Terkadang kekangan masa setiap hari membuatkan kita mak-mak memilih menu yang mudah untuk disediakan buat anak-anak. Makanan dalam tin misalnya antara menu yang cukup mudah disediakan namun sebaiknya elakkan beri pada anak selalu. Mengapa?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, makanan dalam tin ini jika diberikan pada anak-anak kecil kita yang sedang membesar boleh mengganggu hormon, daya ingatan anak dan kesihatan anak. Jadi sebaiknya elakkan.
Makanan dalam tin, boleh ganggu hormon, memori dan kesihatan anak. Elakkan. Terutama untuk anak-anak yang kerap tak sihat, yang kita nak jaga usus mereka.
Untuk anak asthma dan eczema, lagilah kita kena sedaya upaya jauhkan. Makanan macam ni, makanan yang tinggi proses. Kita tahu ia tahan bertahun-tahun di rak pasaraya. Masih elok tanpa kerosakan walau dah lepas 2 tahun dari tarikh ditinkan.
Makanan dimasak suhu tinggi, kurang nutrisi dari makanan sebenar. Toksin terserap dalam makanan sebab tersimpan dalam tin dalam tempoh yang panjang.
Pengawet dan aditif ditambah untuk makanan tahan lama. Kita sebenarnya ada pilihan. Tin sardin gantikanlah dengan ikan sebenar.
Sandwich tuna ganti sandwich telur. Banyak resepi mudah mushroom soup. Buah tin ganti buah potong. Cendawan guna yang fresh.
Sos pasta buat yang homemade.Makanan proses ni, memang dicipta untuk bantu kita. Untuk cepatkan proses kita memasak. Tapi tulah, kadang kita tak perasan, makin lama, anak makin kerap tak sihat.
Dalam sebulan, 3 minggu anak batuk, 1 minggu je sihat. Makin berulang, dan berulang episod macam ni. Yang eczema, gatal masih tak baik-baik. Dah cuba ubat macam-macam, ubat makan sudah, ubat sapu pun sudah. Tapi anak masih menggaru tengah malam.
Check balik makan minum anak kita. Yang kerap tak sihat, memang kena pantang kejap makanan tinggi proses macam ni.
Tunggu sampai anak betul-betul sembuh. Bila dah sembuh, anak pun dah terbiasa makan real food, tak ada dah makanan tinggi proses macam ni kat rumah kita.
Korang boleh check dapur masing-masing, ada tak makanan dalam tin sebagai stok makanan kat rumah. Kalau masih ada, jadikan ini stok terakhir, lepas ni cuba banyakkan real food kat rumah. Kita usaha sama-sama ya.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club