Jodoh pertemuan, adalah di tangan Allah yang menentuan tiap perjalanan kehidupan hamba-Nya. Kadang-kala sejauh mana pun kita mengelak untuk menerimanya, jika sudah ditakdirkan, itulah yang terbaik untuk kita.
Seperti pasangan ini, meskipun jarak umur sebanyak 26 tahun, itu tidak menghalang Muhammad Daniel, 22, untuk memikat serta menyulam cinta dengan cikgunya sendiri, Jamilah Mohd, 48.
Danial yang kini sudah sah menjadi suami kepada Jamilah mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak menyangka dapat memikat Jamilah yang merupakan guru Bahasa Melayu ketika di tingkatan tiga pada tahun 2016.
Danial yang begitu senang dengan keperibadian Jamilah mengakui hubungan mereka ketika itu tidak lebih daripada seorang murid dan juga guru yang sama sekali tidak mempunyai perasaan terhadap satu sama lain.
“Saya anggap dia (isteri) sebagai cikgu saja walaupun menyenangi sikapnya yang penyayang dan rapat dengan pelajar tidak kira daripada kelas depan mahupun belakang.”
“Setahun juga isteri mengajar kelas saya namun kami terputus hubungan selepas saya masuk ke tingkatan empat.”
“Kami ada terserempak di bilik guru dan saya ada menyapanya dan bertanya khabar tetapi setakat itu saja.”
Danial kemudiannya mula nekad untuk mengenali hati budi Jamilah selepas isterinya yang guru ketika itu menghantar kiriman ucapan ulang tahun di aplikasi WhatsApp ketika dirinya di tingkatan lima.
Ads
Sejak itu, kami jadi rapat dan timbul perasaan sayang hingga saya berasa untuk cuba dekat dengannya.
Pada satu hari, saya beranikan diri untuk luahkan perasaan namun isteri tolak dengan alasan faktor dan statusnya sebagai guru.
Akan tetapi, saya enggan berputus asa dan cuba cari jalan dengan menghubungi dan menghantar kiriman WhatsApp hingga pada satu hari, dia tidak mengangkat panggilan serta membalas mesej saya.
“Tindakannya yang mendiamkan diri itu membuatkan saya nekad ke kawasan perumahannya walaupun tidak tahu lokasi yang tepat dan ditakdirkan saya jumpa rumahnya kemudian terus datang serta berterus terang dengannya.”
Namun begitu, ketika itu Jamilah masih menolak untuk menjalinkan hubungan serius dengannya kerana tidak yakin sejauh mana ia akan bertahan namun, sikap tidak berputus asa ditunjukkan Danial menjadi faktor kepada pernikahan mereka pada tahun 2021.
Ads
“Saya tak mengalah dan cuba memujuknya hingga dia lembut dan terima saya.”
“Sejak awal lagi, saya sudah berterus terang dengan keluarga dan Alhamdulillah, kedua belah pihak beri restu serta tidak menghalang.
“Berkat restu mereka, kami sepakat untuk berkahwin dan perancangan awalnya (kahwin) pada 2019 kemudian 2020 tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka tarikh pernikahan ditangguhkan ke 25 November 2021.
“Kami nikah di Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi dan ada buat majlis persandingan cuma kecil-kecilan saja dengan menjemput keluarga serta kenalan terdekat.
Ads
Sementara itu, Jamilah mengatakan bahawa dia sama sekali tidak terfikir untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki selepas berpisah dengan bekas suaminya pada 2007.
“Memang ada yang nak kenal tetapi saya tak mahu malah puas saya tolak dan jauhkan diri daripada suami sekarang selepas dia meluahkan perasaannya.
“Bagaimanapun, saya tak dapat elak kerana Allah sudah tetapkan dia jodoh saya.
“Suami datang dengan keyakinan dan orangnya bersungguh malah tidak rahsiakan hubungan kami dengan keluarganya jadi itu antara sebab saya terima juga lamarannya.
Video pasangan ini menjadi tular di TikTok selepas Muhammad Danial memaparkan fasa dirinya daripada seorang pelajar sehinggalah menjadi suami kepada Jamilah.
@abgcaltex3Hari ni penuh dgn fyp pasal seorang pelajar dari tingkatan 3 dulu diri nya nakal dan selalu dimarahi cikgu kelasnya dan kini cikgu itu dan pelajar begelar suami isteri…..jodoh kan tak kan kemana…lari sejauh mana sekali pon allah dan tetap jodoh kita sapa dia
Tahniah diucapkan buat pelakon, Daler Yusof yang menimang cahaya mata keempatnya pada Selasa lalu.
Melalui perkongsian Daler, isterinya, Sakinah Barukul selamat melahirkan anak keempat melalui pembedahan selepas mengalami pendarahan pada usia kandungannya 36 minggu.
“Syukur alhamdulillah berkat doa semua di bulan Ramadan ini. Pembedahan berjalan lancar,” katanya.
Malah kongsi Daler lagi menerusi Instagramnya, anak dan isterinya kini berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja.
“Alhamdulillah bayi dan isteri saya sihat. Terima kasih atas doa-doa semua. Kami bersyukur kerana menyambut kelahiran cahaya mata ini di bulan Ramadan.
“Moga jadi anak yang soleh dunia dan akhirat kelak,” katanya lagi.
Berkongsi kisah kelahiran anak keempatnya itu, ujar Daler, isterinya dimasukkan ke hospital selepas bayi mereka berada dalam kedudukan songsang dan mengalami pendarahan.
Terdahulu, Daler dan isteri mendirikan rumahtangga lebih 10 tahun yang lalu. Pasanagn ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata, Yusof (10 tahun) Amira (8 tahun) dan Abu Bakar (5 tahun).
Zaman sekarang ini kos sara hidup semakin tinggi, dan ini memerlukan bukan sahaja suami berusaha lebih keras untuk menggandakan pendapatan keluarga malah ada baiknya isteri turut membantu dalam meringankan beban suami.
Selain perlu bekerja dengan makan gaji, apa kata mulakan untuk berbisnes secara kecil-kecilan di rumah. Cara ini lebih memberi ruang masa yang fleksible kepada ibu-ibu untuk menguruskan keluarga dan dalam masa yang sama menjana pendapatan.
Apa yang pasti, berbisnes pada hari ini selain tujuannya untuk membantu suami, ada baiknya fahami kepentingan kepada diritentang perlunya duit poket sendiri.
Melalui perkongsian daripada Puan Norsahida Mohamad Said diharapkan dapat membuka mata dan memberi inspirasi untuk ibu-ibu di luar sana memulakan langkah untuk berbisnes. Jom semak perkongsiannya.
5 Sebab Kenapa Isteri Sekarang Perlu BUAT BISNES 1. SIDE INCOME Rasanya semua orang tahu, ekonomi sekarang makin tenat dan gawat. Nak tak nak, isteri sekarang kena fikirkan macam mana nak bantu suami untuk tambah pendapatan keluarga. Kenaikan harga barang, menyebabkan si isteri kena berjimat cermat. Time shopping barang dapur tu, kena cari yang ada pakej kombo. Kena fikir juga 48 kali nak beli barang sendiri. Kena dahulukan keperluan keluarga dulu. Sob Sob Sob…aduhaiii…
2. TAK MENGHARAPKAN GAJI SUAMI
Kadang kadang kita ni si isteri, malu aihhhh, asyik nak mintak duit suami aje. Lebih lebih lagi sekali sekala nak melaram beli tudung terobang. Nak beli suplemen untuk dalaman pun, rasa segannnn aje nak mintak. Bukan mintak dengan orang lain pun tapi dengan suami sendiri pun maluuuu ya amat.
Anak anak pula, sekali sekala nak beli aiskrim Malaysia makcik depan rumah buat. Aiskrim kacang hijau plak tu, sedap popalihhhh (cakap orang Temerloh), tapi takkan lah nak tunggu duit gaji masuk baru boleh beli. Sadiss kan jika tiada duit sendiri. Huhu..
3. SUAMI TAK BAGI NAFKAH Oh, ini cerita sadis lagi. Abam sado kita tu bukan tak nak bagi, tapi beban belanja keluarga yang besar. Memang tak cukup nak bagi isteri. Kita yang isteri solehah ni, opkos lah patuh. Lagi pun, kesian kat suami tu, dia sorang sorang je cari duit untuk belanja keluarga. Kesian sungguh pada cik abam sado kita tu!
4. BELAJAR BERDIKARI Haaa… ini ibarat sediakan payung sebelum hujan. Something happen, kita tak tahu. Bukan minta, tapi cerita realiti. Yang hidup pasti mati. Jadi, isteri yang solehah dan baik, bersiap sedialah kita sebelum apa apa terjadi. Pecahkan TEMBOK MALU untuk mula buat bisnes tau!. Cari orang yang betul yang boleh guide kita.
5. TAK NAK DIPANDANG RENDAH Apa… ingat kita duduk rumah, jaga anak, jaga keluarga ni tak boleh jadi wanita HEBAT?. Jangan pandang sebelah mata woooo… Sekarang ni, dah banyak cerita, dari surirumah kini sudah punya empayar sendiri. Fuhhhh… So, jangan pandang rendah wanita berwajah lembut tapi punya hati waja.
Kalau ikutkan, banyak lagi SEBAB kenapa awak awak, isteri perlu buat bisnes sekarang. Tapi cukuplah akak bagi 5 ni dulu. Hadam baik baik dan berbincanglah dengan cik abam tu untuk bagi restu untuk mulakan bisnes.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
‘Duduk Di Rumah’ atau “Stay At Home” menjadi norma baharu rakyat Malaysia sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila berlakunya pandemik Covid-19 di seluruh dunia pada Mac lalu. Sememangnya di akui antara cara terbaik untuk mencegah penyebaran virus corona adalah duduk di rumah. Semua aktiviti dilakukan di rumah termasuk pembelajaran secara dalam talian hinggalah bekerja dan berolahraga.
Bila kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah bermakna penting untuk memastikan udara bersih dan sentiasa segar. Ini kerana keadaan rumah yang tertutup membuatkan pengudaraan menjadi tidak bersih dan berisiko dijangkiti banyak penyakit lain pula.
Membersihkan rumah setiap hari adalah salah satu cara untuk kita melindungi keluarga dan tinggal dalam suasana yang sihat. Namun pasti ada ibu-ibu yang merungut walaupun setiap hari bersihkan rumah tetapi habuk tetap ada. Bau kurang menyenangkan masih tak dapat nak dihilangkan. Masalah ini nampak kecil tetapi sebenarnya kalau tidak diatasi boleh memberikan kesan kepada ahli keluarga terutama anak-anak kecil.
Kebarangkalian ahli keluarga terutama si kecil terdedah kepada masalah asma, batuk atau selesema agak tinggi bila berada pada udara yang tidak bersih di dalam rumah. Jadi apa patut kita lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Tahukah anda dengan perkembangan teknologi masa kini, anda boleh menyediakan persekitaran udara yang bersih di dalam rumah? Penapis udara adalah salah satu produk hasil teknologi yang mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Ia bukan sahaja mampu menyerap bau busuk , menapis habuk dan debu, menyerap asap rokok, jerebu dan sebagainya tetapi Penapis Udara LG PuriCare™ 360° merupakan salah satu penapis udara terbaik yang disarankan untuk kegunaan keluarga. Fungsinya sangat mengagumkan. Percayalah sesiapa sahaja yang menggunakannya akan mendapat satu pengalaman baharu dan dapat menghirup udara yang lebih sihat bukan sahaja untuk diri sendiri malah seisi rumah.
Penapis Udara LG PuriCare™ 360°
Sesuai dengan namanya LG PuriCare™ 360° maka fungsinya juga mampu membersihkan udara secara 360 darjah. Tampil dalam bentuk silinder, ia dapat memaksimakan penapisan udara sekeliling dan menyedut udara itu di mana juga ia diletakkan. Ia mempunyai ciri Clean Booster iaitu kipas yang berpusing dari kiri kanan. Membolehkan udara bersih dapat disaring atau sampai ke hampir seluruh kawasan bilik. Kipas tersebut juga mampu untuk menyaring udara sejauh 7.5 meter. Bayangkanlah ya! Kebolehannya menapis udara di setiap arah pasti anda dapat mengagak berapa banyak habuk serta debu yang akan disedut.
6 tahap penapisan untuk perlindungan sempurna
Tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana udara ditapis? Udara masuk melalui sistem penyaringan 360º yang bermula dari habuk-habuk, debu halus sehinggalah kepada bau-bauan termasuklah bau bahan kimia organik. Dalam erti kata lain, dengan memiliki penapis udara LG, anda boleh terus ucapkan selamat tinggal kepada udara berbahaya di rumah anda!
Aplikasi Pintar
Dilengkapi dengan LED indicator, penapis udara ini membolehkan kita mengetahui tahap udara berdasarkan warna yang terpapar pada skrin penapis. Bagaimana warna LED menentukan tahap udara yang ada di rumah kita? Dengan teknologi sensor PM 1.0 (1 micron meter), ia mampu menyedut habuk-habuk kotoran dan bakteria yang sangat halus dan dapat memberikan indikator tahap udara di rumah kita yang perlu ditapis dan dibersihkan. Canggih kan? Ianya memudahkan tugas dan sesuai dengan teknologi semuanya di hujung jari, penapis udara LG ini juga dilengkapi dengan akses kawalan mudah iaitu LG ThinQ™ iaitu mampu menghubungkan pembersih udara ke telefon pintar anda dengan aplikasi LG ThinQ™. Anda kini dapat mengawal fungsi alat pembersih udara di mana sahaja dengan hanya satu klik pada telefon anda.
Membersih kawasan pergerakan anak kecil
Tidak perlu gusar jika mempunyai anak kecil. Tetapan Baby Care yang unik membolehkan penulenan udara dilakukan sehingga ke bahagian lantai paling bawah. Ini sekali gus memberi pengalaman udara sihat dan berkualiti buat bayi, khususnya ketika mereka sedang aktif merangkak dan bermain di lantai.
Mod tunggal LG PuriCare™ memfokuskan pembersihan udara ke permukaan lantai, di mana bahan cemar mudah terkumpul. Ini semestinya berita gembira buat ibu-ibu kerana tiada yang lebih penting selain memberikan yang terbaik untuk anak-anak bukan?
Jika anda masih lagi memikirkan tentang kepentingan penapis udara untuk kediaman anda? Jawapannya memang penting dan berbaloi untuk dimiliki. Kesihatan diri dan keluarga tersayang sangat penting dan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Pelaburan untuk kesihatan keluarga itu adalah sesuatu yang sangat berbaloi.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.