Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H pada pukul 6:21 pagi.
Menerusi kenyaaan rasmi di Instagram miliknya, difahamkan TokTi melahirkan anakandanya menerusi kaedah pembedahan.
Jika segelintir daripada ibu yang melahirkan anak secara pembedahan tidak terlalu berupaya untuk bergerak cergas, namun tidak bagi ibu kepada sepasang cahaya mata ini yang tampak kuat dan bersemangat semasa majlis.
Baru-baru ini, viral satu video yang memaparkan Siti begitu sibuk dan tidak senang duduk dalam menguruskan majlis tahnik anak lelakinya.
Pelantun lagu Aku Cinta Padamu ini bimbang para tetamu tidak dapat tempat duduk yang selesa semasa majlis berlangsung.
@sitizonerAlahai tokti.. ##fyp♬ bunyi asal – Sitizoner
Siti yang baru beberapa hari dalam pantang itu mendapat perhatian wargamaya kerana perwatakannya yang begitu bersemangat meskipun baru bersalin.
@sitizonerBercukur ##fyp♬ bunyi asal – Sitizoner
Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada wargamaya kagum dengan sikap TokTi yang gigih serta kuat itu.
Ada juga di kalangan mereka yang memberi pesanan kepada selebriti kesayangan mereka ini agar tidak terlalu lasak dan harus menjaga diri.
Sumber: TikTok & Siti Nurhaliza
“Jangan Rendahkan Kerja Suri Rumah. Suami Kena Tolong Isteri.” Tanpa Kerjasama, Perkahwinan Itu Sia-Sia!
Sudah tentu suami yang inginkan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa agar dapat lebih banyak meluangkan masa untuk keluarga dan menguruskan hal-hal berkaitan rumah dan anak berbanding jika bekerja. Lebih-lebih lagi bagi suami yang berkemampuan untuk menanggung segala keperluan. Namun ada suami kadang kala, merendahkan isteri dengan tidak menghargai pengorbanan yang diberikan isteri.
Begitulah perkongsian Mohd Fhais yang melihat bahawa perkahwinan memerlukan kerjasama dan sikap tolak ansur agar tidak wujud salah faham antara pasangan.
Buat para suami yang selalu merendah rendahkan kerja surirumah, sila baca!
Kahwin ni erti kata lain ialah kerjasama. Tanpa kerjasama, kahwin tu jadi sia-sia..
Bukan sedikit tapi selalu sangat dah kawan-kawan lelaki ni datang jumpa saya cakap isteri diorang tak ada buat apa, duduk rumah goyang kaki je.
Cakap memang senang, cuba buat dulu.
Terus terang saya cakap, kerja di rumah ni jauh berkali ganda lebih penat dari kerja di pejabat.
Saya sendiri sedang hadap benda ni. Menguruskan bisnes dari rumah dan jaga anak dari usia dia 3 bulan sampai la sekarang nak masuk setahun. Letih wei!
Bangun pagi memang tak sempat nak buat kerja lain dah. Aisy rizqi ni setiap pagi jam 6 dia dah bangun. Asal gerak sikit dari katil dia mesti terjaga. Telinga lintah betul!
Dari bangun leka menguruskan dia. Tukar pampers, mandi, makan, bawa dia jalan dan akhir sekali jam 10-11 dia mesti tidur. Masa ni la baru sempat nak menguruskan diri sendiri.
Kelam kabut mandi, bersihkan diri, basuh baju, basuh pinggan, tengok email dan makan. Semua ni kena selesai dalam 1 jam.
Masuk tengahari budak bertuah ni mesti bangun. Bila dah bangun memang susah nak buat kerja lain. Melayan dia main sahaja.
Penat melayan dia main sampai pinggang lutut semua sakit-sakit sebab kena tunduk selalu.
Itu yang kalau budak bertuah ni nak main apa pun saya bagi je. Asalkan dia leka, sebab kalau dia tak leka kita yang penat nak melekakan dia.
Ini baru kejadian sebelah siang, malam lain pula ceritanya. Senang cerita kerja jaga anak ni tak ada waktu rehat dan tak ada kesudahan.
Rutin dia berputar-putar benda yang sama setiap hari. Ini yang buat penat tu berganda-ganda.
Ini tak cerita lagi waktu terdesak nak membuang air tapi anak tak nak berenggang. Seksa wei tahan-tahan ni.
Kalau anak dua tiga orang, lagi la masyallah dia punya letih berpuluh kali ganda. Kagum betul dengan mereka yang sudi dan berjaya jaga anak ramai di rumah seorang diri.
Tapi apa pun saya bersyukur sebab ada pasangan yang baik dan prihatin.
Kami sama-sama buat segala tugasan di rumah. Nampak sahaja ada tugas yang belum di buat, terus buat tanpa banyak bunyi. Menuding jari jauh sekali.
Kahwin ni erti kata lain ialah kerjasama. Tanpa kerjasama, kahwin tu jadi sia-sia..
Kalau masih ada lagi si suami yang berkata begini saya cabar dia ambil alih tugas isteri sehari dari pagi sampai malam. Tengok goyang kaki ke tak goyang kaki.
Mohd Fhais
Penat sangat tapi berbaloi dapat tengok anak membesar depan mata.
p/s : Tolong kongsikan dengan geng-geng suami yang lain benda ni, harap lepas baca ni diorang akan berhenti merendah rendahkan kerjaya surirumah.
Cara Paling Mudah Nak Atasi Cirit-Birit, Guna Kulit Delima Jer, Petua ‘Mat Salleh’ Wanita Ini Selalu Amalkan, Boleh Cuba!
Ujian Besar Anak Berusia 2 Tahun. Sudahlah Ada Leukemia & Disahkan Positif Covid-19!
Kisah seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang menghidap penyakit leukemia dan kini disahkan positif koronavirus (Covid-19) telah tular di media sosial.
Pastinya berita seperti ini cukup meruntun jiwa netizen. Membayangkan anak sekecil itu, diuji dengan 2 penyakit yang amat berat untuk ditanggung.
Kesedihan yang dirasai keluarga ini telah dikongsikan oleh saudara Fareez Kezam bagi membantu sahabatnya dan sekali gus cuba meringankan beban yang ditanggung.
Ini perkongsiannya.
I FEEL WHAT FEEL BROTHA.
Salam Jumaat.
Anak kepada sahabat sy, Adik Fateh Aqil bin Nazmee adalah pesakit termuda yang disahkan positif covid-19. Adik Fateh Aqil juga adalah seorang pesakit leukimia.
Saudara Nazmee adalah sahabat sy semasa belajar di SMKA Falahiah Pasir Pekan. Bapa muda kepada 3 orang anak kecil. Sahabat yang sama sama kulu kilir. Fly bersama ke masjid bersama. Dia menetap di Pinggiran Batu Cave, so dekatlah dgn aku dan Dia sentiasa lepak minum bersama.
Bulan 9 tahun lepas, anaknya Fateh Aqil disahkan menghidap leukimia. Dugaan mula melanda. Ujian demi ujian kena hadap. Adik Fateh perlu dirawat segera. Saban hari saban malam memikirkan kesihatan anak. Ye lah, bapa muda, aku pun bapa muda, anak anak kecil jatuh sikit kita dah kenaling. Amek peluk gosok anak yg sakit.
Kemudian adik Fateh ditempatkan di HUSM KUBANG KERIAN utk rawatan lanjut.
Dugaan kedua melanda, isterinya terpaksa berhenti kerja krn perlu menjaga anak yang sakit. Ditambah pula perlu menjaga 2 lagi anak kecil yg lain.
Ujian ketiga datang, anak ditahan diwad selama sebulan. Siapa nak jaga 2 lagi anak di rumah? Si ayah mengambil keputusan utk ambil unpaid leave. Dialah yang menjaga anak di hospital selama sebulan. Dialah ayah, dialah emak. Menangis aku terbayangkan keperitan yang dihadapi.
Unpaide leave selama 3 bulan. Tiada sumber pendapatan langsung. Hanya mengharapkan ihsan dari keluarga terdekat. Allahu. Kita yg hilang pendapatan selamat 2 minggu pun dah terasa perit.
Bulan 12 perlu kembali bekerja, ujian menimpa lagi. Rumah di landa banjir. Terpaksa delay lagi sebulan. MasyaAllah. Bulan 1 2020 kembali bertugas. Sistem pejabat pula tak update. Lagi sebulan tiada gaji. 5 bulan tiada punca pendapatan.
Dan apabila kembali bertugas di KL, si ayah terpaksa berulang alik ke Kota Bharu setiap minggu. Hanya demi anak anak. Siapa tak sayang anak? Lagi lagi anak yang sakit dan berjauhan. Aku tinggalkan anak sehari pun dan rindu anak. Balik kerja anak terus berlari datang peluk kita.
Dan kini. Ujian paling getir, anaknya disahkan positif Covid-19. Pesakit termuda di Malaysia. Perasaan bercampur baur. Aku tanya mcm mana boleh terkena? Katanya anaknya antibodi terlalu lemah krn kanser. Debu sedikit dah boleh demam. Jd mungkin selama berulang alik di hospital terkena jangkitan.
Kini adik Fateh Aqil dikuarantin bersama ibunya manakala si ayah menjaga 2 lagi anak di rumah. Mohon dititipkan doa utk adik Fateh Aqil.
Kepada sahabat Falahiah. Marilah kita membantu sahabat kita. Siapa lagi nak bantu kalau bukan kita. Mungkin kali ini giliran kita utk membantu, mungkin dilain masa giliran kita untuk dibantu. Siapa tahu.
Kami Falahians spm batch 2004 kini lancarkan tabung kilat utk adik Fateh Aqil yang memerlukan dana untuk rawatan. Dan juga untuk membantu saudara Nazmee yg kini hilang sumber pendapatan. Tidak dapat menderma tak ape, share tanda sokongan untuk adik Fateh Aqil pun sudah memadai.
Oh yee. Sahabat sy saudara Nazmee amat amat berterima kasih kepada semua rakan rakan, sahabat handai rakan taulan dan seluruh rakyat Malaysia yang berdoa utk kesihatan anaknya.
Bantuan boleh dibuat terus kepada –
ALUMNI SMKA FALAHIAH
03018010104477
BANK ISLAM
UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN AKAUN DAN BANTUAN SEGERA, SY MEMOHON KEPADA PENDERMA UTK WASSAP SLIP KE-
+60 10-306 7566 HANAFI ADNAN (S/U ALUMNI)
+60 17-965 0328 SHARIB by
Sumber :Fareez Kezam, Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser-Pesona