“Tak Suka Berada Bawah ‘Spotlight’. Thank You Ni Selalu Ada Di Sisi.” Kenal Isteri Umur 19 Tahun, Nukilan Ismail Sabri Undang Perhatian!

Share

Tarikh 21 Ogos mencatat sejarah buat susuk tubuh bernama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Jumaat berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9, selaras Perkara 40(2)(a) dan dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Melihat perwatakannya di hadapan kamera, beliau nampak serius dan tenang di khalayak. Namun, siapa sangka, rupanya disebalik tabir Datuk Seri Ismail Sabri seorang yang lebih relaks apabila berada di rumah di mana dan suka bergurau serta menyakat isteri dan anak-anak.

Mula mengenali  antara satu sama lain ketika usia 19 tahun, Ismail Sabri berkongsi momen perkenalan bersama sang isterinya. Anak kelahiran Bera, Pahang ini  kemudiannya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati nya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada tahun 1986.

Biarpun berkahwin dengan orang yang dikenali, namun Datin Seri Muhaini Zainal Abidin sememangnya seorang isteri pemimpin yang ‘low profile’. Terbaru, menerusi laman facebooknya, Ismail Sabri mempamerkan sisi sisi romantis seorang suami dengan meluahkan kata-kata khas buat isteri tersayang.

“Isteri saya orang yang sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dengan dia dari saya berumur 19 tahun. Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga.

“Nani adalah seorang yang sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sbb tu jarang sangat nampak dia. Thank you Ni, sbb sentiasa ada di sisi Sabri. Daripada Sabri tak ada apa-apa sehingga lah ke hari ni. Susah senang bersama,” ungkap Datuk Seri Ismail lagi.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan iaitu Datin Nina Sabrina, Gaddafi, Iqbal dan Nashriq.

Anak sulungnya, Datin Nina Sabrina berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, manakala anak lelakinya, Gadaffi atau lebih dikenali sebagai Dafi merupakan penyanyi dan pelakon.

Biarpun sibuk dengan kerjaya politiknya, namun beliau punya minat tersendiri. Aktiviti masa lapang di rumah adalah menonton Netflix, bermain dengan cucu dan membaca.

Cucu kesayangan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia empat tahun adalah cahaya mata sulung anak perempuannya, Datin Nina Sabrina bersama Jovian Mandagie. Jeanelle memanggilnya Atuk dan beliau suka melayan Jeanelle menyanyi serta menari.

Malah Ismail Sabri mengakui bercuti bersama keluarga adalah cara paling digemarinya untuk mengisi masa lapang.

Selesa hanya berada ‘di belakang tabir’, sokongan dan kasih sayang Datin Seri Muhaini terhadap suami, anak-anak, menantu dan cucu tidak berbelah bahagi.

Wajah Datin Seri Muhaini menarik perhatian apabila Datuk Seri memuat naik gambar bersama isteri tercinta berserta kapsyen yang nyata mencuit tumpuan ramai.

Sumber: Ismail Sabri Yaakob & mStar Online


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520