Kegembiraan suami isteri mengikuti aktiviti berkonvoi bertukar tragedi apabila kedua-duanya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Kejadian berlaku selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jemaluang, Mersing.
Pasangan terbabit, Mohd Hanafi Ismail, 37, dan isterinya, Salimah Mohd Shafei, 40, dari Pulau Duyong, Kuala Terengganu dikatakan berkonvoi ke Johor Bahru bagi menghadiri acara Desaru Intetnational Bike Week (DIBW) 2019 yang berlangsung selama empat hari bermula semalam.
Salah seorang peserta konvoi yang hanya dikenali sebagai Iwan, 30-an berkata, kejadian berlaku apabila sebuah Perodua Myvi dikatakan terbabas lalu memasuki laluan kanan sebelum merempuh beberapa motosikal termasuk salah satunya ditunggangi pasangan suami isteri itu, kira-kira jam 8 malam.
“Akibat kejadian ini, kedua-dua mangsa parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi peserta konvoi patah kaki dan tangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, konvoi berkenaan membabitkan lebih 100 motosikal berkuasa tinggi bertolak dari Kuala Terengganu.
Katanya, ketika dalam perjalanan, pasangan terbabit menunggang Kawasaki Z800 bersama 19 peserta konvoi lain berpecah untuk singgah di bandar Kuantan, Pahang bagi membaiki motosikal rakan mereka yang mengalami kerosakan.
Ads
Konvoi terakhir suami isteri
Pasangan ini yang mempunyai dua orang anak sememangnya meminati aktiviti berkonvoi motosikal besar dan tidak disangka-sangka bahawa konvoi kali ini adalah konvoi terakhir mereka berdua.
Anak sulung pasangan itu, Nur Syazwany, 17, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Oktober depan mengakui sukar menerima kehiIangan itu yang berlaku sekelip mata.
“Memang abah dan ibu berjanji nak balik hari ini, tapi saya tidak menyangka mereka pulang dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Pulau Duyong, Kuala Terengganu, hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah itu berkata, adiknya, Muhammad Akmal, 12, pula tidak sihat dan selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Rabu lalu.
Pesanan terakhir abah
Ads
Katanya, mereka hanya mengetahui kejadian berlaku selepas dimaklumkan datuk, Mohd Shafie Muhamad, 72.
“Setengah jam sebelum kejadian itu berlaku, abah ada telefon dan pesan supaya saya mengunci semua pintu dan menjaga adik serta berinya makan ubat.
Tidak sempat salam ibu ayah sebelum pergi
“Muhammad Akmal demam dan tidak bermaya. Ketika abah dan ibu keluar rumah pada 7.30 pagi (semalam), kami tak sempat bersalaman kerana saya baru terjaga tidur dan adik pula masih lelap. Itu yang buatkan saya terkiIan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata, menantunya (Mohd Hanafi) yang bekerja sebagai jurujual kenderaan sangat meminati motosikal berkuasa tingggi dan membeli model Kawasaki Z800 yang ditunggang ketika kejadian.
Ads
Rata-rata warganet mengucapkan takziah kepada ahli keluarnga mangsa dan mengharapkan mereka tabah dengan dugaan tersebut.
Wanita dan kerjaya…. Bukan perkara baru malah boleh dikatakan wanita masa kini lebih banyak yang bekerja dari duduk di rumah sebagai suri rumah.
Berkorban tenaga dan masa demi membantu suami menambah pendapatan. Tak kurang yang mengejar cita-cita dalam masa yang sama masih berusaha mencuri masa untuk seimbangkan antara cita-cita dan keluarga
Namun ada yang memilih untuk berkorban kerjaya demi keluarga. Itu yang dikongsikan oleh wanita bernama Nurul Butik Mia II.
Beliau yang dulu bekerja sebagai jururawat akhirnya memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian pada keluarga.
Rezeki Allah itu ade di langit dan di bumi. Insyallah… Saya percaya dengan Rezeki Allah. Setelah bertahun saya mengharungi nya.. orang nampak saya gigih & cekal. Namun di sebalik gigih&cekal saya ada airmata yang mengiringi perjalanan hidup saya.
Hari ini.. 24/12/2018.. saya tandatangani surat perletakan jawatan saya sebagai Jururawat.
Saya nak jadi suri sepenuhnya untuk suami saya.
Saya nak jadi mama 24jam kepada anak anak saya.
Saya nak jadi fulltime online entrepreneurs.
Insyallah..
Pasti ada yang tanya.. tak sayang ke resign government?
Sayang.. siapa cakap tak sayang..
Tapi saya kena jadi diri saya sendiri.
Saya nak hidup bebas tanpa perlu punch card.
Berlari2 kejar masa untuk Keluarga,kerjaya&bisnes.
Insyallah ada rezeki untuk anak anak saya nanti.
Doakan saya ye..!
Saya, Saya yang memilih untuk kerja dari rumah…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyediakan hidangan berasaskan santan seperti kari, rendang, gulai dan sebagainya tentunya lebih enak rasanya jika kita menggunakan santan segar. Rasa santan yang berlemak dan pekat, bukan sahaja memberi rasa malah tekstur hidangan nampak lebih menyelerakan.
Pun begitu dalam memastikan pati santan yang diperah dapat dihasilkan, tidak dinafikan memerlukan proses-proses dan teknik tertentu hingga kadang kala melenguhkan tangan.
Tahukah anda, sebenarnya ada cara lebih pantas dan mudah boleh dilakukan iaitu dengan cara mengisar.
Nak tahu lebih detail, jom kita hadam teknik ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Zalisqha ini. Malah lebih mengujakan, katanya dengan menggunakan hampas kelapa tersebut menjadikan kulit tangannya lebih lembut, selembut kulit bayi.
Saja nak kongsi untuk mereka yang tak tahu sebab saya baru tahu..Huhu..Cara cepat untuk perah santan adalah dengan blander kan kelapa parut tu..Cepat Dan pekat..Tak payah dah susah-susah buat lengoh jari je nak ramas kelapa tu.
Cara-caranya:
Masukkan kelapa parut ke dalam mesin pengisar bersama sedikit air.
2. Tapis untuk asingkan hampas dan pati santan.
3. Ini hasilnya, pati santan bolehlah terus digunakan untuk sediakan menu pilihan.
Hampas kelapa tu jangan buang boleh buat scrub kulit badan dan muka. Untuk bagi kulit lembut macam baby. Sebab tu saya tak suka beli santan kotak.
sumber : Zalisqha Zahraa via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selain pemakaian produk yang sesuai dengan kulit wajah, terdapat juga kaedah dan petua yang boleh anda praktikkan untuk memiliki kulit wajah yang bersih, sihat dan cantik dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Berikut adalah 6 bahan semula jadi yang baik untuk penjagaan kulit yang patut diamalkan.
PUTIH TELUR
Putih telur dapat menghilangkan jeragat-jeragat, pori-pori dan liang roma yang tersumbat. Langkah-langkah yang perlu dibuat ialah ambil 1 biji telur dan gunakan telur putih sahaja.
Kemudian, sediakan tisu muka 2 helai untuk buat seperti topeng muka pada wajah anda. Setelah itu, sapukan telur putih pada seluruh wajah.
Biarkan sampai kering dan buka topeng muka anda itu. Kemudian bilas dengan air, anda akan nampak kesannya pada hidung, pipi dahi dan muka akan kelihatan berseri-seri.
TOMATO
Tomato dapat memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah anda dan dapat kembalikan kulit yang kusam menjadi berseri-seri. Ambil sebiji buah tomato merah, belah dua dan potong kecil-kecil atau lenyek sedikit kalau anda nak keluarkan air tomato itu seperti masker.
Selepas itu sapu seluruh wajah seperti membuat mask dan biarkan selama 10 minit bagi tomato itu serap dalam kulit anda. Jangan lupa bilas dengan air suam dan anda akan nampak hasilnya
YOGURT ASLI & MADU
Untuk kulit wajah lebih lembab anda ambil yogurt asli campur dengan madu 1 sudu kecil. Selepas itu sapu seluruh wajah anda dan biarkan sampai kering atau beberapa minit.
Kemudian, bilas dengan air suam. Anda akan rasa kehangatan kulit yang lembut seperti bayi.
SODA BIKARBONAT
Untuk kecutkan jerawat atau hilangkan kesan-kesan parut jerawat anda boleh mengatasinya dengan soda bikarbonat. Caranya ambil 1 sudu soda bikarbonat dan sapukan pada kulit bermasalah. Biarkan selama mana anda nak dan anda akan nampak kesan dalam masa 3 hari.
Selepas 3 hari jerawat anda makin mengecil dan hilangkan kesan-kesan parut jerawat dengan sedikit demi sedikit.
UNCANG TEH
Untuk hilangkan sembab di bawah mata atau kulit bawah mata seperti lebam. Caranya ambil 2 uncang teh hijau dan rendamkan kedalam air panas.
Kemudian biarkan sejuk sedikit uncang teh hijau dan selepas itu letak pada bawah mata sebelah kanan dan kiri. Untuk nampakkan lebih berkesan anda mestilah kena rajin, iaitu paling kurang 1 minggu 3 kali dan anda akan nampak kesan dia dengan secara tidak langsung.
Sumber: Balqis AR. Pengamal Kecantikan & The Vocket
Selain itu ada baiknya juga anda lakukan spray mudah ini. Petua yang dikongsikan Sifu Kitaro ini pasti dapat menyelamatkan anda daripada kesibukan menguruskan rumah tangga, tetapi masih tampil jelita dengan kulit yang cantik dan flawless.
Sebenarnya toner ni kita boleh buat sendiri je di rumah. Sifat antioksidan yang terdapat dalam Bunga Lawang ni yang membuatkan dia banyak khasiat. Boleh melembapkan kulit muka, mencegah penuaan, mengecilkan liang pori yang besar dan macam-macam lagi.
Bahan-bahannya:
1 genggam bunga lawang
2 cawan air
1 botol spray (kecik pun cukup)
Caranya:
1. Rebus bunga lawang dalam periuk. Guna dua cawan air.
2. Rebus sampai tinggal satu cawan je tau. Dah siap tu boleh tutup api dan biarkan sejuk sekejap.
3. Dah sejuk, tuangkan dalam botol spray dan simpan di dalam peti ais.
4. Korang boleh gunakan dua kali sehari waktu pagi dan malam.
Bukan susah pun kan! Senang je, cuma jangan malas-malas okay. Make sure hari-hari spray supaya kulit muka dapat meresap khasiat dari bunga lawang tu dengan sekata.