“Tak Sempat Tengok Adik Membesar. ” Meninggal Terhantuk Kepala Di Bucu Kerusi, Abang Kongsi Lukisan Pelangi Pemberian Adik

Share

Pemergian orang tersayang dalam sekelip mata pasti sukar untuk diterima, terasa seolah-olah dia masih ada di sisi. Namun, ketentuan Ilahi tak siapa boleh menduga. Reda dan anggap ia satu ujian dariNya.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai aimanaico telah memuat naik satu perkongsian mengenai adiknya yang sudah pergi buat selama-lamanya.

tak sempat abg aiman nk tgok sofea membesar., tenang la disana. Alfatihah 😭 pic.twitter.com/55DjVZ5JLx

— Man noi (@aimanaico) September 12, 2019

Terhantuk kerusi semasa berlari2 di rumah


Menurut Aiman, adiknya, Sofea tidak mengalami sebarang sakit kronik, tetapi meninggal dunia disebabkan terjatuh semasa berlari di rumah dan dahinya terhantuk kerusi kayu. Maklumat tersebut diperoleh ketika post mortem dijalankan setelah Sofea disahkan meninggal dunia.

Aiman turut memuat naik sekeping lukisan yang dikatakan dilukis oleh arwah adiknya itu.

Dalam pada itu, ramai melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada Aiman dan keluarga.