“Tak Sempurna Tanpa Doa Suami & Ibu.” Nora Danish Sebak Berjaya Khatam Quran, ‘Hadiahkan’ Buat Arwah Ayah!

Share

Tidak dinafikan virus Covid-19 benar-benar meninggalkan kesan dan membawa perubahan dalam kehidupan seseorang. Pahit, manis, ketawa gembira dan terharu dan pelbagai rasa berbaur di dalam diri setiap yang mengalami situasi ini. Ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pihak berkuasa.


Dalam kemelut Covid-19 kehadiran Bulan Ramadan membawa seribu satu makna buat Umat Islam. Biarpun kekangan tidak dapat bersolat terawih dan ke bazar seperti dilakukan saban tahun, namun ada manisnya juga.

Dalam satu perkongsian, pelakon kecil molek, Nora Danish berkongsi rutinnya yang memanfaatkan masa khususnya bulan Ramadan semasa PKP dengan mengaji al-Quran sehingga berjaya khatam pada sembilan malam terakhir bulan ini.

Menerusi posting dalam laman sosial Instagram hari ini beliau menzahirkan kesyukuran pada Ilahi.

Ya Allah , Syukur Alhamdullilah.
Mengalir air mata kegembiraan.
Mcm tak percaya dapat Khatam pada
9 malam terakhir Ramadhan
SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui.
Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa.
Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini SesungguhNya Allah Maha Penerima.
InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok.

Menurutnya lagi, jika individu khatam al-Quran mungkin mudah, tetapi tidak untuk dirinya sendiri.

Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang ,
tetapi tidak bagi Nora.
Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat.
Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen
Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu ,
Jadi saya pula start mengaji
Aturan Allah.

Malah, Nora turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Elizad kerana menjadi pendorong semangat buatnya

Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, u pendorong semangat I.
Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik.
Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji.

Dalam pada itu, Nora melahirkan rasa syukur kerana hasratnya untuk khatam quran dan dihadiahkan buat arwah ayahnya berjaya dilaksanakan.

MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini.
Allah Maha Mendengar.
Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini.
Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini.

Nora turut melahirkan rasa bertuah kerana memiliki suami dan ibu yang tak pernah berhenti mendoakannya.

Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari ‍ Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan.

Sumber: Ig noradanish