Setiap orang pastinya mempunyai aktiviti tertentu untuk dilakukan pada waktu lapang bersama keluarga tersayang. Ada antaranya dengan menonton wayang, pergi membeli belah, bermain atau paling tidak duduk santai di rumah sambil berbual mesra bagi mengisi masa yang ada dengan sebaiknya.

Namun berbeza sekali dengan tiga beradik yang berasal dari Kampung Desa Kasih Kuala Krai, Kelantan ini yang siapa sangka dengan memanfaatkan waktu lapang yang ada, mampu meraih pendapatan hampir RM10,000!

Ini sebagiamana memetik berita yang dilaporkan Bernama, bahawa Muhamad Lokman Hakim Md Sabri, 25, berkata pada peringkat permulaan, tanaman yang diusahakan itu adalah sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja memandangkan beliau mempunyai banyak waktu terluang kerana bekerja sebagai juruteknik.

“Melihat potensi cendawan tiram ini, dua lagi adik saya iaitu Puteri Nurin Darwisyah, 23, dan Puteri Nurin Sabirah, 20, telah membantu saya untuk bersama-sama mengusahakan tanaman ini sebagai pendapatan sampingan.

“Kami mula membeli bongkah cendawan tiram dengan harga RM1.60 seunit sedikit demi sedikit untuk diletakkan di tepi rumah dan sehingga kini kami memiliki 3,000 bongkah,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Muhamad Lokman Hakim berkata mereka tidak menang tangan kerana cendawan tiram mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat dan peniaga di sekitar Kuala Krai dengan hampir 30 kilogram sehari.

“Kami tidak sangka sambutan jualan cendawan tiram ini sangat menggalakkan kerana selain mempunyai pelanggan tetap, kami turut menjualnya secara dalam talian dengan menggunakan platform media sosial untuk menambah pendapatan.

“Bagi mendapat hasil maksimum dan berkualiti, tanaman itu perlu berada dalam keadaan yang lembap selain persekitarannya juga perlu sentiasa bersih,” katanya yang akan mengutip hasil cendawan tiram dua kali sehari iaitu pada pagi dan malam.

Ads

Tak Siakan Masa Lapang, Tiga Beradik Tanam Cendawan Tiram & Raih RM10,000 Sebulan!

Muhamad Lokman Hakim berharap usahanya akan dibantu oleh agensi berkaitan kerana beliau berhasrat untuk menjual bongkah cendawan tiram bagi membantu mana-mana individu yang berminat untuk mengusahakan tanaman berkenaan.

“Bagi menghasilkan bongkah cendawan tiram, kami perlu tiga bahan iaitu habuk kayu getah, dedak padi dan kapur pertanian yang semuanya digaul dan disebatikan dengan menggunakan mesin.

“Bahan tersebut dikukus selama enam jam di dalam tong dan akan disejukkan selama 24 jam sebelum disimpan pada suhu yang lembap,” katanya.

Sumber : Bernama

Ads

KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.

Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!

Tak Siakan Masa Lapang, Tiga Beradik Tanam Cendawan Tiram & Raih RM10,000 Sebulan!

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI