Tak Sempat Masak Sahur? Guna 3 Bahan Jadi Stok Emergency Sepanjang Puasa

Share

Sepanjang bulan Ramadan ni sememangnya agak mencabar lebih-lebih lagi buat para ibu atau bapa yang bekerja hingga lewat malam. Kalau macamtu, menu sambal ikan bilis sangatlah sesuai untuk dijadikan stok waktu sahur sepanjang bulan puasa. Makan dengan nasi panas memang sedap dan membangkitkan selera.

Jadi suri rumah sepenuh masa pun ada kalanya tak sempat nak bangun pagi masak untuk sahur. Jadi, apa kata kalau cuba resipi ini mana tahu boleh buat stok emergency jika terlambat bangun.

 

Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  1. Cili kering
  2. Bawang merah
  3. Ikan bilis
  4. Garam
  5. Gula
  6. Tepung beras

Cara Penyediaan:

– Cili kering dipotong serong, buang biji, goreng dengan minyak, biar sejuk (blend kering+megi cukup rasa+garam+aji & sedikit gula) blend sampai jadi macam cili flakes.

– Bawang merah hiris nipis, gaul dengan tepung beras kering pastu goreng ikan bilis digoreng, biarkan semua bahan sejuk.

– Semua bahan dah sejuk baru campur dalam cili flakes dan gaul rata.

Sumber: Ai Haiza Abdul Jabar