“Tak Senang Hati Orang Tak Dapat Duduk.” Gelagat Siti Nurhaliza Sibuk Urus Majlis Tahnik Buat Ramai Risau. Kuatnya Dia!

Share

Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H pada pukul 6:21 pagi.

Menerusi kenyaaan rasmi di Instagram miliknya, difahamkan TokTi melahirkan anakandanya menerusi kaedah pembedahan.

Jika segelintir daripada ibu yang melahirkan anak secara pembedahan  tidak terlalu berupaya untuk bergerak cergas, namun tidak bagi ibu kepada sepasang cahaya mata ini yang tampak kuat dan bersemangat semasa majlis.

Baru-baru ini, viral satu video yang memaparkan Siti begitu sibuk dan tidak senang duduk dalam menguruskan majlis tahnik anak lelakinya.

Pelantun lagu Aku Cinta Padamu ini bimbang para tetamu tidak dapat tempat duduk yang selesa semasa majlis berlangsung.

@sitizonerAlahai tokti.. ##fyp♬ bunyi asal – Sitizoner

Siti yang baru beberapa hari dalam pantang itu mendapat perhatian wargamaya kerana perwatakannya yang begitu bersemangat meskipun baru bersalin.

@sitizonerBercukur ##fyp♬ bunyi asal – Sitizoner

Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada wargamaya kagum dengan sikap TokTi yang gigih serta kuat itu.

Ada juga di kalangan mereka yang memberi pesanan kepada selebriti kesayangan mereka ini agar tidak terlalu lasak dan harus menjaga diri.

Sumber: TikTok & Siti Nurhaliza