Pernah dengar kan selalu orang kata, seronok apabila bergelar suri rumah tangga. Di rumah tanpa ada pengawasan. Boleh buat apa sahaja.
Realitinya, sebenarnya tidak semua wanita boleh bergelar suri rumah’ . Ini kerana ada cabarannya yang ramai tak tahu.
Menarik dengan perkongsian wanita ini dengan pengakuan mengenai pengalamannnya bergelar suri rumah. Jom kita ikuti coretannya.
Tak semua orang boleh jadi “Suri Rumah”. Ceritanya, hari itu saya ada terbaca luahan seorang isteri yang mengalami tekanan selepas berhenti kerja atas desakan suami. Puncanya, suami mahu isteri jaga anak sendiri. Ada orang ingat impian semua wanita mahu jadi suri rumah, sebab katanya seronok jadi suri rumah.
– Duduk rumah goyang kaki. – Anak ada depan mata. – Nak apa-apa minta suami. – Tak perlu menghadap tekanan di tempat kerja. – Boleh senang lenang tidur bila-bila masa.
Ini apa yang kebanyakan orang nampak. Tetapi pendapat saya, sebenarnya tak semua wanita “sesuai” jadi suri rumah. Kenapa saya guna perkataan “sesuai”? Sebab setiap orang mempunyai personaliti, impian dan latar belakang yang berbeza.
SISI ‘GELAP’ BILA BERGELAR SURI RUMAH
Pengalaman saya bekerja dan menjadi suri rumah sebentar beberapa bulan, ternyata “kerja” suri rumah lebih berat dari bekerja waktu pejabat. Lagi-lagi bila ada anak. Tiada hari cuti. Hari-hari menghadap dinding yang sama, Berjumpa orang yang sama, Rutin yang sama, Kepenatan yang sama,
Gambar sekadar hiasan
Bagi sesetengah orang mungkin selesa dan seronok, tetapi ia amat menyiksakan bagi seorang extrovert. Si extrovert yang ada keperluan bercakap dengan orang. Yang seronok berjumpa ramai orang. Yang suka melihat permandangan berlainan setiap hari. Yang perlukan pengalaman baru setiap hari. Yang sukakan risiko. Yang tidak suka berseorangan. Sayalah tu.
Ads
Bila jadi suri rumah yang memang tidak ada apa-apa yang perlu difikirkan, bukan tidak ada tetapi tidak sempat pun nak fikir sebab 100% masa menjaga anak “high need”. Nak pergi tandas pun berkejaran apatah lagi nak fikir masalah dunia.
Saya mula, – Mudah menangis tidak ada sebab. – Overthinking. – Rasa tidak berguna dan menyusahkan orang. – Kecewa kerana tidak ada pencapaian dalam hidup walaupun ada ijazah. – Restless, anxiety tiba-tiba. – Mimpi perkara bukan-bukan.
Jangan terkejut kalau saya kata, perasaan ini timbul dalam masa 1 bulan sahaja selepas berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Punyalah jenis tidak reti duduk diam, “cuti” sebulan pun dah resah semacam. Padahal waktu itu tak ada masalah apa-apa pun. Selepas saya fikir dalam-dalam, barulah saya sedar yang semua perasaan negatif di atas muncul bila saya tak ada buat apa-apa selain rutin harian. Hari-hari rutin yang sama,
Pagi – Mandikan anak, sarapan, basuh baju, kemas rumah. Petang – Tidurkan anak. Malam – Kemas, makan dan tidur anak lagi. Saya pula sejak dari sekolah rendah jenis aktif masuk segala aktiviti di sekolah ataupun di universiti.
Dari situlah, saya mula banyak membaca tentang perihal anak dan cuba kongsi apa-apa info tentang bidang saya. Sekurang-kurangnya saya tidak tenggelam di dalam dunia saya sendiri.
Tak sangka ramai yang mesej untuk dapatkan servis terapi cara kerja dari saya. Waktu itu sesiapa yang mesej saya bertanya tentang anak, semua saya cuba jawab dan bantu. Rasa seronok dapat berborak dan bantu orang lain.
Sampailah satu masa itu, saya cakap pada suami, “Boleh tak kalau kita buat satu bilik jadi bilik terapi untuk I nak kerja?” Tup-tup dari 1 bilik sahaja BEYOND Home Therapy ke pusat terapi yang ada berbilik-bilik. Tak sangka niat nak jaga anak sendiri, Allah gandakan rezeki kami sekeluarga. Suamilah yang banyak berkorban untuk saya capai impian. Beliau pun sedar yang lebih baik saya kerja dari tak kerja. Bila tak kerja, emosi jadi tak stabil.
Ads
Point saya disini bukan untuk cerita pencapaian, tetapi nak cerita yang tidak semua wanita sesuai jadi suri rumah. 1. Ada yang stress bekerja, gembira duduk rumah. 2. Ada yang stress duduk rumah, gembira bekerja di luar rumah. 3. Ada yang boleh duduk rumah dan bekerja dari rumah. 4. Ada yang gembira bekerja sambil bawa anak ke tempat kerja. Ikut masing-masing punya personaliti, minat dan impian.
Dalam kes saya, saya stress dan tertekan bila tidak ada sesuatu untuk dikejar. Bagi saya jadi suri rumah dan duduk rumah lebih penat dari keluar bekerja. Bukan masalah penat fizikal, tetapi “penat mental”. Ia seperti, kita ada kasut untuk berlari laju tetapi diikat dengan tali. Susah untuk diperjelaskan bagaimana perasaan itu.
Yang lagi pelik, saya jadi lagi kurang melayan anak masa saya jadi suri rumah daripada semasa saya mula bekerja semula. Mungkin sebab rasa hari-hari buat benda sama dan fokus perihal rumah sahaja waktu itu. Tetapi bila mula sibuk dengan kerja, saya jadi lebih menghargai setiap saat dengan anak. Saya pasti masalah ini mungkin banyak berlaku pada wanita atau ibu-ibu lain tanpa disedari terutamanya suri rumah.
Bagi saya, kerjaya suri rumah amatlah mulia. Bukan semua orang mampu menjadi suri rumah. Perlu kuat mental dan fizikal. Nasihat saya sebagai “suri rumah tak jadi”: 1. Kenalpasti personaliti diri sendiri, sekurang-kurangnya tahu kalian jenis intovert atau extrovert. 2. Bincang sesama suami isteri, seeloknya bincang sebelum berkahwin sebarang kemungkinan. – Adakah suami mahu isteri berhenti kerja selepas berkahwin atau bila ada anak? – Isteri mahu bekerja atau jadi suri rumah? Semuanya jadi mudah sekiranya ada kesepakatan antara suami isteri. Jangan sebelum kahwin kata dekat isteri boleh kerja, tiba-tiba dah kahwin lain pula. 3. Kalau rasa resah semacam, cepat marah-marah atau mula timbul perasaan pelik-pelik. Segeralah dapatkan bantuan atau cuba cari punca. 4. Letakkan diri sendiri nombor 1 sebelum orang lain, anak sakit kita boleh jaga tetapi kalau kita yang sakit? 5. Jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain, semua orang ada impian, personaliti dan keutamaan yang berbeza – beza. 6. Percaya ketentuan Allah, kita rancang macam mana pun tetapi kalau Allah kata tiada rezeki, tiadalah. Rezeki Allah beri berbeza-beza. Dapat jaga anak depan mata, rezeki. Dapat suami yang redha isteri bekerja, rezeki. Dapat mertua yang baik, rezeki. Dapat anak yang tak banyak ragam, rezeki.
Ads
Saya harap ibu di dalam luahan yang saya baca itu dipermudahkan urusan. Orang lain memang mudah sahaja nak label itu ini, hakikatnya kita memang tak akan boleh puaskan hati orang. Bila seorang ibu bekerja, dikatanya pentingkan duit sahaja tak sayang anak. Bila tak bekerja, dikatanya tidak takut suami tinggal pula. Begitulah. Yang penting kita jaga kita sendiri sebab kita sahaja tahu kita bagaimana. 🥰 Ada geng extrovert tak dekat sini? Maryam Jamadi
Gagal Sekali Bukan Gagal Selama-lamanya!” Kata-kata ini sangat membekas dalam diri sesiapa sahaja. Seolah-olah memberikanku semangat untuk bangkit semula terutama yang mendapat result SPM yang kurang cemerlang.
Begitulah usaha yang dilakukan oleh Doktor Falsafah ini, TS Dr Mohd Fadzil Abdul Hamid nekad mengambil semula kertas peperiksaan SPM subjek Bahasa Inggeris tahun 2021.
Berkongsi di ruang facebook miliknyan kisanya boleh menjadi motivasi kepada pelajar yang kurang cemerlang keputusan SPM.
Alhamdulillah, tahun 2022 (SPM 2021) saya ambil keputusan untuk mengambil semula peperiksaan SPM bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, saya bersyukur kerana keputusan yang keluar hari ini saya mendapat B+ (Kepujian Tertinggi).
Mungkin ada yang tertanya kenapa nak ambil balik matapelajaran Bahasa Inggeris ini, secara jujurnya selepas keputusan senat UTM yang memperakui gelaran Doktor Falsafah pada Disember 2021. Saya bertanya kepada diri sendiri, “What Next?” selepas ini. Saya mula meneliti laluan kerjaya yang saya ada, jika pada masa depan saya ingin memohon jawatan pensyarah universiti (DS51/52), hampir kebanyakan universiti meletakkan syarat subjek bahasa Inggeris semasa SPM adalah Minimum B+ ataupun ujian IELTS (International English Language Testing System) dengan minimum band 6.5 . Keputusan SPM bahasa Inggeris saya sememangnya teruk iaitu D7.
Semasa zaman bersekolah menengah saya membuat banyak kesilapan bodoh. Saya bukannya tidak bijak tetapi saya tidak mempunyai tujuan hidup ketika itu dan hanya mengikut arus dan tidak matang. Semasa tingkatan 5 saya di buang asrama dan duduk rumah sewa bersama rakan-rakan sealiran yang lain. Saya langsung tidak belajar untuk ambil peperiksaan SPM. Hasilnya ada subjek dapat 8E, 7D, 5C, 3B. Oleh kerana satu subjek gagal (Kimia) maka tidak dipaparkan dalam sijil . Tanpa belajar pun saya masih mendapat 1A bagi subjek Sejarah dan Pendidikan Islam yang membuktikan saya bukannya tidak pandai. Selepas SPM, saya pernah bekerja pergi mengikut orang menjadi nelayan, atendan pam minyak Petronas dan kerja di cyber cafe.
Berbalik kepada keputusan saya untuk mengambil peperiksaan bahasa Inggeris SPM, saya terus mencari maklumat untuk berdaftar kerana ketika itu sudah Januari 2022, peperiksaan SPM akan bermula pada Februari 2022. Saya terus mendaftar dan membayar denda lewat sebagai calon persendirian. Dalam tempoh hanya sebulan saya mendapatkan bantuan daripada rakan guru bahasa inggeris untuk mengetahui format peperiksaan bagi bahasa Inggeris format baru CEFR iaitu terdapat 4 penilaian iaitu Reading, Writing, Listening and Speaking. Saya telah menetapkan sasaran yang realisitik dalam tempoh sebulan untuk belajar, saya hanya sasarkan untuk mendapatkan B+ .
Saya berterima kasih kepada Cikgu Niwashini Nambiar, Cikgu Booby dan rakan sekerja Pn. Ida Amiza, Yu Kok Hui yang berkongsi tips subjek BI. Selebihnya saya perlu belajar sendiri kerana tempoh terlalu singkat, saya membeli buku rujukan Sasbadi dan Pelangi untuk belajar dan membuat latihan. Dan saya paling mengujakan saya banyak belajar daripada channel youtube “English Made Possible With Teacher EM” (https://www.youtube.com/channel/UCGdNFBQsFRfmJqBGkiz0fDQ). Selayaknya Cikgu Emily telah menerima pengiktirafan Anugerah Khas PDPR , KPM 2021.
Selepas selesai peperiksaan ulangan SPM bagi subjek bahasa Inggeris ini, saya mengambil keputusan untuk mengambil ujian IELTS (International English Language Testing System) pada bulan Mac 2022. IELTS merujuk kepada Sistem Penilaian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS). IELTS adalah ujian penguasaan Bahasa Inggeris paling popular di dunia dan menjadi penanda aras kepada tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar di seluruh dunia. Secara ringkas IELTS terbahagi kepada 4 komponen iaitu Reading, Listening, Writing dan Speaking. Format yang sama dengan SPM tahun ini iaitu CEFR Aligned. Alhamdulillah saya lebih bersedia ketika itu dan mendapat keputusan Band 6.5 iaitu sasaran yang realistik ketika itu.
Rumusannya, saya ingin memberi kesedaran bahawa setiap orang mempunyai kisah dan jalan kehidupan tersendiri. Jangan berputus asa sekiranya kita gagal kali pertama. Perjalanan belajar saya panjang daripada peringkat Diploma Politeknik (PSMZA), Ijazah Sarjana Muda (UTHM), Master (UTM) sehingga berjaya menggenggam Doktor Falsafah ( UTM). Terus berusaha mengejar impian. Ingat setiap orang akan ada masanya yang tersendiri. Lihat tokoh-tokoh yang berjaya ada yang berjaya pada usia yang lewat ;
(3) Henry Nestle – Tubuh Syarikat Nestle (57 Tahun)
(4) Gordon Bowker – Pengasas bersama Starbucks (51 Tahun)
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon SPM yang cemerlang. Kalau boleh diputarkan waktu, saya juga ingin cemerlang seperti anda semua pada ketika umur saya seperti anda.
Soalan “kerja apa?” nampak macam biasa, tapi bagi sesetengah orang, ia boleh jadi sesuatu yang berat nak dijawab. Terutama bila orang menilai hanya berdasarkan pekerjaan, kereta, atau penampilan luar.
Menerusi perkongsian Mohd Ezairol Rezan Zainol memilih untuk merendah diri dan mengelak daripada membuka cerita tentang pekerjaannya. Kenapa? Sebab biarpun bergelar seorang jurutebang dia lebih selesa mengelarkan dirinya sebagai ‘drebar’ . Dia sedar, tak semua orang mampu melihat nilai sebenar seseorang di luar status dan harta benda.
Jom ikuti perkongsiannya
Semalam dalam post bila aku cakap aku kerja drebar, ramai yang tersenyum ingat aku bergurau senda.
Tapi hakikatnya camtulah bila aku ditanya oleh orang yang aku tidak berapa kenali… Siapa dia.
Bila pergi ke majlis kenduri atau open house kawan² aku atau kawan² orang rumah, antara soalan wajib yang selalu ditanya ialah “kamu kerja apa” atau “kamu kerja kat mana”…
Biasanya yang tanya ni pakcik dan makcik tapi kadang² ada juga ahli kariah surau atau masjid yang saja tanya sebab mereka nak berkenalan dengan kita.
Benda ni normal je bagi aku tapi bagi orang lain mungkin ada yang tak suka sebab rasa tak selesa.
Ada orang, mereka tak suka orang sibuk “busy body” pasal hal depa. Tanya pasal kerja apa atau kerja kat mana pun ‘sometimes’ sangat sensitif bagi mereka.
Bagi Aku yang kerja drebar ni, selalunya aku pun mengelak juga bagi tahu aku ni kerja apa…
Bukan apa, takut orang salah faham dengan kita. Maklumlah, kadang² orang menilai kita dengan pakaian atau kereta yang kita bawa.
Kalau aku jujur cakap kerja apa, mesti orang akan cakap aku menipu… Sembang tak nak jatuh kata mereka.
Yalah, aku biasanya kalau pergi ke majlis selalunya naik Axia… Kereta kecil ni senang menyelit bila nak parking.
Aku lebih suka “low profile” bila sembang dengan orang yang aku baru kenal sebab bila kita letak diri kita di bawah, baru kita nampak karektor orang yang berbual dengan kita tu camna.
Sesetengah orang bila aku cakap je kerja drebar terus dia berhenti sembang dengan kita… Perbualan terputus serta merta.
Maka layan la aku blues sorang² kat meja makan menjamu selera sambil tengok “orang kaya” bersembang sesama mereka..
“Woii sekarang duduk kat mana? Wei aku tinggal kat Mont Kiara bro”…Camtulah lebih kurang bunyinya.
Ada sesetengah orang kita ni depa lebih suka melihat pada kereta itu sebagai satu simbol kejayaan.
Sebab itulah ramai orang muda yang tersilap langkah kerana berlumba-lumba nak tunjuk siapa yang lebih berjaya.
Mereka mencari pengiktirafan dan nak tunjukkan kejayaan mereka dari orang² yang mengenali diri mereka.
Dan akhirnya hidup merana sebab sakit kepala dibelenggu hutang yang menyesakkan jiwa. Moga kita semua terselamat dari golongan “Biar Papa Asal Bergaya”…
FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perancangan Shakilla Khoriri untuk menyambut hari lahir anaknya terbantut gara-gara si kecil disahkan positif Covid-19. Begitupun, aktres ini tidak ralat, sebaliknya menganggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Siapa sangka rupanya Ameena dapat meraikan detik istimewa itu bersama dengan kedua-dua ibu bapanya.
“Jari kebas tak habis-habis dengan melecet lagi dok ikat & tiup balloon malam semalam sampai 3 pagi punya nak set up Deco Birthday untuk Ameena hari ni.
Kepala pening tak cukup tidur.
“Walaupun tak berapa OK tapi kena OK sebab Hari Dia. 🤍
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun aku dah terkangkang buat semua benda dengan birthday girl lately nak berdukung tak pasal-pasal sesaje 🥴
“Lain sikit tahun ni. ( Lain banyak sebenarnya) tapi i janji i akan buat you happy bukan pada hari you tapi setiap hari setiap saat sebab you nyawa i. Birthday event you yang sepatutnya i akan invite all your friends semua cancel sebab Allah nak bagi kita celebrate bertiga.
“Sebab tu Allah bagi kita sakit sikit. Tapi i tahu you happy sebab memang you nak tengok DUA-DUA kan.
“Semoga you kuat dan semoga jadi manusia yang baik. Baik dari dalam dan luar. Jadi manusia yang ramai orang sayang.
“Ramai orang akan ikut kebaikan yang you tunjuk kan. Insyallah. You anak solehan dan anak yang akan buat Umi & Daddy bangga nanti.
Turut berkongsi luahan sama buat puterinya, Fizi Ali menerusi laman instagramnya melahirkan rasa bersyukur kerana dapat melepaskan rindu terhadap anak kesayangannya setelah sekian lama diuji wabak Covid-19.
Bukan itu sahaja, penyampai radio Suria FM ini juga berterima kasih kepada bekas isterinya kerana sudi mengajaknya untuk raikan moment berharga tersebut sebagai sebuah keluarga yang harmoni.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata melahirkan rata terharu dan sebak melihat perhubungan antara mereka yang baik demi si kecil.
Tak kurang yang mendoakan semoga hubungan kembali bercantum.
iera_holla happy nya bila slide yg gambar ke 2 ,tengok2 fizi ada skali..moga jodoh u all akan bercamtum balik..doa sangat sangat…nk u all mcm dlu balik..
yaniyzkhalid alhamdulilh…..masuk abuk lak mata ni, so happy tengk meena sbb mimi ngn daddy dia ada mase birthday dia. betul la tu xde ape yg anak kecik tu nak selain mak n ayah dia ada mase hari gembira dia. HAPPY BIRTHDAY AMEENA SOFIA 💐💐💐💐💐💐
akrimymaswa Kenapa air mata saya keluar 😢.. moga kembali bersama ❤️
cintapuspa_mhs Happy birthday Ameena Sofia….semoga dberi kesihatan berterusan…jadi ansk yg baik…solehah…berbudi pekerti..hormat orang. yg sentiasa kuat dn boleh membanggakn semua orang…always be cute…be smart n beautiful girl 💟💟💟💟😘😘😘😘🎂🎂🎂🌼🌼🌼🌼🌼🎉🎉🎉🎉🎉
cikdirah Happy family 🤎 allah letak kan kekurangan & kelebihan dlm diri masing2 utk saling melengkapi…Ya allah..Kau lengkapkan lah kembali keluarga ini,agar anak kecil itu dpt kasih syg yg berterusan dari ayah & ibu nya…aaminn 🤲 Happy bday ameena 🥳🥳
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.