Pengorbanan seorang ibu, sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi zuriat tercinta. Al-Fatihah buat arwah Noor Athirah Binti Mohd Arif yang meninggal dunia akibat sakit kanser. Allahyarhamah menghidap kanser payudara Tahap 4 ditambah pula sakit tersebut merebak hingga menyebabkan tulang belakang berlubang.
Kisah allahyarham pernah dimuat naik di website Majalah Keluarga sebelum ini
Dalam keadaan tersebut, arwah terpaksa bersalin awal apabila kandungannya memasuki 8 bulan. Lebih menyedihkan, selepas pembedahan tersebut arwah koma tanpa sempat menatap wajah dan memberi susu pada bayinya.
Selain bayinya, arwah turut mempunyai seorang lagi anak lelaki berumur 1 tahun 8 bulan yang kini di bawah jagaan sementara ibunya manakala bayi yang baru dilahirkn dibawah jagaan sementara kakak iparnya.
Selama 47 hari bertaruyng nyawa, akhirnya arwah pergi buat selama-lamanya . Kisah yang cukup menyentuh hati ini dikongsikan rakannya Yanna Sofea menerusi laman facebooknya.
Selamat jalan Dik.. Semoga Adik tenang disana..semoga Allah tempatkan Adik para kalangan solehin.. Rehat la dik.. Comey sngt Ank Adik..sebijik muka Adik.. Semoga bby mmbesar dgn sihat..
#Al-fatihah
#NoorAthirah