Tak Sempat Nak Lipat Baju? Wanita Ni Kongsi Cara Mudahkan Urusan Ibu-Ibu. Confirm Jimat Masa & Tenaga!

Share

Melipat dan mengemas pakaian mungkin leceh bagi sesetengah kaum ibu. Lebih-lebih lagi yang sibuk dengan pelbagai urusan. Kalau dibiarkan makin lama makin menggunung jadinya.

Itu belum masuk bab mahu memastikan pakaian yang disimpan itu kekal teratur. Jika ada banyak tangan, pasti akan bersepah semula.

Bagi membantu kaum ibu menangani masalah ini, cuba praktikkan cara yang dilakukan Fadzielah Ayub ini.

Belian bakul murah di SHOPEE


Ilah nak share #housewife_hacks untuk ibu-ibu yang tak sempat nak lipat baju yang makin hari makin menggunung.
Suami memang lerr takkan komplen sebab tahu ibu-ibu sibuk kan.. Tapi apa salahnya senangkan hati suami bila nak cari baju nak pakai.

Belian barangan murah  DI SINI
.
Taknak lipat, atleast asingkan siap-siap mana baju suami, mana baju ibu, mana baju anak. Kan senang nak cari kan? kan?
Ni time nak pakai, stresss cari baju dalam bakul tak jumpa. Ibarat cari jarum dalam jerami.

Opsss.. bakul ilah sentiasa kosong. Kekadang tu jerr ada tak sempat nak lipat. haha

P/s: Bakul sama supaya senang nak susun dan jimat ruang bila kosong.

 

Selain kaedah di atas, anda juga boleh mencuba cara yang dilakukan oleh wanita dari Jepun Marie Kondo ini. Dia telah mengetengahkan kaedah yang digunakan dalam mengatur pakaian dalam almari supaya kekal kemas dalam jangka masa panjang.

Teknik ini dinamakan sebagai teknik mengemas KonMari. Walaupun ada yang diajar berbunyi karut seperti teknik beliau menyayangi pakaian, tetapi cara melipat dan menyusun pakaian beliau sangat-sangat berguna untuk diikuti.

Berikut adalah asas kepada teknik melipat pakaian mengikut teknik KonMari.

Cuci mata barang murah DI SINI

Stoking


Kita selalu menggumpalkan sahaja stoking menjadi bola. Teknik ini berkesan dalam memastikan tidak terpisah pasangan stoking tetapi tidak cukup dalam menjimatkan ruang.

Pakaian Dalam


Rasanya cara melipat ini lebih kurang sama dengan apa yang diamalkan.

Baju T

Perbezaan cara beliau melipat adalah pada lipatan terakhir di mana tujuannya adalah untuk memastikan baju itu mampu berdiri tegak tanpa sebarang bantuan

Seluar

VERA CHINESE PHOTO

Sama juga cara melipat cuma pada lipatan terakhir itu, dilipat lebih kecil supaya seluar itu tidak memerlukan ruang yang besar untuk disimpan.

Sebenarnya teknik ini nampak mudah tetapi yang agak sukar adalah untuk mengubah cara kita melipat pakaian yang mungkin sudah sebati dengan kita sejak sekian lama.

Kaedah ini sebenarnya sesuai digunakan untuk menyusun baju anak-anak kerana ia memudahkan kerja ibu. Sebabnya :

  1. Anak-anak lebih mudah memilih pakaian
  2. Anda tidak lagi perlu menyusun banyak jika pakaian ditarik keluar, kerana jika disusun bertindan, sekali tarik, banyak yang akan bersepah.
  3. Kita nampak semua pakaian yang ada kerana apabila disusun bertindih, pasti ada yang tersorok di celah-celah.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club