu beli baru RM2,300. Ramai masih menganggap emas hanyalah untuk bergaya dan menambah seri penampilan, tetapi hakikatnya, emas merupakan aset bernilai yang mampu memberikan pulangan lumayan dalam jangka masa panjang.