Tak Semua Mak-mak Suka Menjahit. Tapi Bila Wanita Ni Kongsi Tutorial Buat Skirt Ni, Terus Berbunga-bunga Hati Nak Cuba Jahit!

Share

Hobi menjahit tidak semua orang perempuan sukakannya. Tapi bila ada skil menjahit, walau asas pun sudah memadai. Orang kata, lepaslah sekadar menjahit baju sendiri dan untuk anak-anak.

Untung sebenarnya kalau tahu menjahit ini, tak perlu fikir tentang berapa kos upah. Maklumlah bayaran upah jahit  boleh tahan juga harganya. Malah ibu-ibu juga boleh berkarya untuk hasilkan design yang unik dan menarik. Tepuk dada tanya selera!

Ini sebagaimana perkongsian Anida di akaun fbnya, menghasilkan rekaan kain skirt yang cukup cantik dan menghasilkannya tidaklah terlalu rumit.

Jadi buat  ibu-ibu yang ingin mencuba untuk menjahitnya, turut dikongsikan tutorial. Moga bermanfaat.

First time buat kain design ni, tak sangka ramai yang nak kan tutorial. Walau pun sibuk sangat time ni.. tapi demi kawan muka buku saya buat juga tuto yang tak seberapa ni. Ini cara saya tak tiru mana mana. Harap semua boleh faham lah ye…saya halal kan ilmu ni dunia akhirat- Anida Aliyas Anida

Kain bidang 45″ = 3 meter
Kain bidang 60″ = 2 suku @2.5 meter

 

Langkah demi langkah :

  1. Potong radius tu sebab nak bagi ruffle tu flowy. Kalau nak ruffle banyak alunan besar kan radius tu.. Radius x standard.

Pasti kan kain ni sebelah luar/ cantik. Mungkin kalau nak jimat kain buat lawan ira.

2. Jahit setengah inci.

 

Bila dah cantum begini lah kejadian nya

Langkah seterusnya 

Saya susun ruffle bila dah siap cantum. Yang bahagian atas akan jadi macam tu nanti potong baig rata. Pasti kan kedudukan ruffle sama balance.

Potong bahagian atas bagi sama rata. Lepas tu jahit macam biasa la ye…

 

sumber : Anida Aliyas Anida